UMNO/BN sudah menyedari bahawa mereka bukan lagi pilihan rakyat. Kesempatan yang ada, diambil dengan mengaut keuntungan peribadi dan individu individu tertentu serta terus menerus menekan rakyat. Rakyat terus diperbodohkan dalam sistem demokrasi terpimpin dengan menyalah gunakan sistem perundangan yang sedia ada. PAS Perak mengharapkan agar rakyat tertipu lagi.
Pakatan Rakyat masih tetap menjadi harapan rakyat dan formula terbaik untuk tumbangkan UMNO/BN. Usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PR mesti diteruskan. Oleh itu, ikatan dan setia kawan di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat wajib diperkukuhkan, bagi meneruskan kelangsungan ini.
Sambutan ulangtahun PAS kali ke-63 yang telah berlangsung baru-baru ini menjadi peniup semangat awal kepada kita untuk terus bekerja keras. Jelajah Demokrasi yang bakal diadakan juga merupakan satu gerakan untuk membangkitkan kesedaran rakyat di kala ini.
Butiran program seperti berikut :
20 Disember 2014 (Sabtu)
8 pagi : Pusat Tarbiah Taman Meru
5 ptg : Hi tea
8 mlm : Ceramah Jelajah Demokrasi di Batu Gajah.
Seluruh pimpinan kawasan, dewan-dewan dan seluruh rakyat negeri Perak diminta turun beramai-ramai ke program Jelajah Demokrasi ini bagi mengembalikan momentum kebangkitan rakyat Malaysia yang menolak kezaliman dan salah guna kuasa yang terus dilakukan oleh UMNO/BN. Semangat juang sebagaimana yang kita lihat sebelum PRU13 akan terus disemarakkan. Insya Allah
Terus Beristiqamah,
Hj. Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
15 Disember 2014
0 comments:
Catat Ulasan