Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 22 Disember 2014

CATATAN TERTANGGUH : CERAMAH DI FELDA RENTAM PARLIMEN BERA, PAHANG 15 DISEMBER




Timbul persoalan di dalam minda ini, dapatkah Pakatan Rakyat memintas UMNO/BN di kawasan Felda dan kampung tradisional serta pedalaman? Dalam perjalanan balik dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, mendengar kes Saudara Samsul mantan calon PKR yang menyaman Tuan Guru Presiden. Sebagaimana yang sudah dijadualkan, di sebelah malamnya saya dijemput untuk berceramah di Felda Rentam, Bera, Pahang.
 
Sebelum menyampaikan ceramah, saya sempat berbual dengan Tn Hj Musannif bin Abd Rahmat, Pemangku YDP PAS Kawasan Bera dan juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pahang. Turut bersama Ust Che' Zuhar bin Harun, Ketua Cawangan Rentam dan Tn Hj Yusuf bin Darus YDP PAS Kawasan Temerloh.
Mereka menyatakan PAS di Felda semakin mencabar dengan tindakan UMNO menjalankan strategi pecah dan perintah. Selain daripada pertubuhan yg sedia ada, mereka menubuhkan persatuan anak-anak negeri seperti Persatuan Anak Kedah, Persatuan Anak Kelantan dan sebagainya. Ditambah lagi dengan Persatuan Anak Jawa, anak Banjar dan banyak lagi. Setiap pengerusi persatuan diberi peruntukan dan dilihat seperti "pengawal" kepada gerakan ahli.
Selain daripada itu, pengusaha industri kampung seperti kerepek dan juga pertanian pula dibebankan kepada ahli dan penyokong PAS, sehingga ada ahli yang aktif berprogram telah mula sibuk dengan bebanan-bebanan seperti itu. Saya tersedar, ini adalah salah satu sebab terbantutnya gerak kerja Islam di kampung Tradisional. Mereka dicengkam oleh JKK dalam urusan masyarakat sakit kematian, kenduri kendara dan kemudahan saliran bantuan kerajaan.
Saya termenung, perjuangan ini bukan mudah seperti yang dikatakan. Perjuangan tidak semudah bersolek dan mengambil gambar berpoligam kononnya melakukan kerja Islam. Terfikir juga, hanya ilmu agama dan tatacara Nabi SAW menjamin kejayaan dan istiqamah di atas jalan ini. Bersabarlah.
* Coretan ringkas dalam perjalanan balik dari Pejabat Perhubungan PAS Perak
Terus beristiqamah,
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Ahad 29 Safar 1436
21 Disember 2014
4.00ptg

0 comments:

Catat Ulasan