Medan dakwah dan memberi kefahaman kepada masyarakat Islam mula berkembang dan berpusat melalui masjid, surau dan pusat pendidikan seperti pondok dan madrasah. Salah satu "indicator" atau petunjuk kejayaan gerakan dakwah dan pengkaderan boleh diukur melalui makmurnya sesebuah masjid atau surau dalam sesuatu kariah begitu juga pondok dan madrasah.
Sebahagian besar para agamawan, kader-kader dan para amilin PAS lahirkan dari sekolah sekolah agama dalam Negeri Perak seperti Sekolah Agama Yahyawiyah Padang Rengas dan Ehya Al Syarif Gunung Semanggol.
Kini Sekolah-sekolah agama telah diambil alih oleh umno satu persatu, sehingga Sekolah-sekolah pengkaderan ini hampir pupus. Acuan yang dihasilkan oleh sekolah agama bantuan kerajaan hampir tidak boleh dibezakan antara keluaran berpendidikan agama dan keluaran berfikiran sekular.
Tindakan Dewan Ulamak PAS Perak atas usaha untuk menjadikan infrastruktur sedia ada Masjid dan surau untuk menyalurkan “Ilmu Haraki” dalam bentuk “Fiqhul Harakah” kepada semua agamawan di kawasan-kawasan, bertepatan dan bersesuaian dengan situasi yang terjadi hari ini.
Justeru, semua usaha PAS tidak terhenti sekadar “Fiqhul Auraq” semata mata, kerana apa jua yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin PAS, perlu menarik masyarakat kepada PAS dan melahirkan ahli dan pemimpinnya yang terdidik dengan pendidikan yang muafaqah (selari) dengan syariat dan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dengan ini, saya menyeru kepada semua AJK Urusan Ulamak PAS Kawasan, Para ulamak/alimat dan ustaz/ustazah, para nuqaba usrah, para Imam Jumaat, serta semua ahli PAS yang mengajar di surau/masjid tanpa mengira latar belakang supaya dapat menghadirkan diri dalam program Nadwatul Mualimin.
Butiran seperti berikut :
Nadwatul Muallimin,
Tarikh : 20hb Disember 2014
Waktu : Bermula jam 8 pagi
Tempat : Markas Tarbiah PAS Air Kuning Taiping.
Semoga kehadiran antum diberkati Allah SWT
Terus beristiqamah
Hj. Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Pesuruhjaya PAS Perak
10 Disember
0 comments:
Catat Ulasan