Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 3 Disember 2014

PEMUDA TONGGAK KEKUATAN JEMAAH : PEMUDA PERAK WAJIB KE IJTIMAK TARBAWI 4.0

Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak menggesa kepada semua anggota dan jentera Dewan Pemuda PAS Perak disemua peringkat untuk turun berkampung di Ijtimak Tarbawi 4.0.
IT merupakan satu program pentarbiahan peringkat kebangsaan yang menghimpunkan seluruh jentera pemuda PAS seluruh negara, ianya sebagai satu medan penyelarasan fikrah dan pembentukan acuan perkaderan.

Di zaman Rasulullah SAW golongan pemuda menjadi tonggak perjuangan Rasulullah SAW. "Ijtimak" di zaman Rasulullah telah ujud dalam pelbagai konsep seperti usrah atau himpunan dalam kadar bilangan yang agak ramai.

Antaranya sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al Khattab, hadis kedua daripada Matan Arbain Imam Nawawi RA, iaitu hadis tentang asas Iman Islam dan Ihsan. Hadis tersebut menggambarkan ijtimak yang sedang diadakan oleh Rasulullah SAW.

Pengisian rohani dan fikrah ini telah menjadi bekalan bagi menghadapi situasi besar ketika itu seperti Perang Badar, Khandaq dan lain lain. para pemuda zaman Rasulullah SAW ketika itu memberikan sepenuh komitmen yang amat jitu dan bersungguh-sungguh.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
3 Disember

0 comments:

Catat Ulasan