Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 29 Disember 2014

BANJIR : BELAJARLAH DARIPADA KEIKHLASAN JABATAN AMAL


Setiap detik saya memerhatikan keikhlasan Jabatan Amal Parti Islam Se Malaysia PAS, tanpa mengharap upah mahupun populariti. Mereka bertungkus lumus siang dan malam, tanpa ada orang yang sudi mengambil gambar mereka, tanpa ada seorang pun wartawan yang sudi membuat liputan khas tentang jiwa jiwa yang ikhlas ini.

Saidina Umar RA satu ketika sedang berkhutbah di atas mimbar dan mengungkapkan,

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من تواضع لله رفعه الله ، فهو في نفسه صغير وفي أعين الناس عظيم ، ومن تكبر وضعه الله عز وجل ، فهو في أعين الناس صغير وفي نفسه كبير ، وحتى لهو أهون عليهم من كلب أو خنزير
Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang merendahkan diri kerana Allah, Allah akan meninggikan mereka. Kerdil tubuh mereka namun mulia dipandang manusia. Sesiapa yang membesarkan diri, Allah akan menjatuhkan mereka. Mereka kerdil dipandang manusia, tetapi diri mereka disangka besar. Sekalipun mereka lebih hina daripada anjing dan khinzir"

Jabatan Amal yang diasaskan oleh almarhum Ustaz Abu Bakar Cik yang meninggal dunia sebagai seorang pejuang Islam, mengajar anak anak musa erti keikhlasan yang utuh. Hati yang ikhlas pastinya melahirkan kader kader Islam yang istiqamah. Tetapi hati yang sombong dengan kerja tangannya, akan melahirkan perosak perosak yang diliputi dengan penyakit hasad. Beginilah yang diajar di dalam al Quran melalui kisah pelantikan Thalut sebagai pimpinan, bukanlah seorang yang popular, hanya memikirkan amanahnya untuk umat Islam.

Dalam krisis banjir di seluruh Malaysia, apabila saya ingin menziarahi tempat tempat yang ditenggelami air, mereka datang menghulurkan bantuan walaupun kelengkapan yang seadanya. Apabila saya ingin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, merekalah yang membungkus, memikul serta menghulurkan kepada saya untuk diberikan kepada mangsa.

Di malam hari, ketika air pantas menaik, mereka bangun bersengkang mata membantu masyarakat mengangkat barang untuk proses perpindahan. Ketika ada mangsa yang lemas, merekalah yang berada di barisan hadapan turun ke hutan hutan meredah paya dan kotoran untuk mencari mangsa. Tiada seorang pun yang mengambil gambar tugasan lasak mereka, sehingga mereka tidak dikenali secara individu. Akan tetapi Jabatan Amal dikenali sebagai satu "team" dan kumpulan, bukanlah terkenal dengan hero hero tertentu yang gilakan nama.

Mereka tidak punya jutaan ringgit untuk memberi bantuan dengan senyuman gambar di hadapan kamera, akan tetapu mereka punyai hati dan jiwa yang cekal, ikhlas untuk membantu bekerja untuk Islam. Di kala bahaya mendatang mereka menjadi benteng, di kala payah mendatang mereka menjadi penyelamat. Inilah Jabatan Amal yang saya kenali, bersama saya menggerakkan jentera khususnya PAS Perak.
Lihatlah, kelak apabila banjir mula surut, jiwa jiwa yang ikhlas inilah yang turun mencuci sehingga ke penghujung, berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengharapkan sekupang dua daripada tuan rumah yang dicucinya. Ketika proses pembersihan inilah tiada lagi aktviti mencari populariti kerana terpaksa berhadapan dengan kotoran lumpur yang tebal. Kadang kala tanpa disedari dapur rumah mereka tidak berasap, keperluan hidup mereka sendiri tidak sempat diuruskan kerana berusaha membantu masyarakat.

Gambar wajah mereka tidak tersiar di dada akhbar dengan senyuman muka yang bersolek, akan tetapi jiwa mereka jelas di hadapan Allah SWT dengan hati yang ikhlas. Belajarlah nilai keikhlasan daripada mereka, insya Allah ia akan membuahkan istiqamah yang berpanjangan. Elakkan meniru gaya gaya gila populariti kerana ia akan memeram kemalasan yang kerap, kerana keikhlasan itu kerana Allah yang Maha Kekal, manakala gilakan populariti itu kerana manusia yang akan mati esok atau lusa.

Kepada yang bersimpati, hulurlah bantuan untuk Jabatan Amal Perak, samada menghubungi Saudara Arif Sha'rani, Pengarah Jabatan Amal Perak di talian 013 420 7663 atau akaun Maybank Amal Daya Maju 5580 3360 3022


Terus beristiqamah

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
8 Rabiul Awwal 1436
Selasa 30 Disember 14

1 ulasan:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus atau uang gaib tanpa tumbal seperti saya,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=> TOGEL UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam