Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Sabtu, 20 Disember 2014

INTISARI UCAPAN JELAJAH DEMOKRASI PAS PUSAT



20hb Disember 2014
8.00 pagi
Di Pusat Tarbiah PAS Tambun
Taman Meru, Ipoh.
Demokrasi adalah ciptaan manusia, adakalanya betul sekiranya selari dengan Islam, dan adakalanya salah sekiranya bercanggah dengan Islam. Secara mudahnya, hukum demokrasi adalah "majoriti".
Berdasarkan maklumat daftar pemilih bertarikh 27 November 2012, bahawa komposisi pengundi yang layak mengundi di Malaysia bagi PRU13 seramai 13,105,407 orang. Manakala di Perak sahaja seramai 1,397,279 orang.
Manakala selepas PRU13, sokongan pengundi di Perak, Pakatan Rakyat seramai 54% berbanding Barisan Nasional sebanyak 46%. Tetapi kerusi Dun lebih banyak dimenangi oleh BN hasil strategi persempadanan semula.
Persoalannya, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan situasi 54% ini? Atau meningkatkan kerusi Dun? Apakah peranan kita? Apakah yang sepatutnya kita lakukan bersama? Politik adalah sebuah persaingan, iaitu di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Begitu juga di antara parti dalam Pakatan Rakyat dan di antara individu dalam parti.
Dari segi politik juga, persepsi dan tanggapan mesti diurus supaya meningkatkan keyakinan kepada pengundi, di samping gerak kerja yang ikhlas, bukan sekadar ingin memenuhi ruang media populariti semata mata.
Selepas PRU13 ukuran sokongan berdasarkan kehadiran dalam ceramah dan edaran akhbar parti dilihat agak merosot. Manakala program tarbiah dan perkaderan beroperasi secara stabil dan mesti diteruskan.
Pimpinan dan semua ahli parti perlu mencari satu formula yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan kepercayaan terhadap PAS khususnya
Terus beristiqamah,
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Sabtu 28 Safar 1436
20 Disember 2014
2.00 petang

0 comments:

Catat Ulasan