SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 30 April 2015

ADAKAH FELDA AKAN SENASIB DENGAN MAS (Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd)

Sejarah ringkas MAS(Malaysian Airlines System) dan SIA (Singapore Airlines system) adalah pecahan "share" dari MSA (Malaysia Singapore Airline) semasa Singapore menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Dalam tempoh pemisahan selepas 1963, pimpinan Singapore mampu meletakan SIA sebagai salah satu penerbangan terbaik dunia dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Singapore.

Secara sepintas lalu, sektor korporat mengetahui MAS sehingga ke hari ini menghadapi masalah demi masalah. Sejarah hitam menyelamatkan MAS kerajaan melalui khazanah negara membayar nilai saham pada harga RM8/ sesaham yang pada masa itu harga semasa sekitar RM3.50/. Atau lebih mudah faham, kerajaan UMNO/BN membayar sebanyak RM4.50/ lebih tinggi dari harga semasa melibatkan lebih RM500juta duit rakyat dialir kepada kroni pimpinan UMNO.

UMNO/BN juga terus sembunyikan jumlah "bail out" atau bahasa mudah kerajaan membayar hutang MAS yang hampir mencecah RM10Billion, iaitu 10 ribu juta yang jumlah itu sama dengan 10 tahun belanja pengurusan Negeri Perak.

Harga saham MAS pada masa terbitan awal berharga RM8/ sesaham pada masa ini bernilai kurang dari RM0.50 sesaham. Susut nilai syarikat tidak keterlaluan kalau dikatakan ini berpunca daripada salah urus UMNO/BN yang menyebabkan Malaysia kehilangan Billon Ringgit wang rakyat.

Hari ini saya bersama dengan Saudara Mazlan Aliman dan AJK ANAK di PRK P091 Rompin cuba memberi kefahaman kepada pengundi warga Felda supaya menolak calon UMNO/BN, atas dasar menyelamatkam hak rakyat daripada terus dirakusi pihak tertentu.

Dalam erti kata lain, dalam tempoh 3 tahun harga harga asal saham FGV yang dibeli oleh peneroka dan orang Awam adalah RM4.55/ sesaham. Manakala pada hari ini sekiranya pemegang saham menjual saham mereka, mereka hanya memperoleh pada harga semasa lebih kurang RM2.10/. Ini bererti satu saham peneroka akan mengalami kerugian RM2.45/ sesaham. Kalau terus dibiarkan umno berkuasa ada kemungkinan harga saham FGV akan menurun sehingga RM0.25sen sesaham seperti harga saham MAS. Bila sudah sampai kepada peringkat ini apa akan jadi kepada peneroka.

Peneroka wajib merasa risau dan bimbang terhadap masa depan mereka dan generasi akan datang disebabkan kesan salah urus Felda oleh UMNO/BN. Terlalu banyak perkara teknikal yang dikaburi oleh pimpinan UMNO/BN dengan sogokan sehingga membolehkan FGV disenaraikan dalam Bursa Kuala Lumpur. Ia bagi memberi isyarat kepada UMNO/BN agar prihatin kepada peneroka maka undi lah :

Calon berlambangkan PAS Alfadhil Ustaz Nazri Ahmad dalam PRK P091 Rompin pada 5/5/15 ini.

Tidak ada cara lain untuk selamatkan negara dengan selamatkan Felda dari kerakusan UMNO/BN. Mulakannya di Rompin.

* Catatan dalam perjalanan balik dari PRK P091 Rompin

Terus Beristiqamah

Hj.Razman Hj.Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis 30 April 2015
12 Rejab 1436

Rabu, 29 April 2015

DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG SELAYAKNYA DIANGKAT SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG


Situasi politik menjelang suasana semasa dan persiapan menghadapi PRU14 memerlukan ikon yang boleh menjadi "enabling factor" untuk menumbangkan dominasi UMNO/BN

Sekali lagi saya tegaskan rakyat sudah muak dengan UMNO. Persoalannya kepada siapakah kuasa pemerintahan  akan diserahkan? Siapa yang akan mendominasi? Adakah di sana jaminan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa?

Adakah wujudnya keadilan dalam agihan kekayaan negara? Adakah sistem pentadbiran negara akan lebih transparent? Apakah pengganti UMNO/BN boleh dipercayai dalam memikul amanah ini?

Dengan apa alasan sekalipun landskap politik Malaysia, tidak boleh meminggirkan survival Melayu dan Islam. Inilah benteng terakhir UMNO/BN. Parti bukan Melayu dalam komponen BN  tidak bersetuju, tetapi mereka harus "bersetuju di atas perkara yang mereka tidak bersetuju" demi mengekalkan kuasa BN.

Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.

Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan yang mereka tidak bersetuju"

"PAS MELANGKAH DENGAN BERRINSIP, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

* Catatan Kempen PRK P091 dari Felda Kratong 4 ke Markas Induk, Bandar Muazam Shah

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 29 April 2015
11 Rejab 1436

Selasa, 28 April 2015

DUA HARI BANTU PRK P091 ROMPIN, ANTARA KEMISKINAN RAKYAT DAN KEKAYAAN PARA PEMIMPIN


1. Amanah pemimpin yang telah dilantik ialah memastikan dasar kerajaan, iaitu meringankan Rakyat.

2. Sampai bila rakyat terpaksa menanggung kerugian hasil pemimpin yang merompak harta rakyat?

Negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara yang kaya. Hasil atas bumi yang subur seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, segala jenis buahan serta sayuran.

Mengapa rakyat terpaksa tanggung beban salah urus ekonomi oleh pemimpin BN sehingga nilai duit Malaysia jatuh merudum berbanding nilai duit negara jiran seperti Singapore dan Brunei. Untuk mendapat barang yang sama, rakyat Malaysia terpaksa bayar hampir dua kali ganda.

Hasil di bawah perut bumi seperti petroleum, bijih besi, timah dan galian yang lain. Berapa banyak dan ke mana hasil ini pergi?

Kerajaan yang cekap, sewajibnya mengurus hasil negara ini untuk dikongsi oleh rakyat secara samarata. Sebagai contoh subsidi terhadap barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan sebagainya.

Juga memberi subsidi perkhidmatan awam seperti internet, telefon, air, eletrik dan pengangkutan. Apabila semua barang keperluan, kos pengangkutan dan telekomunikasi murah, bebanan rakyat menjadi ringan.

Oleh kerana pimpinan UMNO dan BN menggunakan kewangan negara dengan boros dan tidak munasabah, maka apakah kewajaran mereka dikekalkan? Contoh pemborosan kerajaan hari ini ialah kos ubahsuai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta, bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan serta salah urus syarikat seperti PKFZ dan NFC.

Baru-baru ini 1MDB  dengan nilai RM42Billion, dikatakan bahawa dihadkan hutang terkumpul berjumlah RM48Billion semua ini dijamin dan ditanggung kerajaan.

Akibat dari itu subsidi ditarik oleh UMNO dan ia dikurangkan. Apabila dikurangkan subsidi, menjadikan harga barang mahal. Rakyat terbeban kerana ketidak-cekapan pimpinan UMNO BN dalam mengurus negara.

Tidak cukup dengan kenaikan harga barang kerana jatuh nilai ringgit berbanding dgn matawang asing dan juga penarikan subsidi, kerajaan UMNO menambah lagi kenaikan harga barang sebanyak 6% atas nama GST.

Rakyat terus diperdaya, sedang pemimpin bermewah. Pengundi Felda yang akan mengundi pada 5/5/15 ini wajib hantar isyarat kepada UMNO BN.

Catatan menunggu malam di Rompin

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 29 April 2015
11 Rejab 1436

PESANAN BUAT PENGUNDI PRK P091 ROMPIN. PASTIKAN 5 MEI AHLI PARLIMEN ROMPEN SOKONG HUDUD


Menegakkan hukum Allah SWT adalah kewajipan semua orang Islam yang beriman. Insyaallah pada sidang parlimen akan datang pada 18hb Mei 2015 pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (2015) akan diangkat oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa)1965 dibawah Akta 355 yang telah menghadkan hukuman denda tidak melebihi RM3000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun serta sebatan tidak melebihi 6 kali.

Insyaallah Calon PAS di PRK P091 Rompin AF Ustaz Nazri Ahmad yang berpendidikan agama akan menyokong Rang Undang Undang Islam.

Jadikan undi anda saksi kepada perjuangan besar ini.

Selamat Mengundi

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa, 28 April 2015
10 Rejab 1436

KUKUHKAN JAMAAH PAS MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH SAW


Meneliti minda beberapa individu melalui tulisan yang banyak dalam media maya, pada hemat saya agak banyak yang merugikan jamaah. Saya kurang bersetuju terhadap lontaran persepsi  sebegini dibuat secara terbuka.

Lontaran seperti ulamak muda ingin menguasai jamaah, menuju PAS baru, nanti PAS dipandang "ekstrim" dan menganggap Pakatan Rakyat diharamkan seolah-olah ditujukan kepada sesuatu kumpulan. Perkara seperti ini boleh merenggangkan apa yang dikatakan perbedaan pendapat.

Pemerhatian saya PAS berada pada tahap ini adalah hasil gabungan semua tenaga. Tidak boleh dinafikan sumbangan besar adalah daripada usaha tangan-tangan asatizah yang membuka sekolah agama, mengkader dan memahamkan perjuangan PAS dalam minda kaderisasi sekian lama.

Hasilnya dapat dilihat dengan kewujudan para amilin ikhlas yang menginfakkan seluruh kehidupan diri keluarga dan harta untuk perjuangan hanya mencari redha Allah. Usaha dakwah menarik masyarakat kepada perjuangan bermula dari subuh hingga lewat malam dengan berpandukan Al Qran, Al Hadith, Ijmak Ulama dan Qias yang menjadi "dustur" utama PAS.

Pendekatan "Muwajahah Silmiah" dengan menyekat kemasukan ideologi asing melalui "maratib tarbiah" dimartabatkan. Menjadi kewajipan untuk membetulkan sebarang bentuk penyelewengan terutama aqidah perjuangan. PAS tidak akan undur kebelakang. Janji Allah, Islam tetap akan menang. Saya menyeru seluruh jamaah mempertahan aqidah perjuangan dengan kepimpinan ulamak. Kuatkan mertabatkan PAS tanpa rasa gentar dan dukacita. Kita tetap kehadapan.

Catatan perjalanan ke PRK Rompin

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa, 28 April 2015
10 Rejab 1436

Isnin, 27 April 2015

KRISIS PAKATAN RAKYAT : ANTARA KEPENTINGAN POLITIK DAN PRINSIP

Terus terang saya katakan bahawa apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat pada masa ini boleh membawa kepada perpecahan. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan UMNO dan BN tetapi mereka mahu melihat siapa yang berkuasa dalam PR.

Terus terang dikatakan bahawa landskap politik Malaysia yang didominasi Melayu tidak boleh dipandang mudah. Parti dapat memberi persepsi yang baik dalam menjaga empat teras sensitiviti orang Melayu iaitu Islam, iaitu Agama, Raja, Bahasa dan Hak keistimewaan orang Melayu (pribumi) tetap mendominasi landskap politik Malaysia untuk beberapa dekad lagi.

Konsep "Malaysian Malaysia" dan meritokrasi dalam persaingan belum boleh diterima sepenuhnya, terutamanya dalam agihan ekonomi dan tempat di IPTA.

Beberapa tindakan DAP dan PKR yang dilihat membelakangi prinsip-prinsip ini dan sikap tidak boleh tolak ansur dengan pegangan akar umbi PAS boleh memanjangkan lagi usia UMNO memerintah Malaysia.

PAS tetap dengan prinsip perjuangan di atas Dasar Islam yang telah digalas sekian lama, puluhan tahun lebih awal sebelum wujudnya Pakatan Rakyat lagi. Apa juga risiko, prinsip ini akan terus dipertahankan di semua peringkat, iaitu menolak lawan mahupun kawan yang tidak sealiran dengan prinsip ini.

Permatang Pauh menyaksikan toleransi rakan komponen, sedangkan akar umbi PAS meminta sedikit maruah dengan permohonan maaf. Siapa yang bersalah? Siapa yang menghina Presiden PAS serta prinsip PAS? Mengapa begitu kelat lidah untuk memohon maaf? Dapatkah mereka membantu dengan hati yang terguris.

Terus beristiqamah, mengharap redha Allah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Isnin, 27 April 2015
9 Rejab 1436

TIDAK MUNGKIN KEMENANGAN SEBENAR TERCAPAI DENGAN MERAIH KEMURKAAN ALLAH


Kememangan Islam merupakan janji Allah SWT sepertimana yang disebut dalam FirmanNya

ألا إن نصر الله قريب

Ketahuilah bahawa kemenangan daripada Allah itu sangat hampir (Surah al Baqarah : 214)

Begitu juga dalam hadis hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan tentang perkara ini. Cuma, ramai yang terlupa atau sengaja buat buat lupa bahawa kemenangan itu hanyalah daripada Allah, bukan daripada makhluk.

Andai kita mengecapi kemenangan di dunia, belum tentu ia adalah kemenangan yang sebenar. Boleh jadi kemenangan itu satu "istidraj" daripadaNya, nauzubiLlah. Andai kita diuji dengan kekalahan di dunia, belum tentu ia adalah kekalahan yang sebenar, sebaliknya boleh jadi ia adalah satu "mehnah" untuk meninggikan keimanan pejuang Islam.

Apakah bentuk kemenangan daripada Allah? Apakah bentuk kemenangan yang sebenar benarnya? Allah SWT berfirman,

(وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ)

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah al Anfal : 62)

Antara bentuk kemenangan yang sebenar, yang dijanjikan oleh Allah SWT ialah bantuan daripada Allah dan orang orang yang beriman. Tidak mungkin kita menggapai kemenangan dengan meraih penghinaan dan kemurkaan Allah SWT, serta kebencian terhadap orang yang beriman.

Carilah erti kemenangan yang sebenar, yang tidak mungkin digapai dengan hanya kata kata, atau sejuta kemalasan, atau tergendala hubungan dengan Allah SWT, Pemberi kemenangan. Kemenangan yang sebenar juga bukanlah dengan menggadai prinsip Islam dan ia juga bukanlah mampu "dipetik" dalam masa yang singkat, sepertimana hasil ladang yang tidak mungkin dipetik hari ini andai semalam baru menyemai benihnya.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Isnin, 27 April 2015
9 Rejab 1436

PRESIDEN PAS ADALAH PEMUSATAN ARAHAN, ISLAM TIDAK TERTEGAK DENGAN SEORANG HERO


Dalam mana mana organisasi, pastinya ada pemusatan arahan, seperti Mudir/Guru Besar merupakan pusat arahan di sekolah, Pengarah syarikat di syarikatnya, Pengarah program terhadap AJKnya dan sebagainya. Tujuan pemusatan arahan ini supaya gerak kerja boleh bergerak dengan terancang dan tersusun rapi bagi menggapai matlamat dan tujuan yang disasarkan.

Hal ini merupakan perkara biasa yang diterima oleh semua lapisan masyarakat, ia bukanlah satu candu, bukanlah satu doktrin dan bukan juga satu assobiyah. Akan tetapi ia adalah satu disiplin dan keselarasan yang sememangnya wujud seawal kewujudan manusia lagi. Manakala pemusatan arahan tersebut selagi mana tidak bercanggah dengan syariat, maka ia boleh dipatuhi, sekiranya bercanggah, maka ia tidak boleh dipatuhi. Inilah disiplin yang digariskan oleh Islam.

Gerakan Islam mempunyai organisasi dan sistem sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Sa'id Hawwa di dalam penulisannya "Jundullah, Thaqafatan wa Akhlaqan". Ia juga turut dinyatakan oleh Imam Hassan al Banna di dalam Usul 20 yang menjadi silibus usrah PAS sejak sekian lama.

Dalam organisasi dan sistem, pastinya ada pemusatan arahan. Begitu juga gerakan Islam PAS, pasti ada pemusatan arahan, iaitu Presiden PAS yang merupakan anggota Majlis Syura Ulamak. Apabila sistem dan organisasi ini tiada pemusatan arahan, maka akan berlaku kecelaruan dan tidak mungkin matlamat yang diperjuangkan itu tercapai. Begitu juga apabila pimpinan PAS atau ahlinya tiada pemusatan arahan, maka masing masing akan mengikut kehendak sendiri dan matlamat yang diperjuangkan hanya tinggal angan angan.

Kita boleh bayangkan apabila pemain bola sepak tidak mengikut aturan jurulatih mereka, maka setiap orang lari dari posisi masing masing bagi mengejak bola di hujung padang. Akhirnya kecelaruan ini menyebabkan pemain pemainnya mengalami kepenatan yang lebih, dan mungkin akan "pancit" dalam masa yang singkat kerana tenaganya habis digunakan untuk mengejar bola satu padang.

Saya bimbang, mereka yang tidak mengamalkan pemusatan arahan akan timbul dalam hatinya "saya seorang yang buat kerja, saya seorang sahaja tukang pacak bendera, disebabkan saya kita menggapai kemenangan" dan banyak lagi monolog dalaman seorang yang bekerja tanpa sistem. Saya bimbang mereka akan "pancit" awal dan meninggalkan perjuangan atas dasar "fade up" atau kepenatan.

Maka, pusatkanlah arahan PAS pada Presiden, elakkanlah bercanggah dengan keputusan mesyuarat, elakkanlah mengikut kehendak sendiri walaupun bercanggah dengan pimpinan, dan sebagainya. Belajarlah daripada generasi terdahulu, yang membina gerakan Islam dengan kekuatan bersama, bukan kekuatan seorang "super hero" kerana istilah ini tiada dalam kamus gerakan Islam.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad, 26 April 2015
8 Rejab 1436

HIWAR SIYASI DI KULAI JOHOR


23 April, Khamis, dijemput menjadi panel Hiwar Siyasi membicarakan tentang Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, yang diadakan di Kulai, Johor. Semoga diberi kefahaman oleh Allah SWT

Rabu, 22 April 2015

MENGHADIRI BICARA MINDA BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN


22 April, Rabu, setelah pulang dari Rompin, singgah di Shah Alam menatap wajah Tuan Guru Presiden dan menghayati mutiara ilmu kefahaman dalam Bicara Minda.

PENAMAAN CALON PRK ROMPIN P091


22 April, Rabu, bersama dalam Penamaan Calon PRK Rompin P091. Turut hadir Dr Mahfuz Dewan Ulamak, Dato Nik Zawawi ahli Majlis Syura dan Ustaz Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

DI MARKAS INDUK PRK ROMPIN


21 April, bersama dengan calon PRK P091 Rompin, AF Ustaz Nazri Ahmad dalam majlis Solat hajat dan Taujihad kepada jentera daripada Dewan Ulamak.

Selasa, 21 April 2015

TAHNIAH DAN TAKZIAH BUAT USTAZ NAZRI


Saya mengucapkan tahniah dan takziah di atas amanah yang telah diberikan kepada Ustaz Nazri bin Haji Ahmad, calon PAS di Pilihanraya Kecil P.091, Rompin. Semoga Allah SWT berikan kekuatan dan kemenangan kepada anda dan Islam.
Di kemelut isu GST, dan pelaksanaan hudud, insya Allah, Allah akan membantu hamba hambaNya. Janganlah rasa kerdil di pentas dunia, sebaliknya besarkan jiwamu mengejar keluasan akhirat. Kita berusaha, Allah SWT yang menentukan.

سيروا على بركة الله
Buat calon, dan jentera pilihanraya PAS.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Selasa, 21 April 2015
2 Rejab 1436

MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN PERIBADI AKAN MEROBEK KESATUAN JEMAAH


Hari ini, masalah dalaman menjadi ancaman utama terhadap keutuhan PAS yang dibina selama ini, walaupun dirintangi pelbagai mehnah dan tribulasi. 

1. Ada yang menyalahkan label melabel walaupun dia sendiri melakukan sedemikian.
2. Ada yang menunding jari kepada TGHH walaupun tikus seberang laut yang buat onar.
3. Ada yang mengaitkan ulamak sebagai agen propoganda walaupun mereka sendiri katakan ulamak jumud konservatif envelope tak tau buat kerja sedangkan ulamak bekerja sepenuh masa untuk Islam.
4. Ada yang menyebarkan saraf memburukkan peribadinya sendiri untuk memburu kan rakan dan meraih simpati.
5. Ada yang memburukkan TGHH dengan mengeluarkan kenyataan media dalam akhbar walaupun sudah diperingatkan dan sebab keputusan telah diterangkan.


PUNCA DAN PENYELESAIAN
Antara cadangan penyelesaian yang ingin saya lontarkan ialah;

1. Taatilah Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Perselisihan akan selesai dengan bersama sama mentaati ketua yang satu. Perselisihan akan terus menggila sekiranya munculnya kelompok yang tidak taat dengan menggendong seribu hujah ulamak tidak maksum, kebebasan mengkritik dan banyak lagi. Kita tidak mampu mencipta kesatuan di atas jalan perselisihan.

2. Berpeganglah dengan al Quran dan Sunnah dengan tunjuk ajar alim ulamak yang lebih memahaminya. Apabila wujudnya kelompok yang tidak mahir dengan al Quran dan sunnah, tetapi suka mentafsir keduanya, maka pasti akan wujud perselisihan yang berpanjangan dengan tafsiran yang berbeza dengan alim ulamak sepanjang zaman. Kita tidak mampu mencipta penyelesaian dengan perselisihan.

3. Bersatulah di atas dasar kebenaran, kerana kebenaran itu satu, dan ia tidak berbilang. Andai kelompok A dan B memperjuangkan kebenaran, tidak mungkin wujudnya perselisihan antara kedua. Sebaliknya perselisihan pasti akan timbul antara memperjuangkan kebenaran dan memperjuangkan kepentingan, atau yang lainnya. Kita tidak mampu mencipta persamaan dengan matlamat perjuangan yang berbeza

4. Hayati dasar matlamat perjuangan, lagu rasmi PAS dan lagu Amal, "Berjuanglah wahai Ansorullah dengan matlamat Daulah Islamiah" serta "Beramal kerana Allah". Perselisihan akan timbul antara golongan yang berjuang dengan sebenar, dan mereka yang tidak menghayati jalan ini. Kita tidak mampu mencipta slogan yang sama sedang penghayatan dalam hati itu berbeza.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 20 April 2015
1 Rejab 1436

Ahad, 19 April 2015

MENZIARAHI ANAK BUAH YANG DENGGI DAN KEMALANGAN


18 April, Sabtu, Selesai perasmian MAT Taiping sempat menziarahi dua orang anak buah seorang mengalami kemalangan dan seorang lagi dijangkiti denggi.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TAIPING


18 April, Sabtu, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Taiping, bertempat di Markas PAS Air Kuning. Semoga kesatuan yang digarap dapat melahirkan pelapis masa depan

FLASHMOB DI PANTAI BATU BURUK TERENGGANU


17 April, Jumaat, bersama Flashmob GST di Pantai Batu Buruk Terengganu sebagai salah satu dakwah lapangan menolak cukai haram yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat jelatanya

PROGRAM PENERANGAN DI HOTEL DM KUALA TERENGGANU


Jumaat, 17 April, Program penerangan di Hotel DM Kuala Terengganu, semoga penerangan ini dapat membantu masyarakat memahami isu isu semasa dan membuka fikiran rakyat

CERAMAH PENERANGAN PELAKSANAAN HUDUD DAN GST


15 April, Rabu, Dijemput berceramah di Parlimen Tumpat, di Pohon Tanjung Bendang Luas, bersama YB Ustaz Nik Abduh.