Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 11 Disember 2014

PAS PERAK MERAKAMKAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR KE 69

PAS Perak merakamkan ucapan tahniah kepada sejumlah 27 penerima daripada 680 pencalonan yang terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini.
  
Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata daripada 27 penerima itu, dua individu menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.
  
Selain itu, 24 orang menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S), kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi perempuan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ucapan tahniah juga kepada dua exco PAS, iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dan Dr. Ahmad Yunus menerima Darjah kebesaran Datuk Paduka Selangor (DPMS) yg membawa Gelaran Datuk.

PAS Perak merasakan bahawa anugerah ini sebagai satu tanda penghormatan terhadap jasa jasa mereka. Semoga anugerah ini dapat dimanfaatkan untuk memudahkan gerak kerja kebajikan rakyat dan pelaksanaan keadilan, serta meningkatkan elemen tawadhuk dalam diri.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

11 Disember

0 comments:

Catat Ulasan