Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 25 Disember 2014

CATATAN KETIKA MEREDAH BANJIR DI KELANTAN



Air adalah sumber keperluan manusia, dan tubuh badan kita juga dicipta daripada air. Bahkan setiap yang hidup diciptakan daripada air. Allah SWT berfirman

(وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ)

Dan (tidakkah mereka nampak) Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al Anbiya : 30)

Air juga merupakan salah satu daripada batalion tentera Allah SWT yang dihantar kepada mereka yang menolak hukum Allah, menghina Islam dan sebagainya, setelah mana peringatan peringatan telah diberikan kepada mereka. 

Banjir pernah menenggelamkan kaum Nuh pada 2800SM, Laut Mati pula menyimpan sejarah Bangsa Sodom yang memperjuangkan LGBT, ditenggelamkan di bawah dasarnya serta Qarun yang ditenggelamkan di bawah perut bumi sehingga terbentuk tasik pada hari ini.

Allah SWT Tuhan yang mengawal air dan angin, DiaLah yang mengeringkan Sungai Nil pada zaman Firaun sehingga mengering sekering keringnya. Ya, air boleh menjadi nikmat, boleh menjadi bala dan boleh menjadi ibtila (ujian). Syukurilah nikmat air dengan membesarkan Allah, dan bersabarlah dengan ujian air samada banjir mahupun kering.

Suka untuk saya menceritakan tentang kedahsyatan dan ciri-ciri banjir pada zaman Nabi Nuh AS berdasarkan perkataan-perkataan dalam al Quran Surah Hud ayat 40-44

1. Airnya keluar dari tanah, dari arah tempat yang tinggi, bermula dari sebelah timur dan beserta angin kuat (ribut) berdasarkan perkataan وفار التنور

2. Merupakan ombak yang besar, seperti bukit, berdasarkan perkataan موج كالجبال Tafsir menyebutkan bahawa ombak seperti bukit ini terhasil daripada angin yang kuat, bukanlah pergeseran kerak bumi seperti biasa.

3. Air hujan yang lebat dan lama berterusan selama setahun atau dua berdasarkan perkataan و يا سماء أقلعي Sehinggalah hujan berhenti dan bumi menyedut semula airnya dengan arahan daripada Allah SWT.

(Rujukan Tafsir al Qurtubi)

Di kala kita diuji ini, marilah sama sama kita mendekatkan diri dengan Allah SWT semampu mungkin. Bimbang doa dan hajat kita tidak diterimanya kerana sengaja dilewatkan dengan kerja kerja mungkar. Allah sedang beri peringatan kepada hambaNya. Bersabarlah di atas dasar Iman dan keyakinan terhadap KuasaNya. Semoga kesabaran ini meningkatkan keimanan kita.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

2 Rabiul Awwal 1436
Selasa 23 Disember 14

0 comments:

Catat Ulasan