Jam 11 pagi meninjau bangunan surau dan PASTI Kampung Tampan yang masih ditenggelami air. Tiada apa-apa bantuan yg dapat dibantu. Selepas itu bergerak ke Padang Rengas.
Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak
Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Jam 11 pagi meninjau bangunan surau dan PASTI Kampung Tampan yang masih ditenggelami air. Tiada apa-apa bantuan yg dapat dibantu. Selepas itu bergerak ke Padang Rengas.
Lebih 100 ekar tanah tanaman kelapa sawit dan getah musnah, sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Pada waktu rumah dilanda banjir, kebun masyarakat kampung diserang gajah liar. Saya bersama mangsa banjir Mohd Nor Osman dan Aziz Asri sempat melawat hasil tanaman yang dimusnahkan oleh gajah liar. Jabatan Perhilitan dan kerajaan negeri perlu memberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan mata pencarian penduduk.
Kebun tersebut telah dipasang dengan pagar elektrik oleh kerajaan yang dianggarkan mencecah hampir RM5 juta, manakala penyelenggaraannya mencecah RM14 ribu sebulan, tetapi ia tidak memberi kesan. Rungutan orang kampung bahawa mereka tidak terlalu susah hati apabila rumah dinaiki air, akan tetapi mereka amat sedih apabila kebun mereka musnah kerana ia adalah mata pencarian.
Seorang aktivis Larut yang hadir membantu gerak kerja di Lenggong, mengalami kemalangan pada jarinya. Sempat membawanya ke Hospital dan mengalami kecacatan seumur hidup pada jarinya. Semoga beliau mendapat keredhaan Allah, dan bagi mereka yang sudi untuk memberi sumbangan kepada beliau, boleh hubungi Ustaz Shahir, Pemangku Ketua Pemuda Larut 013 463 1815
Alhamdulillah, pagi ini berkat usaha untuk Islam, Allah memudahkan urusan ini dengan kehadiran sebanyak 40 orang petugas dari Bagan Serai, 60 dari Taiping dan 100 orang dari Larut. Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin. Semoga kehadiran kalian mendapat ganjaran di sisi Allah SWT
Seawal paginya, memulakan operasi bersama anak muda dan Jabatan Amal. Pak Rahim Amal Perak sedang menyampaikan taklimat kepada para petugas dengan bersemangat dan bersungguh sungguh
Menerima kunjungan pemeriksaan Kementerian Kesihatan Malaysia ke Dapur Rakyat di Lenggong. Alhamdulillah, nasihat untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa
Bersama NYDP PAS Taiping di Dapur Rakyat dan kehadiran team bantuan daripada Asked Telekom Taiping. Terima kasih atas kesudian membantu
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN