Lebih 100 ekar tanah tanaman kelapa sawit dan getah musnah, sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Pada waktu rumah dilanda banjir, kebun masyarakat kampung diserang gajah liar. Saya bersama mangsa banjir Mohd Nor Osman dan Aziz Asri sempat melawat hasil tanaman yang dimusnahkan oleh gajah liar. Jabatan Perhilitan dan kerajaan negeri perlu memberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan mata pencarian penduduk.
Kebun tersebut telah dipasang dengan pagar elektrik oleh kerajaan yang dianggarkan mencecah hampir RM5 juta, manakala penyelenggaraannya mencecah RM14 ribu sebulan, tetapi ia tidak memberi kesan. Rungutan orang kampung bahawa mereka tidak terlalu susah hati apabila rumah dinaiki air, akan tetapi mereka amat sedih apabila kebun mereka musnah kerana ia adalah mata pencarian.
0 comments:
Catat Ulasan