SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 31 Disember 2014

1 JANUARI : MENZIARAHI JENAZAH PAK UDA SYA'ARI



1 Januari, Khamis, bergerak ke Kampung Chepor menziarahi Allahyarham Pak Uda Syaari sehingga mengiringi jenazah beliau hingga ke perkuburan

AIR MULA SURUT, OPS BERSIH BERMULA



GERAKKAN SELURUH JENTERA

Alhamdulillah, air sudah mulai surut, bantuan membersih rumah mangsa sangat diperlukan. Oleh itu, semua warga Perak Muslimin, Muslimat, Pemuda dan Nisa' diseru untuk melaporkan diri di pusat operasi Banjir PAS seperti berikut:

1⃣ POB Lenggong
➡ Dataran Surau Abna Zakaria Jambatan Kg Luat
Lenggong Perak
☎ 0135281879 En. Saidi

2⃣ POB Kuala Kangsar
➡ Sayong Lembah Kuala Kangsar
☎ 01126575704 Ustaz Tauran

3⃣ POB Sg Siput
➡ Surau Talang Trosor Sg Siput
☎ 0125137290 Haji Hassan Sharif

4⃣ POB Parit
➡ Markas Pas Kaw. Titi Gantung
☎ 0193661149 Ustaz Zahid

5⃣ POB Pasir Salak
➡ Sebelah MRSM Kg Gajah
☎ 019 6544430 En. Jamal

Ketua POB Pas Perak akan mengeluarkan arahan setempat.
➡ Muslimat diperlukan untuk membasuh peralatan rumah dan dapur.
➡ Muslimin untuk membersih dan mencuci rumah. 

✅ Sekiranya tidak keberatan, bawa bersama getah penolak air, jet pam air dan getah paip agar boleh membantu meringankan kerja.


Tingkat ukhwah
Tinggikan syiar
Terus beristiqamah

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
10 Rabiul Awwal 1436 H
Khamis 1 Januari 2015 M

PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS PERAK SEMPENA AWAL TAHUN


PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS PERAK SEMPENA AWAL TAHUN

Tahun 2014 Masihi telah berlalu menantikan saat kemunculan 2015 pada malam ini, mengajar kepada kita bahawa detik itu sentiasa berlalu sepertimana perintah Allah SWT. Tahun Masihi dikira berdasarkan pusingan matahari mengelilingi bumi, iaitu selama 365 atau 366 hari. Perkiraan inilah yang menunjukkan kebesaran Allah yang mengatur sistem alam dengan tepat.

Allah SWT berfirman,

(خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ)

Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. (Surah az Zumar : 5)

Tahun 2015 disambut dengan penuh kedukaan khususnya di Malaysia, iaitu kejadian banjir yang luar biasa. Terasa kerdilnya diri ini apabila air itu melimpah, apatah lagi apabila berhadapan dengan angin yang bertiupan sebagai sebuah ribut. Di sinilah Allah ingin mendidik kita supaya sentiasa mengingatinya, apatah lagi peringatan ini menjadi muqaddimah di awal tahun 2015.

Mari kita bermusahasabah, sepanjang 2014 yang bakal berlalu beberapa detik lagi, sebanyak manakah amalan yang telah kita himpunkan untuk bekalan akhirat? Atau selama setahun ini kita sarat memikul beban dosa menganiaya orang lain? Atau kita hanya sekadar statik sepertimana tahun tahun yang lalu? Atau kita hanya sekadar menyangka amalan kita sudah bertambah walhal ia terhapus dengan penyakit ujub dan riak?

Di penghujung tahun ini saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak menekankan aspek muhasabah (post moterm) terhadap gerak kerja kita pada 2014, lalu kita perlu mempasakkan azam untuk menemui 2015. Andai kata sepanjang 2014 hanya sekadar memenuhkan jadual peribadi sehingga mengabaikan gerakan Islam, maka kembalilah kita kepada mengerti kepentingan memperjuangkannya.

Andai kata setahun berlalu hanya sekadar memenuhkan jadual untuk mengejar dunia, populariti dan pangkat, maka hentikanlah, bekerjalah untuk Allah dan RasulNya. Popular, pangkat dan dunia tiada di medan perjuangan PAS, sebaliknya yang ada di hadapan medan tempur ini ialah kesusahan yang diselangi dengan ketenangan, serta ujian yang diselangi dengan kejayaan. Sabarlah di atas jalan ini, dan halakanlah mata pena memadatkan keikhlasan yang sebaiknya pada 2015.

Andai kata setahun berlalu, cukup padat dengan tugasan sebagai ahli gerakan Islam, maka teruskanlah, jangan keluar daripada landasan ini atau terbabas ke dalam gaung di tepian. Ya, walaupun jalan ini sukar ditempuhi, lopak dan lubang di sana sini, bahaya yang merintangi, namun keteguhan (istiqamah) itulah penawar bagi segala duri ini. Terjun gaung atau keluar simpang hanya mengundang bahaya yang lebih besar, buaya dan harimau menunggu untuk merobek sesiapa yang terjatuh.

Allah SWT berfirman

(وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al An'am : 153)

Ingatlah, laluan ini telah pun dilalui oleh ramai pejuang Islam sepanjang zaman, ada dari kalangan mereka yang telah sampai ke destinasi, ada pula yang masih meniti berdikit dikit mengelak ranjau dan duri. Kita bukanlah yang pertama memulakan perjuangan ini kerana kita warisinya daripada ribuan pejuang terdahulu. Kita juga bukanlah hero yang menamatkan laluan ini, kerana laluan ini adalah jalan menuju Allah Yang Maha Kekal, yang tidak berkesudahan hinggalah hari kita dibangkitkan.

Allah SWT berfirman

(قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf : 108)
Selamat membuka tirai 2015 dengan azam untuk Islam lebih cemerlang.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria,
Pesuruhjaya PAS Perak

9 Rabiul Awwal 1436
Selasa 31 Disember 14



31 DISEMBER, KUNJUNGAN YB USTAZ SYUKRI



Alhamdulillah menerima kunjungan daripada YB Ustaz Syukri, Pesuruhjaya PAS Perlis ke POB Lenggong, serta menerima sumbangan untuk mangsa banjir

31 DISEMBER, MENGEPALAI BACAAN TAHLIL 2 JENAZAH DI LENGGONG



Hari ini mendapat berita kematian 2 jenazah di Lenggong, sempat solat jenazah serta mengepalai bacaan tahlil.

31 DISEMBER, MENZIARAHI KAMPUNG LABIT DAN TEMELONG BERSAMA KETUA CAWANGAN



Pagi ini menziarahi dua buah kampung di sekitar Lenggong. Sebanyak 21 buah rumah di PPRT Kampung Labit sudah tidak kelihatan, tenggelam di bawah air. Sama sama kita doakan.

30 DISEMBER, MENZIARAHI GUNUNG SEMANGGOL



Alhamdulillah, pada Hari Selasa 30 Disember, setelah menghabiskan hari siangnya dengan menziarahi 6 buah kampung, sebelah malamnya pula berada di Gunung Semanggol membantu masyarakat di sana. Turut hadir, YB Ustaz Zawawi bin Abu Hassan.

Selasa, 30 Disember 2014

30 DISEMBER, MENZIARAHI 6 KAMPUNG



Selasa, 30 Disember, bersama Jabatan Amal sepanjang siang menziarahi mangsa banjir dan memberi bantuan di Kampung Kelantan Kuak, Kampung Pengkalan Ikan, Kampung Palagut Kuak, Kampung Raban, Kampung Beng Sekolah, Kampung Dusun Beng.