26 Mac, Khamis, dijemput untuk merasmikan Temasya Sekolah sekolah HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah) yang diadakan di Mini Stadium Keladi, Kulim. Semoga usaha diberkati Allah bagi menyuburkan sekolah sekolah agama
Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak
Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Saya mengucapkan Selamat Hari Polis kali ke 208. Sempena Hari Polis ini, saya mendoakan agar kewibawaan barisan keselamatan ini dapat dipertingkatkan dan menggiatkan jati diri sebagai pihak keselamatan.
Adalah menjadi tanggongjawab bersama mewujudkan Sistem keselamatan Islam disebut Hisbah, iaitu berperanan dalam mengawal keselamatan serta amar makruf nahi mungkar. Semoga pihak polis dapat mengukuhkan integriti dan kepercayaan orang awam sebagai salah satu amanah yang mesti digalas dengan secara bersama.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu, 25 Mac 2015
5 Jamadil Akhir 1436
1. Merujuk kepada pendirian DAP untuk memutuskan hubungan dengan TG Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini, perkara ini menjadi petunjuk kepada senario hubungan dalaman PR yang sukar untuk dikawal meskipun ketiga-tiga parti telah menyatakan kesediaan untuk menerima pakai prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam beberapa isu, terutamanya isu berkenaan pindaan undang-undang kanun jenayah syariah negeri Kelantan. Prinsip ini diperlukan bagi menentukan batas sempadan permuafakatan antara parti-parti komponen PR.
2. Sewajarnya, tempoh permuafakatan yang panjang ini dapat mematangkan ahli-ahli setiap parti agar memahami teras dan sensitiviti perjuangan parti rakan PR. Permuafakatan PR tertegak di atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Semua ahli daripada parti-parti komponen PR telah sedia maklum bahawa agenda perjuangan parti lain yang tidak dapat dipersetujui tidak semestinya perlu mendapat sokongan semua pihak. Justeru tindakan mana-mana pihak yang mempertikai, menghalang atau menyekat kebebasan parti lain melaksanakan agenda perjuangan mereka atas nama pakatan adalah bermakna melangkaui had sempadan toleransi permuafakatan.
3. Kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP ini secara terang mencabar kewibawaan Presiden parti yang diangkat secara sah oleh ahli-ahli PAS sekaligus menampakkan sikap tidak menghormati parti rakan di samping memperkecilkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini juga dilihat cuba menguji sejauhmana kuatnya pegangan ahli PAS terhadap prinsip Islam yang didokong oleh PAS dan sokongan mereka terhadap Tuan Guru Presiden.
4. Dalam hal ini, PAS Kawasan Lenggong menyeru kepada seluruh ahli PAS dan umat Islam agar menzahirkan sokongan padu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik kepercayaan umat Islam kepada ketelusan perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela, mempertahankan dan mendaulatkan Islam di Malaysia.
5. Sokongan kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukanlah semata-mata disebabkan oleh kedudukan beliau sebagai Presiden PAS, bahkan Tuan Guru Presiden inilah figur pemimpin harapan yang dapat memikat sokongan umat Islam yang menjadi pengundi majoriti di Malaysia. Kini, beliaulah tokoh pemimpin Pakatan Rakyat yang dapat menyatukan rakyat Malaysia untuk melawan kebobrokan dan kerakusan Barisan Nasional.
6. Permuafakatan antara PAS dan DAP bukanlah terbentuk pertama kali menerusi jalinan Pakatan Rakyat. Demi mempertahankan dasar dan kefahaman tentang perjuangan Islam, ahli-ahli PAS telah berdepan dengan cabaran dan tekanan daripada UMNO sejak sekian lama. Oleh yang demikian, DAP boleh mempertimbangkan dengan waras adakah perlu diteruskan kerjasama di antara PAS, PKR dan DAP dalam PR ataupun kembali kepada situasi pilihanraya tahun 2008?
Tetap istiqamah dengan Islam bersama TG Presiden PAS.
Ahli-ahli PAS Kawasan Lenggong
Pemuda PAS Kawasan Lenggong
Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong.
Khamis
6 Jamadil Akhir 1436
26 Mac 2015
Sebagai ahli parti yang mendokong perjuangan dan prinsip Islam, saya amat kesal dengan kenyataan DAP yang menghina Presiden, serta dasar PAS itu sendiri. Apakah kita hanya mampu berdiam diri? Di awal bahagian kedua, kitab ماذا يعني انتمائي للإسلام menyatakan bahawa cukup sekadar seseorang mukmin itu berdiam diri membisu, bermakna ia sudah membantu kemungkaran.
Mereka tidak boleh memisahkan PAS dengan kepimpinannya. Tindakan dan kenyataan di medan terbuka seolah-olah strategi untuk menjadikan PAS sebagai alat tunggangan. Tidak mungkin, PAS bukannya dianggotai oleh orang buta yang boleh ditipu, akan tetapi manhaj PAS celik dengan petunjuk daripada Allah SWT
Sikap dan pendirian Presiden dalam mempertahankan Aqidah Perjuangan dengan tidak tunduk kepada sebarang desakan luar, wajib dipertahankan oleh semua ahli gerakan Islam. Jangan jadi bacul dan dayus terhadap penghinaan yang jelas ini. Lakukan apa saja untuk mendaulatkan Islam dan mendapatkan redha Allah.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Selasa, 24 Mac 2015
4 Jamadil Akhir 1436
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an Nisa : 59)
Kembalilah merujuk alim ulamak yang telah mendalami al Quran dan Hadis. Sebahagian ulamak menafsirkan bahawa "ulil amr" itu adalah alim ulamak. Jangan menafsirkan al Quran dan hadis dengan kehendak akal semata mata, kerana akal semata mata hanya terhada kepada apa yang mampu dicapainya, sedangkan Islam itu mengjangkaui segalanya.
Inilah titik kesatuan kita apabila berhadapan dengan perselisihan. Inilah penyelesaian yang pokok, sebelum menghuraikan bab meraikan perselisihan serta membezakan antaranya dan idea perosak yang memecahkan. Kembalilah kepada al Quran dan sunnah mengikut tunjuk ajar para ulamak.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Khamis, 26 Mac 2015
5 Jamadil Akhir 1436
18hb Mac 2015 satu lagi tarikh bersejarah di mana Rang undang-undang Jenayah II Kelantan 1993 pindaan 2015 diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Namun, saya amat terkejut dengan reaksi dan respon daripada rakan tahaluf Pakatan Rakyat. Pada hemat saya kenyataan ini amat merugikan PR dan bacaan politik yang tidak tepat.
Mari kita bersama renungi sebab kegagalan PR dalam PRU13. Peluang menyedarkan rakyat terhadap kepentingan menjaga harta dan kepentingan awam tertangguh dalam PRU13 Mei 2013 kerana kejayaan sentimen Islam dan Melayu yang dimainkan oleh UMNO.
Propaganda UMNO Malaysia akan jadi negara Kristian dan Melayu akan hilang kuasa menjadi ketakutan kepada pengundi khususnya orang Melayu. PRU13 sokongan kaum bukan Melayu mencecah 80% yang menjadikan 52% pengundi telah mengundi PR tetapi UMNO/BN masih terus berkuasa. Kelemahan urustadbir negara oleh kerajaan UMNO/BN terus membebani rakyat.
Telahan PRU14 sukar mengatasi gelombang PRU13 kerana phycopolitik Melayu terhadap Islam dan bangsa masih mengatasi segalanya. Perlaksanaan hudud Kelantan sewajarnya membuka mata pengundi Melayu terhadap keikhlasan perjuangan PAS bersama PR yang menyediakan sistem urustadbir negara dan manusia selari dengan Yang Maha Pencipta. Pembangunan modal insan yang bertakwa mampu menangani gejala keborosan dan rasuah yang amat serius masa kini. PAS boleh dijadikan sandaran menjaga kepentingan seluruh ummah.
PR akan menjadi lebih mantap dalam kerangka tahaluf, andai bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui dan menghormati prinsip serta perjuangan rakan-rakan pakatan yang lain. Menangani perbedaan tanpa dilihat cuba menguasai antara satu sama lain. Dengan rakan PR yang berusaha mengekalkan pengundi dalam PRU13 dan PAS meyakinkan ber strategi untuk penambahan 5% lagi pengundi Melayu. Kajian umno 2% pengundi Melayu berubah kepada PR sudah cukup untuk merebahkan benteng terakhir UMNO/BN, insya Allah.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Khamis, 19 Mac 2015
27 Jamadil Awwal 1436
Baru semalam, dikejutkan dengan persetujuan Dato Seri Najib untuk membeli sebuah jet pesawat peribadi ACJ 320 yang sudah pasti ia bukanlah untuk rakyat. Dengan kos anggaran sebanyak USD70juta, ia dibeli dalam keadaan hutang negara mencecah RM580Billion dan GST semakin membebankan rakyat.
Apabila tiba musim pilihanraya, pelbagai janji ditaburkan dan BR1M yang menjadi rasuah bagi mendapatkan undian. Mereka mempergunakan ilmuan ilmuan "periuk nasi" bagi menghalalkan perbuatan mereka, untuk membebankan rakyat, serta mengaut kekayaan negara.
Apa yang rakyat dapat dengan jet pesawat peribadi tersebut? Adakah ia satu keutamaan sedangkan mereka sering berdalihkan "darurat" bagi menghalalkan GST? Mungkin Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang pada November 2014 menjadi KPI untuk menimbang semula keperluan menghabiskan USD70Juta (anggaran) untuk sebuah kapal terbang.
Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3 dibentangkan di Parlimen menyenaraikan beberapa ketirisan yang cukup membimbangkan, apatah lagi ia turut disemak oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC).
Antara yang disenaraikan ialah penipuan oleh seorang pegawai kerajaan sehingga kehilangan hampir RM1 juta duit negara, kos hospital Shah Alam meningkat RM68.25 juta, RM11.94 juta pencen bulanan dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kepada orang yang sudah meninggal, 7712 aset bernilai RM 44.19 juta dilaporkan hilang 2011 hingga 2013 di Kementerian Kesihatan, dan Projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang tidak capai objektif.
Dengan RM1juta sepatutnya kita boleh memberi bantuan isi rumah bagi 1200 buah, sebanyak RM 833. Akan tetapi ketirisan yang terjadi bukanlah sejuta atau dua, tetapi melibatkan ratusan juta. Sistem Islam kekal releven ke hari ini melalui pengharaman penyelewengan duit negara;
Allah SWT berfirman
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا)
Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang salah, melainkan dengan cara perniagaan yang redha sesama kamu, dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah mengasihi kamu. (Surah an Nisa : 29)
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Selasa, 17 Mac 2015
25 Jamadil Awwal 1436
Saya sangat kesal dengan tindakan pejam sebelah mata oleh beberap pihak yang dikatakan mempunyai ilmu agama dalam menghalalkan cukai GST. Dalam keadaan rakyat yang terbeban dengan pelbagai hutang, dan tekanan harga barangan yang melambung, pihak kerajaan boleh bertindak mengambil duit rakyat dengan alasan keperluan negara.
Adakah mereka telah lupa kewangan negara defisit selama 18 tahun disebabkan pengurusan yang bocor dengan torehan ketirisan? Adakah mereka lupa jutaan ringgit yang dibazirkan atau digelapkan berdasarkan pembentangan audit negara?
Adakah mereka lupa ketirisan yang terbaru 1MDB yang merupakan projek mega yang tidak masuk akal? Adakah mereka lupa hutang negara yang mencecah tahap kritikal ini disebabkan sistem ekonomi kapitalisme yang diamalkan oleh kerajaan?
Saya sangat kesal, apabila ketirisan kerajaan ini "dilapik" dengan mengenakan cukai kepada rakyat. Rakyat terus menderita dengan pelbagai tekanan, walhal para menteri masih boleh bermewah mewah. Apabila mengikis kekayaan negara kamu ketepikan Islam, tetapi apabila ingin "rompak" duit rakyat kamu pergunakan dalil dalil dalam Islam?
Di dalam Hadis disebut bahawa;
ﺇِﻥَّ ﺻَﺎﺣِﺐَ ﺍﻟْﻤَﻜْﺲِ ﻓِﻲ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ
Maksudnya; "Sesungguhnya pengambil cukai dalam neraka" (Musnad Imam Ahmad hadis nombor 16387)
Imam Syaukani RA dalam kitabnya, Nailul Authar (4/279) mengatakan :
“Perkataan Shahibul Maks ( ﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟْﻤَﻜْﺲِ ) adalah para pemungut cukai dari manusia tanpa haq”.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Ahad, 15 Mac 2015
23 Jamadil Awwal 1436
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN