Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 7 Januari 2015

KITA BERKONGSI PENGALAMAN DAN PERASAAN KITA BERSAMA

Semalam, Isnin 5 Januari 2014, bersamaan 14 Rabi'ul Awwal 1436 paras air di Lenggong mencatatkan paras mendatar (tiada peningkatan atau surutan). Dapur Rakyat mula ditutup, rumah rumah yang sudah boleh dicuci, telahpun dibersihkan. Saya mencuri masa untuk membuat pusingan kedua meninjau kawasan kawasan yang banjir dan perkembangan semasa, sementara menunggu operasi seterusnya untuk membersihkan beberapa buah tempat, iaitu 21 buah rumah di Kampung PPRT Labit, Surau dan Pasti serta beberapa buah rumah di Kampung Pengkala Ikan.

Bermula di kawasan sendiri, Lenggong iaitu di Kampung Chepor, mangsa banjir mengatakan kami tak risau banjir yang melanda mereka, akan tetapi mereka lebih bimbangkan gajah liar menyerang kebun mereka yang menjadi sumber rezeki. Alhamdulillah, saya beserta rombongan mengambil masa untuk pergi melihat kesan kerosakan haiwan liar tersebut. Selepas itu, meneruskan tinjauan di Kampung PPRT Labit, Kampung Tampan Air dan Kampung Pisang yang mana paras airnya tidak berubah, mencatatkan paras mendatar.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke kawasan Padang Rengas, Kampung Changkat Duku dan Kammpong Biong yang mana keadaannya sama seperti di Lenggong, yang berada di hulu Empangan Cenderoh, paras airnya juga mendatar. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar bagi membantu Unit Amal Kuala Kangsar membersih kedai kedai di Lembah. Keadaan di sana memerlukan ramai tenaga untuk membantu.

Kira-kira jam 1 petang, kami tiba di POB Sungai Siput, yang mana semua keadaan kembali seperti biasa. Oleh itu kami meneruskan perjalanan ke Parit melalui laluan Sayong dan sempat meninjau beberapa penempatan. Lebih kurang jam 3 petang, kami tiba di POB Parit, iaitu Markas Titi Gantung. Di sana sempat bersama KP Parit, Ustaz Zahid Abu Bakar dan KP Kampar, Ustaz Anuar Morat sempat bersama mereka membantu mencuci dua buah rumah. Di Tanjakan terdapat beberapa buah rumah yang menunggu air surut, dan operasi mencuci boleh diteruskan. Ya, Parit juga memerlukan sumbangan tenaga bagi gerak kerja ini.

Lebih kurang jam 6 petang tiba di POB Pasir Salak. Alhamdulillah, hampir seluruh keadaan di seluruh Perak agak sama, iaitu operasi mencuci yang sudah pun bermula. Di perjalanan balik ini, suka untuk saya berkongsi perasaan dan catatan bahawa di Perak, Lenggong adalah kawasan yg mula-mula dilanda banjir. Dapur rakyat mula dibuka di Lenggong dengan menyediakan makan bermasak 3 kali sehari untuk seramai 751 mangsa banjir. Pada waktu itu UMNO masih terpinga-pinga kerana kedua AP dan ADUN sedang berada diluar negara. Kemudian diikuti banjir di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Parit dan Pasir Salak.

Walaupun ada rakan dan kawasan yang dijadualkan untuk membantu Lenggong, iaitu Taiping, Bagan Serau, Bukit Gantan dan Gerik, namun Allah SWT mudahkan dengan kehadiran petugas dari kawasan di Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Dunia whatsapp yang banjir dengan gambaran suasana pimpinan dan rakan Pakatan Rakyat membantu kawasan lain, menambahkan guris hati masyarakat Lenggong. Ada dari kalangan mereka tertanya tanya, "si fulan dan si fulan tak datang kah"?

Suka untuk saya coretkan sebuah taujihat daripada Allah SWT yang membakar semangat buat petugas gerakan Islam agar bersungguh melakukan sehabis daya dengan mengharap redha Allah SWT. FirmanNya;

اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan) (Surah asy Syura : 15)

Inilah roh semangat tarbiah yang berkobar kobar, iaitu semangat berlumba lumba untuk melakukan kebaikan, satu persaingan ke arah kebaikan, sejajar dengan firman Allah SWT.

(وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ)

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al Baqarah : 148)

Pengajaran dalam persaingan menuju kebaikan ialah menjauhkan dir daripada perasaan iri hati sesama kita, kerama ruang untuk membuat kebajikan dan berkhidmat kepada agama dan masyarakat Ini terlalu luas. Janganlah merasa terpinggir atau bersikap ingin meminggirkan. Sebaliknya, bimbinglah dan mintalah perlindungan supaya kita tidak termasuk ke dalam golongan yang dipinggir oleh Allah SWT.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

15 Rabiul Awwal 1436
Sabtu 6 Januari 2015

0 comments:

Catat Ulasan