Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 16 Disember 2014

MEMAHAMI KESAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT KEPADA EKONOMI RAKYAT. UMNO/BN GAGAL

Sesuatu yang sudah menjadi catatan sejarah, akhirnya kembali menjadi sebuah mimpi ngeri yang realiti. Pada tahun 1957 Malaysia Merdeka daripada kerajaan British dengan  menggabungkan 12 buah Negeri termasuk Singapura. Pada tahun 1963 Singapura telah mencapai kemerdekaan dan bergabung dengan Tanah Melayu (Malaysia) bersama penggabungan 2 buah negeri yang lain di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pada awal kemerdekaan $(Ringgit) adalah matawang di Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965. Bermula saat ini, Singapura dan Malaysia menggunakan matawang berasingan, iaitu RM (Ringgit Malaysia) untuk matawang Malaysia dan S$ (Singapore Dollar) sebagai matawang Singapura. Nilai RM pada permulaan pemisahan itu adalah sama RM1=S$1.

Setelah hampir 60 tahun merdeka nilai matawang berubah dengan skala yang membimbangkan, iaitu RM1= S$0.40 atau S$1=RM2.70. Kenapa nilai matawang Singapura lebih tinggi daripada Malaysia sedangkan keluasan Malaysia jauh lebih besar daripada Singapura, bahkan Malaysia mempunyai sumber hasil asli dan hasil bumi yang lebih banyak seperti minyak, balak, hasil hutan, kelapa sawit dan hasil perlombongan, sedangkan Singapura tidak memiliki semua ini. Bagaimanakah seteruk ini UMNO/BN mengurus ekonomi Malaysia?

Sekarang ini nilai matawang Malaysia terus jatuh berbanding dengan nilai matawang dunia. Pasti ramai yang meneliti kesan kejatuhan Ringgit Malaysia ini kepada Rakyat.

a) Kesan eksport dan import terhadap negara dan pendapatan rakyat. Perdagangan antarabangsa kebiasaannya dikira berdasarkan USD. Kesan eksport apabila nilai ringgit rendah harga pulangan eksport menjadi tinggi.

Contoh :

Harga getah di pasaran dunia 1kg = USD10
Nilai ringgit berbanding dengan USD
RM3 = USD1
Nilai eksport 1kg getah pada harga USD10/kg = RM30/=.

Apabila nilai RM turun berbanding USD umpama RM3.50=USD1.
Maka pulangan eksport 1kg getah pada harga yg sama USD10/kg menjadi RM35/=

Sepatutnya pulangan kepada penoreh atau harga getah menjadi lebih tinggi. Tetapi ini tidak berlaku kerana nilai RM menurun dan harga getah juga turut menurun. Di manakah kecerdikan UMNO/BN membela ekonomi rakyat?

b) Kesan terhadap barangan import apabila nilai RM rendah menyebabkan harga barang semakin tinggi. Begitu juga jumlah hutang negara akan meningkat disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

Contoh hutang negara :

Pada RM3/= USD1
Hutang Malaysia USD100Bilion = RM300B
Apabila nilai RM jatuh menjadi
RM3.50 = USD1
Hutang Malaysia dengan luar negara kekal pada kiraan yang sama, iaitu USD 100B telah menjadi RM350B.

Inilah contoh kiraan yang ringkas untuk memahamkan masyarakat pedalaman dan orang luar bandar bagi memahami kesan kejatuhan RM terhadap kehidupan mereka. Sebelum PRU13 apabila PR menjajikan bahawa tol akan dihapuskan, persekolan dan pengajian percuma disemua peringkat, hanyalah propoganda UMNO untuk menutup isu perkauman dan rasuah psikologi terhadap pengundi melalui pemberian BR1M. Negara makin parah dan rakyat terus tertekan dibawah pimpinan UMNO/BN. Selamatkanlah negara kita daripada usaha usaha yang merosakkan.

* Sebuah catatan ketika berada di kampung pedalaman apabila penoreh getah berjalan di awal pagi ke kebun mereka, sedangkan pimpinan UMNO/BN terus mewah tanpa pernah merasai gigitan nyamuk dan pacat.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu 25 Safar 1436
17 Disember 2014

Nota: Nilai tukaran adalah andaian tidak tepat hanya untuk mudah difahami dan untuj rujukan maklumat yang lebih tepat.

Ringgit Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas - http://ms.wikipedia.org/wiki/Ringgit_Malaysia

1 ulasan:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus atau uang gaib tanpa tumbal seperti saya,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=> TOGEL UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam