Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 2 Disember 2014

BERSABARLAH BERADA DI ATAS BAHTERA INI

Allah SWT berfirman,

(وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ)

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Surah Ali Imran : 123)

FirmanNya lagi,

(وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُمْ بِهِ ۗ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ)

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran : 126)

Bersabarlah dalam perjuangan yang panjang ini. Istiqamahlah dengan petunjuk Allah serta arahanNya. Antaranya kisah yang dicoretkan di dalam al Quran bagaimana tentera tahaluf yang tidak sabar dan tidak patuh dengan arahan Thalut. Dengan menyangka mereka lebih hebat daripada Thalut sebagai pimpinan yang dilantik oleh Allah untuk mengalahkan tentera Jalut.  Thalut menang mengalahkan jalut manakala tentera yang tidak mengikut arahan, sudah tercicir sejak awal.
Mereka yang bersama Thalut inilah tentera yang terus beristiqamah dengan keputusan pimpinan.

Cabaran dan mehnah yang mendatang boleh melunturkan semangat serta mendorong kepasa kelonggaran ikatan istiqamah. Sejarah PAS melakarkan segalanya tentang memori hitam ini.

1. Akibat desakan, situasi dan mainan politik, akhirnya keputusan jamaah PAS memutuskan untuk bersama UMNO pada 1973. Ramai yang tidak bersetuju terhadap keputusan, bertindak keluar jamaah.

2. Keputusan jamaah PAS ditendang keluar daripada BN pada 1978 hasil daripada pengamalan politik cantas, di mana Dato Asri telah campur tangan menyokong Tan Sri Ghazali Syafie berlawan Dr Mahathir dalam merebut jawatan Timb Presiden UMNO. Ramai tidak dapat istiqamah bersama jamaah kerana sudah merasa selesa dalam UMNO enggan bersama PAS apabila ditendang keluar.

3. Pemecatan Dato Mohd Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang mana majoriti penyokongnya terdiri dari kalangan agamawan dan tok guru pondok. Kelompok yang tidak bersetuju dengan keputusan PAS, tidak istiqamah, bertindak keluar PAS membentuk parti Islah.

4. Apabila pas hendak bekerjasama dgn S46. Yg diketuai oleh  Tengku Razali. Dimana orang pas dan agamawan kelantan tahu bahawa Tengku Razali menyebabkan kerajaan pas kelantan jatuh dan pas lemah pada waktu itu. Mereka tidak istiqamah dan bertindak keluar pas dan menubuhkan parti baru HAMIM.  Mengambil semangat hisbul muslimin . Akhirnya terkecundang juga.

4. Hari ini, PAS berhadapan dengan situasi yang mencabar di mana berlakunya pertembungan dua ideologi dalam PAS, antara berpolitik mahu kemenangan mengalahkan UMNO dengan formula PR dan ideologi yang dikatakan sebagai konservatif yang melambatkan kemenangan. Apabila berlakunya pencalaran terhadap prinsip perjuangan dan bertahaluf, maka para ulama' PAS menggariskan prinsip agama.

Maka lahirnya Pasma yang didakwa penubuhannya bagi menguatkan PR, akan tetapi hampir kesemua pentas mereka mengutuk pemimpin PAS.

Ada juga ahli dan pemimpin yang tidak mesra markas atau tidak mesra tarbiah, akan mudah terpengaruh dengan Pasma. Pasma ini tidak akan ke mana, manakala kita hendaklah terus beristiqamah bersama ideologi (fikrah) Islam sepertimana acuan yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW, pasti selamat insya Allah,

Terus beristiqamah,

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

2 Disember

0 comments:

Catat Ulasan