Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Sabtu, 20 Disember 2014

INTISARI UCAPAN PERASMIAN PENUTUP NADWATUL MUALLIMIN SIRI 4






Tarikh: 20 Disember 2014 (Sabtu)
Jam: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Markaz PAS Air Kuning
1. Kata kata aluan
2. PAS Perak merakamkan ucapan tahniah buat Dewan Ulamak PAS Negeri yang telah bertungkus lumus untuk membina fikrah golongan pendidik dan ilmuan. Ucapan tahniah juga kepada peserta yang terus beristiqamah dalam perjuangan ini.
3. Sepertimana sedia maklum, hari ini 20 Disember, selain daripada Nadwatul Mu'allimin, PAS Perak juga mengikuti 2 program yang lain secara serentak, iaitu;
a) Program Jelajah Demokrasi. Anjuran Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi yang bermula pagi ini di Markas Tambun.
Dan akan berakhir dengan ceramah Jelajah Demokrasi di Batu Gajah.
b) Konvensyen Sekretariat yang melibatkan SU, PSU Dewan dan Kawasan. Program ini juga penting kerana mesyuarat Agong yang akan bermula Januari 2015 di peringkat cawangan dan ia melibatkan pemilihan kepimpinan.
Realiti ini menyebabkan timbulnya persepsi di dalam minda di semua peringkat bahawa muktamar kali ini memperlihatkan persaingan antara dua ideologi dalam jamaah, iaitu dakwah dan siasah (politik).
Golongan siasah lebih sinonim dengan Pro Pakatan Rakyat, manakala golongan dakwah yang dilabel sebagai ulamak konservatif yang dikatakan melambatkan proses ke arah kemenangan.
4. Apabila adanya persaingan ini,  pepatah melayu menyebut sebagai peperangan atau perlawanan yang tetap merugikan walau apa juga keputusannya. Inilah lumrah, setiap kali ada perlawanan, pasti akan ada golongan yang menang dan golongan yang kalah.
"Menang jadi abu, kalah jadi arang" iaitu kedua-duanya mempunyai nilaian yang kurang. Abu apabila ditiup angin, akan hilang begitu sahaja, manakala arang  mengotorkan tempat dan adakala digunakan untuk membakar satey, iaitu yang menang hanya menjadi alat pembakar.
5. Tahniah kepada Dewan Ulamak PAS Negeri yang menjadi teras kepada parti, terutamanya dalam program latihan tarbiah serta penyatuan perbezaan fikrah bagi melahirkan satu fikrah satu amal.
6. Suka untuk saya memetik kata-kata Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang mengatakan;
"Ikhtilaf atau perbezaan pendapat dalam cara bertindak atau tafsiran undang-undang adalah sesuatu yang positif dan pastinya akan ada titik pertemuan (persamaan) dalam perbezaan itu. Akan tetapi ikhtilaf atau perselisihan dalam merebut jawatan akan terus berselisih pandangan sepanjang hayat. Hanya akan berakhir apabila salah seorang daripadanya tewas atau mati"
7. Ikhtilaf mengenai ideologi atau fahaman juga sangat sukar untuk menemui titik pertemuan. Kita boleh lihat menerusi sejarah di Perak sendiri.
a) Ideologi komunis Cim Peng dan pimpinan Melayu seperti Rahim Mandi Abdullah dan lain lain.
b) Ideologi Nasionalis Malaya/Kebangsaan (penyatuan kaum) seperti Ahmad Boestamam.
c) Ideologi Nasionalis Islamis yang dibawa oleh Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dr Zulkifli Muhammad.
Kesemua ideologi ini lahir di Perak, di awal pra kemerdekaan walaupun pada awalnya bersatu di bawah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tetapi berpecah di penghujungnya.
8. Inilah peranan ulamak yang amat mencabar pada masa ini, dalam membawa misi dakwah dan siasah. Dakwah kepada masyarakat untuk menarik seramai mungkin serta menyatukan ahli di atas fikrah atau ideologi PAS sebagai mata rantai menyambung kerja Nabi Muhammad SAW.
9. Kewajipan kita sebagai ahli PAS dan penggerak gerakan Islam sebagaimana yang dipertegaskan dalam Muktamar ke 60 baru-baru ini, iaitu memperkemaskan program tarbiah dan menjadi benteng daripada dimasuki virus ideologi asing.
10. Saya sangat berharap supaya kita semua menjadi faktor yang boleh menyatukan jamaah dan bertegas mempertahankan ideologi PAS. Berusaha memastikan setiap amalan kita ada nilai di sisi Allah.
Terus beristiqamah,
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Sabtu 28 Safar 1436
20 Disember 2014
5.00 petang

0 comments:

Catat Ulasan