Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 7 Disember 2014

ISU MAS : JANGAN TUNDING JARI SALAHKAN RAKYAT MALAYSIA

Baru baru ini telah diumumkan bahawa Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS) sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Dalam sejarah MAS yang cukup panjang bermula dari 1947 lagi dengan nama MAL, telah melakukan penerbangan ke beberapa buah tempat. Sehingga ke hari ini, MAS membuat penerbangan ke lebih 100 destinasi.

Saya melahirkan kekesalan susulan daripada sejarah yang panjang, dan pelantikan "orang luar" sebagai salah seorang CEO MAS, walaupun rakyat Malaysia melebihi 30 juta orang, takkanlah tiada seorang pun yang layak?

Apatah lagi Tun Mahathir sendiri menganggap rakyat Malaysia sebagai "bo*oh" dan tidak pandai mengurus syarikat. Jelas beliau sendiri lebih mempercayai "orang luar" berbanding rakyat sendiri.

Sejarah ringkas MAS adalah hasil pecah kongsi daripada MSA Malaysia-Singapore Airlines, menjadi dua syarikat  Singapore Airlines (SIA) oleh kerajaan Singapore  dan MAS ditadbir oleh kerajaan Malaysia. 

Lebih kerang 50 tahun kedua syarikat penerbangan ini beroperasi secara berasingan, manakala Singapore adalah negara kecil serpihan daripada Malaysia yang berpecah pada tahun 1963 mampu meletakan SIA top 10 sepuluh yang terbaik di dunia.

Apa yang terjadi pada MAS kononnya untuk melonjakkan prestasi MAS di zaman Tun Mahathir diswastakan sepenuhnya di bawah kroni Tun Mahathir Tajuddin Ramli. Beberapa kali dikhabarkan berbilion Ringgit wang rakyat khazanah negara terpaksa di "top up bail out" untuk menyelamatkan MAS demi maruah negara.

Laporan terbaru kerugian MAS sepanjang 2013 adalah RM1.174B berbanding RM433 juta kerugian pada tahun 2012. Pada tahun ini 2014 setiap hari MAS kerugian RM5 Juta sehari. Ini bererti sepanjang tahun 2014 MAS akan mengalami kerugian akan mencecah RM2B.

RM1B adalah seribu juta. Berapa banyak faedah yang boleh di munafaat daripada wang sebanyak itu. Berapa ratus ribu unit rumah mampu milik rakyat yang boleh dibina dihabiskan atas dasar tidak cekap nya pengurusan umno.

Apakah sistem pendidikan atau transformasi umno/BN gagal melahirkan anak watan yang berkebolehan? sehinggakan orang luar terpaksa diambil untuk mengurus MAS. Sekiranya perkiraan kerana anak negeri tidak ada yang layak kenapa syarikat penerbangan   Air Asia mampu terus berkembang dan mencatat keuntungan?

Begitu juga syarikat koperat dalam bidang yang lain seperti Genting Bhd, Gutree  Bhd, Cellcom, Maxis boleh maju dan berkembang. Kalau dibandingkan syarikat GLC yg diurus oleh umno seperti FGV, POS Malaysia, Syarikat perkapalan Nasional mengalami nasib yang sama seperti MAS. 

Kerugian dan pengucupan GLC seperti FGV yang bakal senasib dengan MAS jelas ia berpunca daripada UMNO. Fikir fikirkan.

Terus Beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

8 Disember

0 comments:

Catat Ulasan