SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 31 Ogos 2015

PELANCARAN KELAB KUDA PERANG PAS KAWASAN KULIM, KEDAH

Isnin, 31 Ogos, Pelancaran Kelab Kuda Perang, peringkat PAS Kawasan Kulim Bandar Bharu, sempena program Jalinan Mesra PAS. Semoga diberkati Allah SWT.







MENZIARAHI MANGSA RIBUT DI PARIT, TAHNIAH PEMUDA KAWASAN

Isnin 31 Ogos, singgah ziarah mangsa ribut di Felcra Nasaruddin Bota.Tersentuh melihat Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit, Ustaz Zahid Abu Bakar bersama anggotanya membantu membaiki rumah mangsa. Moga Allah kurniakan ganjaran kepada mereka di dunia dan akhirat.






KENDURI PUAN ROHAWATI MANTAN CALON PASIR PANJANG

Isnin, 31 Ogos, bertandang ke kenduri Puan Rohawati mantan calon Pasir Panjang yang memecah tradisi kenduri bermula jam 8pg hingga 12 tengahari. Agak lewat tiba, iaitu jam 3 petang.


APA ERTI KEMERDEKAAN? RENUNGAN BUAT RAKYAT TERCINTA




APA ERTI KEMERDEKAAN? RENUNGAN BUAT RAKYAT TERCINTA

Malaysia mula dijajah pada 1511 apabila portugis menawan Melaka. Penjajahan terus dilakukan oleh barat dengan beganti-ganti antara Portugis, Belanda dan British selama lebih 500 tahun.

Rakyat tempatan menjadi hamba pekerja kepada penjajah untuk sesuap nasi sedangkan seluruh hasil kekayaan negara diangkut ke luar negara. Rakyat tertindas, sekadar boleh hidup sedangkan nikmat kekayaan negara langsung tidak dirasai.

1957 rakyat bekorban nyawa dan harta untuk memerdekakan Malaysia daripada penjajahan. Hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-58 dengan tema "sehati dan sejiwa". Sehati dan  sejiwa untuk apa dan siapa? Adakah rakyat malaysia sudah benar benar merdeka?

Dulu rakyat derita kerana hasil negara dirompak dan dibawa ke luar. Sekarang rakyat masih terus menderita dan hasil negara dirompak oleh bangsa sendiri, yang katanya ingin memperjuangkan bangsa.

Negara Brunei mengeluarkan minyak 250,000 tong sehari dan rakyatnya tidak ada yang tidak mempunyai rumah. Kehidupan mereka tidak tertekan dan jauh lebih baik daripada Malaysia yang juga pengeluar minyak. Mereka merasa harga minyak yang rendah . Perkhidmatan hospital, jalan raya persekolahan percuma. Menunaikan haji dengan bantuan penuh kerajaan. Pendapatan bulanan berlebihan kerana hampir semua perkhidmatan percuma. Rakyat Brunei merasai nikmat kemerdekaan.

Malaysia yang juga pengeluar Petroleum , mengikut sumber yang boleh dipercayai, telah mengeluarkan 850,000 tong sehari. Kemana hasilnya menghilang? Seluruh keperluan asas air, letrik, persekolahan, hospital dan jalan raya belum merdeka daripada dijajah pemerintah, rakyat dikenakan bayaran tol, cukai dan bil yang tidak sepatutnya.

 Ditambah dengan cukai ke atas GST yang rakyat semua sudah faham dan merasai kesannya. Pendapatan rakyat yang defisit tidak cukup untuk membiayai keperluan asas kehidupan harian. Apakah erti kemerdekaan kepada rakyat Malaysia?

Sempena menyambut kemerdekaan yang ke-58 ini saya menyeru seluruh rakyat bersatu sehati dan sejiwa berjuang menukarkan pemerintahan UMNO Barisan Nasional.

Selamatkan Malaysia, Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

16 Zulkaedah 1436
Isnin, 31 Ogos 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT PAS NEGERI PERAK

30 Ogos, Ahad, Sambutan Merdeka PAS Perak meriah. Menerima kemasukan 300 ahli baru dan 30 orang DHPP. Syabas dan tahniah buat tetamu jemputan, tuan rumah (PAS Kawasan Tg Malim) dan semua yang menjayakannya.






TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ARC PERAK KE MAAHAD

Ahad 30 Ogos, dengan masa yang agak singkat, balik dari pembentangan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Pongsu Seribu, sempat ziarah kematian sepupu dan terus ke Maahad kerana meraikan kehadiran konvoi motosikal menziarahi. Terima kasih atas kesudian kalian ke Maahad ini, dan semoga usaha kalian diberkati Allah SWT







SINGGAH BERSARAPAN DI WARUNG AHLI JEMAAH

Ahad 30 Ogos, dari MATIN Perlis singgah minum di kedai jamaah kita sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Mengagumkan tong infak di depan kaunter bayaran. Menginfakkan diri dan harta untuk jamaah.






UCAPAN DASAR PRESIDEN DI PULAU PINANG

Ahad, 30 Ogos, Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Pongsu Seribu Pulau Pinang. Kehadiran amat luar biasa. Terus beristiqamah sehingga kemenangan. Syabas dan tahniah buat PAS Pulau Pinang.






PIHAK 9.0 DI PERLIS, BERSAMA PIMPINAN PUSAT DAN KULIAH BERSAMA MURSYIDUL AM

Sabtu, 29 Ogos dijemput sebagai panel di PIHAK 9.0 di Perlis malam ni bersama pimpinan PAS Pusat. Alhamdulillah terubat rindu dengar kuliah Tuan Guru Mursyidul yang diadakan selepas maghrib. Patah perkataan seulas demi seulas menusuk di jiwa. Ya Allah panjangkan umur tuan guru. Amin ya Rabb




WALIMATUL URUS DI IPOH DAN LENGGONG

Sabtu, 29 Ogos, hari ini sempat menghadiri dua majlis Walimatul Urus, iaitu di Ipoh dan Lenggong. Semoga diberkati Allah SWT.



BERSAMA JABATAN PILIHANRAYA, PERBINCANGAN DI DUN SELINSING

29 Ogos, Sabtu, dalam perjalanan Program PIHAK di Perlis, sempat singgah di PUPIS (Pusat Pendidikan Islam) di DUN Selinsing mengikuti perbincangan tentang Pilihanraya. Tahniah kepada Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.




Sabtu, 29 Ogos 2015

BERTEMU AKAR UMBI DI LENGGONG, DENGAN PELBAGAI TOPIK PERBINCANGAN

Jumaat, 28 Ogos, menziarahi kawasan Lenggong, singgah di Markas Banggol Belimbing. Minum di kedai Zul pengerusi kebajikan, bekas tentera Kerabat. Ziarah Pak Mior Lubuk Kawah yang mana isterinya diragut di rumah ketika solat Jumaat. Sembang kedai kopi seputar tajuk kecurian menjadi-jadi. Habis getah, ayam, lembu dan pisang semuanya dah tak selamat. Hasil memotong getah sehari RM10, apa yang rakyat mampu makan?




MENZARAHI RUMAH JEMAAH YANG TERBAKAR DUA HARI LEPAS

27 Ogos, Khamis, menziarahi rumah ahli jemaah yang diuji dengan musibah kebakaran dua hari lepas. Semoga ujian ini meningkatkan keimanan beliau, dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.




MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB DI FELDA IJOK

Khamis 27 Ogos, menyampaikan kuliah Maghrib di Felda Ijok. Semoga diberkati Allah




MAJLIS DIALOG BERSAMA MASYARAKAT FELDA IJOK

27 Ogos, Khamis, Dialog bersama masyarakat di Felda Ijok. Semoga diberkati Allah SWT.