Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 28 Disember 2014

PAS PERAK MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN PERAK



PAS Perak merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di atas kesudian dan keprihatinan Paduka Seri Sultan untuk mencemar duli menziarahi mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan.

PAS Perak juga amat berbangga dan berbesar hati menjunjung tinggi titah DYMM Tuanku Sultan yang mengarahkan segala sambutan dan aktiviti pada malam tahun baru dibatalkan sebagai menghormati tragedi banjir yang berlaku di Perak semenjak 23 Disember yang lalu.

Sesungguhnya titah Paduka Seri Sultan ini amat amat bertepatan dengan saranan Al Quran
Allah SWT berfirman,

(الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
(Orang yang bersabar itu ialah) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali
 (Surah al Baqarah 156)

Fiqh kefahaman daripada ayat al Quran ini ialah mereka yang sabar dengan ujian Allah SWT adalah mereka yang mengingati Allah bilamana diuji olehNya. Di sinilah akan turunnya rahmat Allah SWT sepertimana yang dinyatakan di dalam ayat yang berikutnya.

Akhirnya PAS Perak mendoakan agar DYMM Tuanku Sultan sentiasa berada di dalam lindungan rahmat dan barakah Allah SWT untuk terus memerintah negeri Perak yang tercinta.


Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
5 Rabiul Awwal 1436
Selasa 26 Disember 2014

0 comments:

Catat Ulasan