SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 29 Mei 2015

DI MANA MARUAH ISLAM?


Solat Jumaat tadi di Masjid Pekan Kati. Sebak apabila khatib berkhutbah mengenai nasib orang Islam pada masa ini, khususnya menyentuh nasib bangsa Rohingya diseksa dan dibunuh di bumi sendiri.

Negara Islam Malaysia dan Indonesia kaku melihat saudara seagama mereka dihalau. Kenapa Malaysia dan Indonesia tidak memberi amaran ketenteraan terhadap Myanmar? Sepertimana campur tangan Amerika ke atas negara Islam. Mengapa membisu?

Di akhir khutbah khatib menegaskan ini semua berpunca daripada pemimpin Islam yang terlalu menjaga hati orang bukan Islam, hatta musuh Allah. Tunduk kepada peraturan Barat, takut hilang kuasa, mereka membantu menaikkan pemimpin yang tidak tegas menjaga prinsip Islam. Sanggup menjadi boneka barat seperti Assisi di Mesir dan lain lain.

Terus Berkhidmat

* Catatan selepas Jumaat di Masjid Kati

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
paktehrazman.blogspot.com

Jumaat 29hb Mei 2015
11 Syaaban 1436H

Khamis, 28 Mei 2015

SIRI 2 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18


Saya benar benar tersentuh dengan Ucapan TPJ3, Tuan Hj Noh Ahmad Atau lebih dikenali dengan Cikgu Noh. Nama Cikgu Noh cukup sinonim dengan PAS Kawasan Lumut.

Beliau tidak menyangka bahawa beliau akan ditaklifkan sebagai TPJ. Beliau tidak mengenali dan tidak pernah bekerja dengan saya sebelum ini.

Apabila saya ditaklifkan sebagai PJ, saya mencari siapa yang boleh menyumbang kepada parti dan boleh bekerja bersama saya. Cikgu Noh menolak, katanya cukuplah dia menyumbang di peringkat kawasan sahaja.

Cikgu Noh telah direhatkan dari jawatan di negeri semenjak 13 tahun lalu sebaik sahaja Ustaz Ahmad Awang menjadi PJ Perak, walaupun beliau mempunyai nama yang besar di Perak. Beliau merupakan Mantan KP Perak, kemudian memegang jawatan sebagai SU PASTI Malaysia. 

Pada zaman beliaulah, PASTI di seluruh negara mula membangun dan berkembang diseluruh pelusuknya. Walaupun beliau tidak memegang jawatan di negeri, namun tenaga dan pengalaman beliau terus disumbang di kawasan Lumut.

Kawasan Lumut yang dahulunya adalah kawasan UMNO tegar, namun di bawah pengurusan Cikgu Noh sebagai YDP, DUN pasir panjang telah dimenangi oleh PAS dan sekarang ini Parlimen Lumut turut dimenangi oleh PR.

Pemerhatian saya kejayaan PAS Lumut adalah hasil cetusan cikgu Noh yang berperanan membangunkan pusat pengajian, iaitu At Taalim sekolah rendah dan menengah Islam.

Sekarang pelajarnya sudah melebihi 1000 orang. Nilai aset At Taalim sudah mencecah jutaan ringgit. Maahad Tahfiz dan pondok moden tumbuh merata rata, masjid dan surau dikuasai oleh ustaz-ustaz haraki PAS melalui pengajian pengajian.

Lumut sangat sesuai dijadikan model PAS sebagai gerakan Dakwah, Tarbiah dan Siasah. Ramai lagi Amilin seperti cikgu Noh yang bergiat dan menyumbang diperingkat cawangan dan kawasan. Berjalannya PASTI, terbinanya markas Tarbiah, lantas lahirnya amilin yang menginfak masa, harta dan tenaga untuk melihat Islam tertegak di bumi bertuah Ini. Pengorbanan mereka menjadi contoh kepada kita.

* Catatan di waktu Dhuha

Terus Beristiqamah

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 26hb Mei 2015
8 Syaaban 1436H

"AL AMALU LILLAH" BERAMAL KERANA ALLAH


Dalam perjalanan ke program di Larut, singgah di Pekan untuk membetulkan cermin mata. Semasa melintasi jalan, tiba-tiba sebuah motosikal meluru dan berhenti betul betul di hadapan saya.

"Assalamualaikum Haji", Dia memulakan bicara. "Waalaikumsalam, nak ke mana ni" Jawabku ringkas. "Kami dapat kerja untuk mengecat rumah, nak cari belanja untuk ke Muktamar. Semalam kawasan dah bagi peruntukan. Terima kasih Haji" Jawabnya.

Saya teringat muqadimah TGHH dalam satu mesyuarat menceritakan dalam satu misi membersih rumah rumah mangsa banjir. Sebaik sahaja selesai mencuci, tuan rumah menghulurkan upah. Jawab anggota Amal : "Pak Cik kami tidak ambil upah. Kalau Pak Cik nak nak juga bagi upah saya minta pilihanraya nanti pakcik mengundi undi PAS". Saya melihat TGHH sebak ketika menceritakan kisah ini.

Inilah tarbiah Amal, walaupun kehidupan mereka amat memerlukan kewangan. Hatta ada yang bekerja mengutip besi buruk bagi mendapatkan perbelanjaan program, akan tetapi merekalah yang banyak menarik masyarakat kepada PAS. Bila sahaja dipanggil untuk berkhidmat, mereka akan sampai, walaupun masa dan kewangan untuk keluarga amat mendesak.

Sejujurnya saya menyatakan bahawa saya tidak pernah terdengar anggota Amal menjadi onar kepada jamaah. Tahniah, keikhlasan kalian menjadi pengajaran buat yang lain.

"BERAMAL KERANA ALLAH"

Terus Beristiqomah

* Catatan dalam perjalanan ke Larut

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
paktehrazman.blogspot.com

Khamis 28hb Mei 2015
10 Syaaban 1436H

Isnin, 25 Mei 2015

SERANGAN DAP MENGANGKAT MERTABAT TGHH


Pada permulaannya, TGHH membawa idea Unity Government yang turut dipersetujui bersama pada mulanya. Namun, entah kenapa muncul kelompok yang bersikap 360 darjah, menyatakan tidak bersetuju, dan TGHH dihentam sehingga ke hari ini, bahkan UG diratib di merata tempat sebagai senjata menjatuhkan beliau.

Tiba tiba muncul pula Konsensus Nasional yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim yang menampakkan "perbincangan belakang" yang dilakukannya. Namun, ia di"cover" dan dilapik dengan pelbagai ungkapan ungkapan manis konon tiada "pengkhianatan".

Yang terbaru, Lim Kit Siang pula mengemukakan idea Kerajaan Campuran secara terbuka, namun ia tidak diratib, bahkan disokong dengan kata kata "menerima pendapat orang lain", keterbukaan dan banyak lagi.

Serangan yang menyatakan Pakatan Rakyat akan berpecah, berdasarkan tahaluf selama ini yang dikatakan sebagai "bersetuju dengan perkara yang tidak dipersetujui", bukanlah bersetuju walaupun melanggar syariat.

Di sinilah hebatnya TGHH yang bertegas dengan prinsip dan dasar perjuangan PAS sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah SAW. Walaupun rakan tahaluf membuat keputusan membelakangi PAS dalam langkah kajang dan pembentukan kabinet, TGHH tetap tegas mempertahankan hak PAS.

Kekuatan di bina atas Dasar Islam, menjadi bukti bahawa pemimpin seperti TGHH tidak menjadi pak turut, serta tidak mengikut kehendak kelompok yang ingin merosakkan Islam.

"Pimpinan mana yang boleh tahan apabila presiden dan partinya diasak sedemikian?"

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 26 Mei 2015
8 Syaaban 1436H

CERAMAH DI KAMPAR


Isnin, 25 Mei, ceramah Sambutan Ramadhan di Markas PAS Cawangan Sentang, Kawasan Kampar. Semoga diberkati Allah SWT.

SIRI 1 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18


Terima kasih kepada AJK Harian dan Perhubungan yang bekerja bersama saya mentadbir PAS Perak bagi sessi 2013-2015.

Tersentuh dengan ucapan penggulungan Timbalan Pesuruhjaya II, Ustaz Idris Ahmad yang ditugaskan sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiah dan juga Pengerusi Pengurusan Bencana PAS Perak yang menyatakan;

"Menginsafi diri melihat Mantan PJ Ustaz Azizan Desa yang berada di Konvensyen PAS Perak ke-18 dari mula hingga ke akhirnya. Kini beliau tidak lagi terlibat di negeri tetapi terus menyumbang di kawasan sebagai Ketua Urusan Ulamak. Sepanjang pemerhatian saya, hampir semua program negeri terlihat kelibat beliau. Terutama liqa bulanan negeri di air kuning. Samada namanya disebut atau tidak,  tempatnya disediakan atau tidak, beliau tetap hadir sebagai tanggungjawab  jamaah"

Permulaan saya dilantik menjadi Pesuruhjaya, beliau cuba dapatkan kertas cadangan penambahbaikan kawasan yang disediakan oleh Allahyarham Ayahanda saya Hj Zakaria Awang Kechil sebagai Ketua Cawangan Kampung Luat Lenggong. Pada masa itu cawangan Kampung Luat di bawah kawasan Padang Rengas sebelum dipecah kawasan menjadi kawasan Lenggong.

Apa yang menyentuh hati saya, dapatkah kita meneruskan perjuangan seperti AF Ustaz Azizan Desa, apabila tidak lagi ditaklifkan dengan sebarang jawatan dalam parti. Bolehkah kita terima dan berada dalam program apabila nama tidak disebut dalam ucapan, tempat duduk khas tidak sediakan. Jasamu pasti dikenang.

Semoga kita terus beristiqamah memahami mengapa kita berada dalam jamaah PAS. Contohi keikhlasan perjuangan mereka yang terdahulu.

* Catatan selepas subuh

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 26hb Mei 2015
8 Syaaban 1436H

MENZIARAHI EN. SHAHARUDDIN BIN YEOP


25 Mei, Ahad, menziarahi En Shaharuddin bin Yeop, seorang oku yang menjalani pembedahan tulang belakang. Juga ahli jawatankuasa PAS Cawangan Taman Cempaka..

MENZIARAHI EN. HASSAN BIN ARSHAD


25 Mei, Isnin, menziarahi En Hasan bin Arshad yang
telah melalui pembedahan memasukkan besi sokongan di kakinya selepas mengalami kemalangan jalanraya. Turut sama hadir Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Cawangan Taman Cempaka, Kawasan Ipoh Timur.

MENZIARAHI ANAK JEMAAH BANGGOL BATU


25 Mei, Isnin, menziarahi Mohd zainal Abidin b Ahmad Puat, anak jemaah Banggol Batu, kini telantar tenat komplikasi paru paru dan jantung di Hospital Bainun, Ipoh. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau di wad 5B, beliau transit di sini hingga 28.5.2015 dan akan dipindahkan ke Pulau Pinang untuk rawatan Pakar.

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 18


24 Mei, Ahad, bersama dalam Konvensyen PAS Perak kali ke 18 bertempat di Hotel Seri Iskandar. Semoga kesatuan fikrah dapat disemai dalam program ini. Terima kasih buat semua, khususnya tuan rumah, kawasan kawasan dan semua perwakilan termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS.

KULIAH MAGHRIB DI MASJID KG EXPO, TAIPING


23 Mei, Sabtu, bersama masyarakat di Kampung Expo, Taiping. Kuliah Maghrib dan sedikit pertemuan bersama penggerak penggerak di sana

HARI KELUARGA PASTI PERAK DI SERI ISKANDAR


23 Mei, Sabtu, bersama Jabatan Pasti Perak, dan Majlis Guru Pasti, dalam menyambut Hari Keluarga Pasti Perak bertempat di Hotel Seri Iskandar.

KENDURI WALIMATUL URUS DI KOTARAJA


Sabtu, 23 Mei, meraikan pasangan pengantin menyambut Walimatul Urus di Kotaraja, Taman Meru, Ipoh. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

MENZIARAHI ADIK SAHABAT YANG TERLANTAR DI HOSPITAL


23 Mei, Sabtu, menziarahi adik sahabat di Lenggong, yang terlantar di Hospital Kuala Kangsar. Semoga Allah menyembuhkannya

BERDEMO DI MASJID NEGERI : ISU MESIR DAN ROHINGYA


22 Mei, bersama umat Islam berdemo menyatakan pendirian terhadap isu umat Islam di Mesir dan Ankara. Dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak dan Dewan Ulamak PAS Perak, turut hadir wakil ABIM.

BERDEMO DI KEDUTAAN MYANMAR


21 Mei, Khamis, berdemo bersama Pemuda PAS Selangor di hadapan Kedutaan Myanmar, bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman yang diperlakukan ke atas umat Islam di sana.

MENZIARAHI KUBUR BALU ALMARHUM DR BURHANUDDIN AL HELMY


20 Mei, Rabu, meluangkan masa menziari kubur Allahyarhamah Hajah Suri Yahya balu kepada Allahyarham Dr Burhanuddin Al Helmy Presiden PAS ke-3. Bertemu dengan menantu dan cucu Almarhum dan Almarhumah di Tanah perkuburan Taman Batu Muda.

CERAMAH DI LUMUT BERSAMA CIKGU NOH


15 Mei, Jumaat, dijemput berceramah di Lumut bersama Tuan Rumah Cikgu Noh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.