Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 11 Disember 2014

JELAJAH DEMOKRASI LONJAKAN MOMENTUM RAKYAT PERAK


1. PRU13 lalu telah meranapkan harapan rakyat untuk melihat peralihan kuasa walaupun 52% pengundi telah mengundi PR. Namun, oleh kerana sistem "first past the post" digunakan, maka UMNO/BN tetap terus memerintah Malaysia. Laungan "INI KALI LAH" dibalas semula dengan "LAIN KALI LAH".

2. Rakyat telah cuba dibangkitkan dengan Blackout 505 namun malangnya tidak berjaya kerana rakyat masih dalam kepenatan bekerja sepenuh masa di PRU13. Langkah Kajang pula merupakan tindakan yang tidak popular, malah implikasinya menyebabkan PR hampir kehilangan Selangor dan ikatan parti-parti komponen PR menjadi semakin renggang. Walaubagaimanapun, detik hitam ini sudah semakin berlalu dan ia memberikan satu pengajaran yang amat bermakna buat kita semua.

3. UMNO/BN menyedari bahawa mereka bukan lagi pilihan rakyat. Kesempatan yang ada, diambil dengan mengaut keuntungan peribadi dan individu individu tertentu serta terus menerus menekan rakyat. Rakyat terus diperbodohkan dalam sistem demokrasi terpimpin dengan menyalah gunakan sistem perundangan yang sedia ada.

4. Pakatan Rakyat masih tetap menjadi harapan rakyat. Usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PR mesti diteruskan. Oleh itu, ikatan dan setia kawan di antara parti-parti komponen PR wajib diperkukuhkan, bagi meneruskan kelangsungan ini.

5. Sambutan ulangtahun PAS kali ke-63 yang telah berlangsung baru-baru ini menjadi peniup semangat awal kepada kita untuk terus bekerja keras. Jelajah Demokrasi yang bakak diadakan juga merupakan satu gerakan untuk membangkitkan kesedaran rakyat di kala ini. Tanggal 20hb Disember 2014 menjadi tarikh bagi Jelajah Demokrasi mengatur langkahnya di Perak.

6. Butiran program seperti berikut :
20 Disember (Sabtu)
Bermula 8 pagi
Pusat Tarbiah Taman Meru
Kampung Ara Payung
7. Seluruh rakyat negeri Perak diseru untuk menunjukkan semangat perjuangan yang tidak luntur dengan turun beramai-ramai ke Jelajah Demokrasi ini demi mengembalikan momentum kebangkitan rakyat Malaysia yang menolak kezaliman dan salah guna kuasa yang terus dilakukan oleh umno/BN. Semangat juang sebagaimana yang kita lihat sebelum PRU13 akan terus disemarakkan.

Terus Beristiqamah,

Hj. Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
11 Disember

0 comments:

Catat Ulasan