SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 29 Mac 2015

TEMASYA SUKAN SEKOLAH SEKOLAH HESA


26 Mac, Khamis, dijemput untuk merasmikan Temasya Sekolah sekolah HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah) yang diadakan di Mini Stadium Keladi, Kulim. Semoga usaha diberkati Allah bagi menyuburkan sekolah sekolah agama

SERAHAN CEK BAYARAN GUAMAN OKZ13


25 Mac, Rabu, Badan perhubungan menyerahkan cek berjumlah RM10,000/= sebagai bayaran disbustment/travelling kepada Augustine Anthony salah seorang peguam yang yang menguruskan OKZ13 Wira Black Perak. Cek diterima oleh Mr. Ramesh di pejabat beliau.

Badan Perhubungan PAS Perak merakamkan setinggi terima kasih kepada peguam Aminuddin yg memberi perkhidmatan secara percuma dan juga kepada Mr. Augustine yang sudi bersusah payah membantu wira-wira kita.

Kami jua merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu kes ini terutama kepada YB Dato New Koh Ham yang telah menyumbang RM15K di awal isu ini terjadi dahulu.
Badan Perhubungan PAS Perak memohon kemaafan di atas kekurangan dalam mengendali kes ini, semoga diberkati Allah.

BERADA DI PENJARA KAJANG, PERMOHONAN PERPINDAHAN OKZ13


25 Mac, Rabu, berada di Pejabat Urusan Penjara Kajang, urusan perpindahan OKZ13. Doakan semoga prosedur dan permohonan ini dimudahkan oleh Allah SWT.

SUKAN MELATIH UMMAH BERDISIPLIN.


Jazakallah  diucapkan kepada pertubuhan HESA( Pertubuhan Hal ehwal Sekolah Agama) kerana menjemput untuk merasmikan temasya sukan tahunan sekolah-sekolah dibawah  HESA bagi tahun 2015 ini.

Tahniah dan syabas kepada HESA yang berjaya menganjurkan temasya sukan ini. Ini membuktikan HESA bkn shj mampu melahirkan tenaga untuk membentuk akhlak insan bertakwa di bilik darjah atau bilik kuliah malah mampu membentuk disiplin diluar bilik darjah.

Sukan adalah satu bentuk pendidikan Informal yang mampu melahirkan insan yang berdisiplin dalam mengejar kemenangan secara berpasukan. Sukan juga mengajar supaya insan mematuhi undang-undang dan peraturan. Kerana semua jenis sukan mempunyai peraturan dan pengadil.

Sukan bukan shj mengajar para atlet supaya berdisiplin ia juga mengajar para penganjur dan pengadil supaya berlaku adil tanpa bias dan pilih kasih.

Sukan juga satu latihan yang boleh melahirkan masyarakat  dan negara yg harmoni. Dimana para penganjur dan atlit apabila kembali dalam realiti kehidupan akan patuh kpd peraturan dan menghormati kemampuan serta kebolehan rakan.

Begitu juga apabila dewasa nanti semua pelajar akan berada dalam organisasi. Tidak kira samada organisasi sosial atau sebagainya. Melalui tarbiah sukan melatih insan taat kepada ketua.
'Catatan dlm perjalanan  intisari Ucapan perasmian penutup temasya sukan HESA 2015 '


Terus Beristiqamah
Hj.Razman Hj.Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak
6 Jamadil Akhir 1436
26hb Mac 2015

SELAMAT HARI POLIS KALI KE 208


Saya mengucapkan Selamat Hari Polis kali ke 208. Sempena Hari Polis ini, saya mendoakan agar kewibawaan barisan keselamatan ini dapat dipertingkatkan dan menggiatkan jati diri sebagai pihak keselamatan.

Adalah menjadi tanggongjawab bersama mewujudkan  Sistem keselamatan Islam disebut Hisbah, iaitu berperanan dalam mengawal keselamatan serta amar makruf nahi mungkar. Semoga pihak polis dapat mengukuhkan integriti dan kepercayaan orang awam  sebagai salah satu amanah yang mesti digalas dengan secara bersama.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 25 Mac 2015
5 Jamadil Akhir 1436

PAS LENGGONG TETAP MENYOKONG TUAN GURU PRESIDEN PAS


1. Merujuk kepada pendirian DAP untuk memutuskan hubungan dengan TG Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini, perkara ini menjadi petunjuk kepada senario hubungan dalaman PR yang sukar untuk dikawal meskipun ketiga-tiga parti telah menyatakan kesediaan untuk menerima pakai prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam beberapa isu, terutamanya isu berkenaan pindaan undang-undang kanun jenayah syariah negeri Kelantan. Prinsip ini diperlukan bagi menentukan batas sempadan permuafakatan antara parti-parti komponen PR.

2. Sewajarnya, tempoh permuafakatan yang panjang ini dapat mematangkan ahli-ahli setiap parti agar memahami teras dan sensitiviti perjuangan parti rakan PR. Permuafakatan PR tertegak di atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Semua ahli daripada parti-parti komponen PR telah sedia maklum bahawa agenda perjuangan parti lain yang tidak dapat dipersetujui tidak semestinya perlu mendapat sokongan semua pihak. Justeru tindakan mana-mana pihak yang mempertikai, menghalang atau menyekat kebebasan parti lain melaksanakan agenda perjuangan mereka atas nama pakatan adalah bermakna melangkaui had sempadan toleransi permuafakatan.

3. Kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP ini secara terang mencabar kewibawaan Presiden parti yang diangkat secara sah oleh ahli-ahli PAS sekaligus menampakkan sikap tidak menghormati parti rakan di samping memperkecilkan peranan PAS dalam  Pakatan Rakyat. Tindakan ini juga dilihat cuba menguji sejauhmana kuatnya pegangan ahli PAS terhadap prinsip Islam yang didokong oleh PAS dan sokongan mereka terhadap Tuan Guru Presiden.

4. Dalam hal ini, PAS Kawasan Lenggong menyeru kepada seluruh ahli PAS dan umat Islam agar menzahirkan sokongan padu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik kepercayaan umat Islam kepada ketelusan perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela, mempertahankan dan mendaulatkan Islam di Malaysia.

5. Sokongan kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukanlah semata-mata disebabkan oleh kedudukan beliau sebagai Presiden PAS, bahkan Tuan Guru Presiden inilah figur pemimpin harapan yang dapat memikat sokongan umat Islam yang menjadi pengundi majoriti di Malaysia. Kini, beliaulah tokoh pemimpin Pakatan Rakyat yang dapat menyatukan rakyat Malaysia untuk melawan kebobrokan dan kerakusan Barisan Nasional.

6. Permuafakatan antara PAS dan DAP bukanlah terbentuk pertama kali menerusi jalinan Pakatan Rakyat.   Demi mempertahankan dasar dan kefahaman tentang perjuangan Islam, ahli-ahli PAS telah berdepan dengan cabaran dan tekanan daripada UMNO sejak sekian lama. Oleh yang demikian, DAP boleh mempertimbangkan dengan waras adakah perlu diteruskan kerjasama di antara PAS, PKR dan DAP dalam PR ataupun kembali kepada situasi pilihanraya tahun 2008?

Tetap istiqamah dengan Islam bersama TG Presiden PAS.

Ahli-ahli PAS Kawasan Lenggong

Pemuda PAS Kawasan Lenggong

Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong.

Khamis
6 Jamadil Akhir 1436
26 Mac 2015

KAMI BANGGA DENGAN PRESIDEN YANG BERPRINSIP


Sebagai ahli parti yang mendokong perjuangan dan prinsip Islam, saya amat kesal dengan kenyataan DAP yang menghina Presiden, serta dasar PAS itu sendiri. Apakah kita hanya mampu berdiam diri? Di awal bahagian kedua, kitab ماذا يعني انتمائي للإسلام menyatakan bahawa cukup sekadar seseorang mukmin itu berdiam diri membisu, bermakna ia sudah membantu kemungkaran.

Mereka tidak boleh memisahkan PAS dengan kepimpinannya. Tindakan dan kenyataan di medan terbuka seolah-olah strategi untuk menjadikan PAS sebagai alat tunggangan. Tidak mungkin, PAS bukannya dianggotai oleh orang buta yang boleh ditipu, akan tetapi manhaj PAS celik dengan petunjuk daripada Allah SWT

Sikap dan pendirian Presiden dalam mempertahankan Aqidah Perjuangan  dengan tidak tunduk kepada sebarang desakan luar, wajib dipertahankan oleh semua ahli gerakan Islam. Jangan jadi bacul dan dayus terhadap penghinaan yang jelas ini. Lakukan apa saja untuk mendaulatkan Islam dan mendapatkan redha Allah.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa, 24 Mac 2015
4 Jamadil Akhir 1436

CATATAN PERJALANAN KE KULIM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an Nisa : 59)

Kembalilah merujuk alim ulamak yang telah mendalami al Quran dan Hadis. Sebahagian ulamak menafsirkan bahawa "ulil amr" itu adalah alim ulamak. Jangan menafsirkan al Quran dan hadis dengan kehendak akal semata mata, kerana akal semata mata hanya terhada kepada apa yang mampu dicapainya, sedangkan Islam itu mengjangkaui segalanya.

Inilah titik kesatuan kita apabila berhadapan dengan perselisihan. Inilah penyelesaian yang pokok, sebelum menghuraikan bab meraikan perselisihan serta membezakan antaranya dan idea perosak yang memecahkan. Kembalilah kepada al Quran dan sunnah mengikut tunjuk ajar para ulamak.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis, 26 Mac 2015
5 Jamadil Akhir 1436

Isnin, 23 Mac 2015

MENZIARAHI HAJI KASSIM DAN ANAK MUDA TANJUNG KALA


22 Mac, Ahad, jam 10 malam, meluangkan masa menziarahi Haji Kassim, Imam Kampung Tanjung Kala. Walimah anak beliau di siang hari, tak sempst bersama.  Turut bermesra dengan anak muda Tanjung Kala yang pernah membantu dalam PRU13 yang lalu

MENZIARAHI MANTAN PESURUHJAYA PAS PERAK


22 Mac, Ahad, mengambil kesempatan menziarahi Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Azizan Desa di rumah beliau. Berbincang seputar isu Akidah yang kian meruncing.

SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN IJTIMAK PERPADUAN UMMAH KALI KETIGA


Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan mengadakan Ijtimak Perpaduan Ummah Kali ke 3 di Rusila. Sebuah program yang menghimpunkan puluhan ulamak seluruh dunia, bagi membincangkan isu ummat Islam sedunia. Sebuah kenangan manis buat mereka yang merasainya, dan kenangan pahit buat mereka yang tidak dapat menyertainya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

العلماء ورثة الأنبياء فإن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، وإنما ورثوا العلم
Para ulamak ialah pewaris bagi nabi nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan emas mahupun perak, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.

Alhamdulillah, berkat kesatuan ulamak seluruh dunia, dan bersidang di bumi Terengganu, Malaysia, menjadikannya sebuah kekuatan yang terserlah. Ingat, kekuatan bukan pada kuatnya stamina tubuh badan, bukan juga pada ketahanan lasaknya, akan tetapi kekuatan itu pada kesatuan.

Semoga mereka yang bersama dalam program ini, mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta mengurniakan istiqamah yang berpanjangan.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Ahad, 22 Mac 2015
2 Jamadil Akhir 1436

Sabtu, 21 Mac 2015

KENDURI DI JENGKA 16


21 Mac, Sabtu, meluangkan masa menghadiri kenduri Ustaz Syakir, salah seorang tenaga pendidik Maahad Tahfiz al Quran Lid Dakwah wal Imamah Kampung Luat. Lokasi kenduri di Jengka 16, Pahang.

IJTIMAK PERPADUAN UMMAH


19 Mac hingga ke hari ini, bersama para ulamak sedunia dalam Ijtimak Perpaduan Ummah yang diadakan di Rusila, Terengganu. Syabas dan tahniah buat penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ulung ini

Rabu, 18 Mac 2015

SOLIDARITI SIMPATI WIRA RAKYAT OKZ13 2009 BLACK PERAK


Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak melahirkan rasa simpati yang teramat sangat, apabila Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap 12 peserta demonstrasi Ops Bubar pada tahun 2009, yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membebaskan mereka.

Saya tiba di Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.45pagi. Setiba di Mahkamah melihat kelompok keluarga sedang bersedih dan saya dimaklumkan tentang keputusan mahkamah.

Saya sangat kesal dengan keputusan tersebut dan merasa amat sedih ke atas apa yang menimpa kepada 12 orang OKZ dan keluarga mereka. Perjuangan mereka untuk membuka mata rakyat dan penguasa berakhir sedemikian.

Saya menenangkan kepada keluarga dan OKZ bahawa PAS Perak akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing.
Proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak melalui ruang undang-undang yang dibenarkan.

Program susulan termasuklah himpunan solidariti simpati Rakyat akan diusaha untuk mengumpul dana bagi mengurangkan bebanan keluarga dan mengenang jasa mereka dalam menegakan keadilan.
Kepada orang ramai yang bersimpati bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun.

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK.
Maybank 551453101225
dan maklumkan bantuan tersebut melalui sms atau whatsaap kepada Bendahari Perhubungan PAS Perak Us  Ismi +60133900001


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Khamis, 19 Mac 2015
27 Jamadil Awwal 1436

HUDUD KELANTAN MENGUNTUNGKAN PAKATAN RAKYAT


18hb Mac 2015 satu lagi tarikh bersejarah di mana Rang undang-undang Jenayah II Kelantan 1993 pindaan 2015 diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Namun, saya amat terkejut dengan reaksi dan respon daripada rakan tahaluf Pakatan Rakyat. Pada hemat saya kenyataan ini amat merugikan PR dan bacaan politik yang tidak tepat.

Mari kita bersama renungi sebab kegagalan PR dalam PRU13. Peluang menyedarkan rakyat terhadap kepentingan menjaga harta dan kepentingan awam tertangguh dalam PRU13 Mei 2013  kerana kejayaan sentimen Islam dan Melayu yang dimainkan oleh UMNO.

Propaganda UMNO Malaysia akan jadi negara Kristian dan Melayu akan hilang kuasa menjadi ketakutan kepada pengundi khususnya orang Melayu. PRU13 sokongan kaum bukan Melayu mencecah 80% yang menjadikan 52% pengundi telah mengundi PR tetapi UMNO/BN masih terus berkuasa. Kelemahan urustadbir negara oleh kerajaan UMNO/BN terus membebani rakyat.

Telahan PRU14 sukar mengatasi gelombang PRU13 kerana phycopolitik Melayu terhadap Islam dan bangsa masih mengatasi segalanya. Perlaksanaan hudud Kelantan sewajarnya membuka mata pengundi Melayu terhadap keikhlasan perjuangan PAS bersama PR yang menyediakan sistem urustadbir negara dan manusia selari dengan Yang Maha Pencipta. Pembangunan modal insan yang bertakwa mampu menangani gejala keborosan dan rasuah yang amat serius masa kini. PAS boleh dijadikan sandaran menjaga kepentingan seluruh ummah.

PR akan menjadi lebih mantap dalam kerangka tahaluf, andai bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui dan menghormati prinsip serta perjuangan rakan-rakan pakatan yang lain. Menangani perbedaan tanpa dilihat cuba menguasai antara satu sama lain. Dengan rakan PR yang berusaha mengekalkan pengundi dalam PRU13 dan PAS meyakinkan ber strategi untuk penambahan 5% lagi pengundi Melayu. Kajian umno 2% pengundi Melayu berubah kepada PR sudah cukup untuk merebahkan benteng terakhir UMNO/BN, insya Allah.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis, 19 Mac 2015
27 Jamadil Awwal 1436

Selasa, 17 Mac 2015

PESAWAT BARU YANG DIANGGARKAN USD70JUTA DAN KETIRISAN KEWANGAN NEGARA


Baru semalam, dikejutkan dengan persetujuan Dato Seri Najib untuk membeli sebuah jet pesawat peribadi ACJ 320 yang sudah pasti ia bukanlah untuk rakyat. Dengan kos anggaran sebanyak USD70juta, ia dibeli dalam keadaan hutang negara mencecah RM580Billion dan GST semakin membebankan rakyat.

Apabila tiba musim pilihanraya, pelbagai janji ditaburkan dan BR1M yang menjadi rasuah bagi mendapatkan undian. Mereka mempergunakan ilmuan ilmuan "periuk nasi" bagi menghalalkan perbuatan mereka, untuk membebankan rakyat, serta mengaut kekayaan negara.

Apa yang rakyat dapat dengan jet pesawat peribadi tersebut? Adakah ia satu keutamaan sedangkan mereka sering berdalihkan "darurat" bagi menghalalkan GST? Mungkin Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang pada November 2014 menjadi KPI untuk menimbang semula keperluan menghabiskan USD70Juta (anggaran) untuk sebuah kapal terbang.

Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3 dibentangkan di Parlimen menyenaraikan beberapa ketirisan yang cukup membimbangkan, apatah lagi ia turut disemak oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC).

Antara yang disenaraikan ialah penipuan oleh seorang pegawai kerajaan sehingga kehilangan hampir RM1 juta duit negara, kos hospital Shah Alam meningkat RM68.25 juta, RM11.94 juta pencen bulanan dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kepada orang yang sudah meninggal, 7712 aset bernilai RM 44.19 juta dilaporkan hilang 2011 hingga 2013 di Kementerian Kesihatan, dan Projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang tidak capai objektif.

Dengan RM1juta sepatutnya kita boleh memberi bantuan isi rumah bagi 1200 buah, sebanyak RM 833. Akan tetapi ketirisan yang terjadi bukanlah sejuta atau dua, tetapi melibatkan ratusan juta. Sistem Islam kekal releven ke hari ini melalui pengharaman penyelewengan duit negara;

Allah SWT berfirman

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا)

Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang salah, melainkan dengan cara perniagaan yang redha sesama kamu, dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah mengasihi kamu. (Surah an Nisa : 29)

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa, 17 Mac 2015
25 Jamadil Awwal 1436

GST : PENINDASAN TERHADAP RAKYAT DISEBABKAN KETIRISAN KERAJAAN MENGURUS KEWANGAN NEGARA


Saya sangat kesal dengan tindakan pejam sebelah mata oleh beberap pihak yang dikatakan mempunyai ilmu agama dalam menghalalkan cukai GST. Dalam keadaan rakyat yang terbeban dengan pelbagai hutang, dan tekanan harga barangan yang melambung, pihak kerajaan boleh bertindak mengambil duit rakyat dengan alasan keperluan negara.

Adakah mereka telah lupa kewangan negara defisit selama 18 tahun disebabkan pengurusan yang bocor dengan torehan ketirisan? Adakah mereka lupa jutaan ringgit yang dibazirkan atau digelapkan berdasarkan pembentangan audit negara?

Adakah mereka lupa ketirisan yang terbaru 1MDB yang merupakan projek mega yang tidak masuk akal? Adakah mereka lupa hutang negara yang mencecah tahap kritikal ini disebabkan sistem ekonomi kapitalisme yang diamalkan oleh kerajaan?

Saya sangat kesal, apabila ketirisan kerajaan ini "dilapik" dengan mengenakan cukai kepada rakyat. Rakyat terus menderita dengan pelbagai tekanan, walhal para menteri masih boleh bermewah mewah. Apabila mengikis kekayaan negara kamu ketepikan Islam, tetapi apabila ingin "rompak" duit rakyat kamu pergunakan dalil dalil dalam Islam?

Di dalam Hadis disebut bahawa;

ﺇِﻥَّ ﺻَﺎﺣِﺐَ ﺍﻟْﻤَﻜْﺲِ ﻓِﻲ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ

Maksudnya; "Sesungguhnya pengambil cukai dalam neraka" (Musnad Imam Ahmad hadis nombor 16387)

Imam Syaukani RA dalam kitabnya, Nailul Authar (4/279) mengatakan :

“Perkataan Shahibul Maks ( ﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟْﻤَﻜْﺲِ ) adalah para pemungut cukai dari manusia tanpa haq”.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad, 15 Mac 2015
23 Jamadil Awwal 1436

SELAMAT BERIJTIMAK

NAS QURAN ATAU KAEDAH FIQH DIDAHULUKAN

BERSAMA OKZ DI MAHKAMAH


Hari ini 17hb Mac 2015 hari terakhir usaha PAS Perak mendapat keadilan dalam keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013. Kes Kelayakan-kelayakan calon UMNO di DUN Rungkup dan Manong
Perbicaraan sedang berlangsung Peguam Chan menolak supaya salah seorang Hakim Haji Mohammad Apendi bin Hj Ali Penasihat Undang-undang UMNO hendaklah ditukar.
Mahkamah sedikit tegang, saya membuat keputusan supaya bantahan diteruskan sebab kita telah pergi jauh. Penarikan balik meletakkan kita dalam keadaan bersalah. Mahkamah akan disambung atas persetujuan ini sehingga 13 Mei 2015

WALIMATUL URUS DI KAMPUNG AIR GANDA


16 Mac, menghadiri majlis walimatul urus ahli PAS di Kampung Air Ganda. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

PERTEMUAN DENGAN PEJUANG HAK RAKYAT, HAJI HALIM DAN MAKCIK WAHIDAH


16 Mac, Isnin, bertemu dengan Makcik Wahidah dan suami Hj Halim hero Kampung Chubadak Tambahan. Mereka adalah antara yang berani mempertahankan hak sehingga mendapat pampasan yang agak memuaskan.

Sabtu, 14 Mac 2015

KONVOI KE IJTIMAK UMMAH DI RUSILA


19 Mac, jam 9 pagi, berkumpul di Dataran Lenggong, mari kita berkonvoi ke Ijtimak Ummah di Rusila. Ayuh

BERSAMA CALON DUN CHEMPAKA



13 Mac, Jumaat, meluangkan masa bersama calon DUN Chempaka di JKR10 Kota Bharu. Semoga kemenangan buat Islam.