SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 29 Oktober 2014

KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PENURUNAN HARGA GETAH


Malaysia memang terkenal dengan hasil buminya, iaitu petroleum dan getah. Pada masa ini, Malaysia merupakan pengeluar NR keempat terbesar dunia selepas Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Walaubagaimanapun, pengeluaran NR di Malaysia menurun sebanyak 10.6% kepada 0.8 juta tan pada tahun 2013 berbanding 0.9 juta tan pada tahun 2012. Namun, eksport merekodkan - pertumbuhan sebanyak 2.6% untuk tempoh yang sama.

Oleh itu, para pengguna boleh melihat ke arah Malaysia sebagai - sumber pembekal untuk getah mentah berkualiti bergred SMR (Standard Getah Malaysia), getah khas seperti ENR, DPNR dan TPENR dan produk-produk lateks pekat termasuk Lateks Berprotein Rendah.

Eksport produk getah dari Malaysia telah merekodkan pertumbuhan positif sejak tahun 2001. Nilai eksport telah melepasi RM9.0 bilion pada tahun 2006 dan mencecah RM14.7 bilion pada tahun 2013.

Pada tahun 2009, eksport mengalami sedikit kemerosotan sebanyak 5.7% disebabkan oleh kemelesetan ekonomi global yang berlaku pada tahun tersebut. Namun, eksport Malaysia melonjak semula pada tahun berikutnya dan terus berkembang pada tahun-tahun berikutnya.

Namun, apa yang menyedihkan rakyat Malaysia apabila harga getah pada hari ini menjunam ke RM 1.88 sen hingga RM 2.09 sen sekilogram.

Dalam sejarah Malaysia, harga getah pernah mencatatkan harga terendah iaitu 25 sen pada 1974. Kebangkitan rakyat kali pertama diadakan di Baling, manakala kali kedua diadakan di Selama, Perak.

Namun, pada 1974, walaupun harga getah serendah 25 sen, namun masih mampu untuk membeli sekilo gula. Berbanding dengan hari ini, sekilogram getah tak mampu untuk membeli sekilogram gula.

Dalam pada itu rakyat turut ditekan dengan kenaikan harg minyak yang mencecah RM 2.30 seliter petrol dan 2.20 seliter diesel. Inikah yang dimaksudkan dengan janji ditepati?

Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar getah dan petroleum. Hasil bumi ini sangat memberi keuntungan kepada negara, namun mengapa pimpinan hari ini membeban dan menekan rakyat sendiri?

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
30 Oktober 2014

BAJET RM100 JUTA BUKAN PENYELESAIAN

Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman Haji Zakaria mencabar Exco Kerajaan Negeri Perak supaya membentang kaedah penyelesaian kepada masalah penoreh getah dengan efisyen.

Beliau membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Sha'arani Muhammad Exco Kerajaan Negeri Perak yang disiarkan di dalam Sinar Harian, mengenai tindakan PAS Kawasan Larut yang mengadakan demonstrasi bagi memprotes kejatuhan harga getah semasa.

Peruntukan RM100 JUTA yang diberikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak dapat meringankan bebanan hidup penoreh getah yang menerima kesan teruk akibat kenaikan harga getah dan juga kenaikan harga barang, kesan rantaian daripada tindakan UMNO menaikan harga minyak dan gas.

Kami juga menggesa agar kerajaan menetapkan harga lantai (harga minima) getah RM4 sekilogram. Dimanakah suara pemimpin umno dalam soal ini? Mereka hanya merasionalkan tindakan kerajaan tanpa merasai denyut nadi rakyat.


Menurut Hj Razman Zakaria selaku Pesuruhjaya  PAS Perak yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, akan meneruskan Demonstrasi Derita Penoreh 2.0 peringkat Negeri Perak dalam masa terdekat.
Keratan sebuah akhbar
Kenyataan Media:
Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

29 Oktober 2014


Sabtu, 25 Oktober 2014

Gelari Seminggu Pak Teh : 19 - 25 Okt 2014

Meraikan ulangtahun kelahiran ke 51 YB Ust Idris Hj Ahmad
 Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak ke-18
Menziarahi Sdr Hj Alias di Hospital.Beliau aktif berjuang bersama jamaah dari usia muda. Mudahan Allah deraskan kesembuhan buat beliau.
 Pasir Salak - Ziarah Dato Adnan mantan Pengarah Pendidikan.
 Forum di Karnival jubli emas PAS Pasir Salak
Ziarah persiapan untuk walimah Anak sulung Ust Tarmizan Abd Rahman.
Program Tamrin Tarbawi DUN Tanjung Emas, Parlimen Kota Bharu di Markas PAS Taman Sri Ria Simpang Pulai
 Tazkirah subuh bersama Kembara Tarbawi ARC Selangor ke Perak. Di masjid kg Changkat Ibol Bukit Gantang
 Himpunan Harga Getah di Pekan Selama Perak

Jumaat, 24 Oktober 2014

EKONOMI NEGARA DAN PENINGKATAN INDEKS RASUAH

           Baru baru ini kita dihidangkan dengan pembentangan Bajet 2015. Secara umumnya ia cuba dikhabarkan indah daripada rupa. Tambahan pula krisis ekonomi negara semakin meruncing, hutang negara sudah berada di tahap yang kritikal.

Di Eropah, negara negara besar juga tidak dapat lari daripada hutang. Pelbagai kaedah cuba di"eksperimentasi"kan bhU gagi mencari jalan penyelesaian. Akhir sekali mereka terpaksa mewujudkan "Rancangan Ekonomi Ketiga" yang dikatakan mempunyai penyelesaian yang terbaik. Apabila dikaji, kita mendapati bahawa ia adalah "copy paste" daripada kaedah muamalat Islam, namun tidak diwar warkan bahawa ia adalah daripada Islam.

 Dahulunya, Napoleon Bournapet dikenali sebagai seorang yang hebat dalam merangka undang undang negara. Apabila dikaji dan teliti, rupa rupanya undang undang tersebut adalah "copy paste" daripada Mazhab Hanafi. Banyak lagi untuk saya ketengahkan di sini.

 Namun, apabila membuat penelitian semula terhadap Bajet 2015 yang agak terperinci pembentangannya sehingga bilangan tiang lampu turut dibentang, saya mendapati bahawa ia seperti "buruk siku" atau istilah yang lebih sopan daripadanya.

 Sebagai contoh, BR1M akan dinaikkan, serta dipromosi dengan hebat bagi menutup kecacatan dalam pengenaan cukai GST. Di kala rakyat dihimpit dengan GST ini, harga minyak pula naik walaupun janji manis ia tidak dinaikkan sudah sebati ditabur.

 Kita perlu sedar bahawa GST ini seperti merompak duit rakyat dengan muka yang manis. Contohnya GST dikenakan pada seplastik barang belian ialah 60 sen. Si kaya billionaire membayar 60 sen, si miskin papa kedana juga turut bayar 60 sen yang diperolehi hasil sedekahnya pada hari itu. Apakah ini dipanggil sebagai keadilan ekonomi?

 Saya ingin menarik perhatian dalam hal ini, membuka pintu rasuah dengan sangat luas. Apabila pegawai bawahan yang berbulankan gaji yang semangkuk kecil, disuap pula dengan seperiuk rasuah, sejauh manakah dia boleh jujur dalam kariernya? Maka orang yang jujur tidak menerima rasuah pasti akan terus dibalut kemiskinan. Lantaran itu wujudlah isitilah "si jahat semakin kaya, si baik akan terus miskin".

 Januari hingga September 2014 sahaja sebanyak sudah sebanyak 356 tangkapan yang dibuat berhubung kes rasuah. Januari 28 tangkapan, Februari 50 tangkapan, Mac 43 tangkapan, April 43 tangkapan, Mei 43 tangkapan,  Jun 20 tangkapan, Julai 28 tangkapan, Ogos 22 tangkapan, September 79 tangkapan.

 Statistik bulan September naik mendadak berbanding Ogos. Namun, apakah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh kerajaan selain daripada tahu memerah duit rakyat sekering keringnya? Berbekalkan kejujuran pegawai pegawai biasa yang terhasil daripada naluri, ia tidak menjamin perubahan pendiriannya dalam sekelip mata.

 Dengan ini saya menegaskan bahawa Islam adalah satu satunya penyelesaian dalam keruncingan ini. Ia sudah pun dibuktikan melalui fakta fakta antarabangsa. Kembalilah kepada kaedah muamalat dalam Islam, bukan dengan merujuk teori teori barat yang sudah sekian lama tertolak.

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

25 Oktober 2014


Tahniah Dr Mohd Nur Manuty Kekal Pengerusi MPN Perak

KENYATAAN MEDIA

Tahniah Dr Mohd Nur Manuty Kekal Pengerusi MPN Perak

Badan Perhubungan PAS Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Mohd Nur Manuty yang telah dipilih untuk menerajui PKR Perak bagi kali kedua.

Perlantikan menunjukan kepimpinan beliau masih diperlukan untuk meneruskan perjuangan rakyat.

Dengan perlantikan ini juga secara tidak langsung akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat Perak yang sekian lama telah terjalin. Sejarah Pakatan Rakyat Perak membuktikan bahawa segala perbezaan pendapat dan penyatuan perjuangan dapat diselesaikan melalui meja rundingan dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat Perak yang diadakan tanpa gagal sekurang-kurangnya Dua kali sebulan

Sehubungan itu, saya mewakili PAS Perak mengharapkan dengan perlantikan ini Pakatan Rakyat Perak akan lebih fokus kepada gerakerja diatas perkara yang menyentuh kepentingan bersama dan menangani perbedaaan sesama kita secara muafakat. Ini kerana rakyat telah sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah harapan masa depan rakyat Malaysia.

TERUS BERISTIQAMAH

Hj Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

24 Oktober 2014

Khamis, 23 Oktober 2014

Perutusan Maal Hijrah 1436H Pesuruhjaya PAS Perak

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..
– Surah an-Nahl 16: 41-42.
 GERAKAN ISLAM DAN ERTI SEBUAH HIJRAH AGUNG


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memberikan kekuasaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, serta mencabut kekuasaan daripada sesiapa sahaja yang sedang berkuasa. Dia-lah yang meminjamkan kekuasaan tersebut kepada sang penguasa, ada penguasa yang betul di jalanNya, ada pula yang sesat terbabas di pinggiran gaung.

Muharam merupakan tahun baru bagi umat Islam sedunia. Mengajar erti sebuah penghijrahan dan perubahan. Perjuangan para Nabi tidak pernah lekang daripada hijrah.

a) Nabi Adam AS berhijrah dari Sri Langka ke Mekah mengikut sebahagian sejarawan.

b) Nabi Idris AS berhijrah dari Mekah ke Mesir.

c) Nabi Nuh AS berhijrah dari Mesopotamia ke Turki mengikut sebahagian sejarawan.

d) Nabi Ibrahim AS berhijrah dari Iraq (Babylon) ke Mekah, Palestin dan Mesir.

e) Nabi Luth AS berhijrah dari Iraq ke Sodom (terletak di Laut Mati)

f) Nabi Musa AS berhijrah dari Mesir ke Madyan (berhampiran Mekah)

g) Nabi Isa AS berhijrah dari Eropah ke Mesir

h) Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Hijrah menuntut satu perubahan daripada baik kepada lebih baik. Islam tidak mengajar kita statik beku tidak bergerak mahupun berganjak. Inilah yang dipanggil sebagai "harakah" atau "haraki" yang bermaksud "gerakan".

Harakah Islamiah bermaksud Gerakan Islam. Matlamat Gerakan Islam perlu jelas dan terpandu. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan agenda agenda peribadi seperti mengejar populariti atau mencari pangkat. Maka lahirlah erti faham, iaitu memahami matlamat perjuangan gerakan Islam dengan jelas.

Apabila harakah itu difahami dengan jelas, maka mereka yang bekerja untuk menggerakkan gerakan tersebut pasti akan menghasilkan satu kenikmatan dalam berjuang. Mereka yang tidak memahami matlamat, tidak mungkin merasai kemanisan berjuang. Maka, lahirlah erti ikhlas.

Harakah itu sifatnya sentiasa beroperasi dan bekerja. Dengan bertunjangkan kefahaman yang jelas dan keikhlasan yang bersih, pasti akan melahirkan tindakan atau gerak kerja yang total dan maksimum. Mereka yang mengejar pengaruh pastinya akan bekerja untuk pengaruhnya sahaja, bukan lagi untuk Islam.

Ramai orang tersilap, mereka menyangka orang yang wajahnya kerap tersiar di akhbar adalah orang yang gigih bekerja. Tidak kurang juga yang kerap masuk rancangan televisyen. Walhal penilaian yang paling utama ialah kefahaman dan keikhlasannya. Selepas itu barulah gerak kerjanya.

Kefahaman, keikhlasan dan bekerja, apabila diadun dengan baik, diimbang dengan sesuai, akan melahirkan satu kesungguhan (jihad) dan kegigihan seseorang itu dalam merealisasikan matlamat Islam.

Hijrah itu pada peringkat permulaannya dibina daripada kefahaman yang jelas iaitu menyelamatkan Islam. Lalu menghasilkan keikhlasan dalam melakukan gerak kerjanya. Setelah itu terlahirlah kegigihan untuk ke arah itu. Ketika inilah para sahabat RA diseksa habis habisan.

Hasil adunan ini juga terhasillah pengorbanan (tadhiyyah). Iaitu apabila Nabi SAW bersama umat Islam terpaksa mengorbankan segala harta dan kepentingan di Mekah, mereka berhijrah ke Madinah. Mereka mengorbankan segalanya untuk Islam, bukan untuk kepentingan peribadi mereka. Ingat, mereka yang berkepentingan dalam Gerakan Islam ini pastinya tak sanggup berhijrah bersama kebenaran. Mereka statik beku dalam kekeliruan samada kepentingan dunia ataupun akhirat yang dicari.

Para sahabat RA mengorbankan segalanya kerana taat akan arahan Rasulullah SAW sebagai pimpinan umat Islam. Orang yang enggan berkorban pasti tidak akan sabar dengan arahan pimpinan lantas mengangkat kaki pergi menjauhi, hilang elemen ketaatan mereka.

Maka, mereka yang sanggup berkorban untuk Islam akan mengorbankan segala kepentingan dunia, dan taat dengan pimpinan atas dasar Islam bukan atas dasar pengaruh dan populariti. Ketika inilah lahirnya teguh (tsabat) dalam diri. Teguh atas dasar kebenaran, bukan teguh atas dasar keduniaan.

Mereka yang teguh di atas kebenaran inilah mereka yang memfokuskan matlamat perjuangan mereka semata mata kerana Allah. Inilah tajarrud. Bukanlah seperti mereka yang hilang fokus matlamat lantas menyalahkan tulisan yang kabur sedangkan mata sendiri yang rabun.

Apabila kefahaman itu selari, keikhlasan itu terbit dari hati, gerak kerja itu terlaksana, kegigihan itu berterusan, pengorbanan itu sepenuhnya, ketaatan itu tidak berbelah bagi, keteguhan itu berakar umbi, matlamat itu memfokus, maka akan lahirlah ukhuwah sesama mereka yang memiliki hati dan nadi perjuangan.

Ukhuwwah yang kuat ini akan menghasilkan satu kepercayaan (thiqah) yang mampu menutup segala fitnah, membersih dari segala pra sangka dan membina satu ketelusan dalam pelayaran sebuah bahtera gerakan Islam, menghadapi badai di sepanjang penghijrahan yang agung ini.

Inilah hijrah.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

1 Muharam 1436 Hijrah

24 & 25 Oktober 2014: Kembara Tarbawi 2014 ke Perak

Selamat datang kepada Alternative Riding Club (ARC) Selangor ke negeri Perak


Selasa, 21 Oktober 2014

HENTIKAN KEMUNGKARAN SEBELUM TIBANYA BALA ALLAH


Gambar hiasan
1. Sejak kebelakangan ini, Malaysia dilanda dengan bermacam macam kemungkaran yang sengaja diundang oleh rakyat dan kerajaannya. Seperti satu agenda yang dilaksanakan oleh tangan tangan ghaib.

2. Kalau sebelum ini heboh dengan undangan Kpop yang jelas membazirkan duit bagi menjemput satu bentuk kemungkaran. Tidak sangka 2014 lebih jelas kemungkaran seolah olah ia sengaja dizahirkan.

3. Baru baru ini di Alor Setar secara terbuka mengadakan joget bogel di sebuah pusat membeli belah. Tidak cukupkah dengan ribut yang melanda Pendang serta beberapa tempat yang lain baru baru ini?

4. Oktoberfest yang diadakan secara terbuka sehingga mengaitkan dengan kebebasan individu. Tidak cukupkah jalan runtuh, jejantas runtuh serta banjir di sekitar Kuala Lumpur?

5. Muncul pula kempen menyentuh anjing yang jelas tidak wajar dilaksanakan. Berbekalkan objektif yang tidak berapa jelas, ia dipaksa-terima oleh masyarakat Islam. Apakah kempen sia sia yang dilaksanakan ini sekadar dibalas dengan ulasan di televisyen sahaja?

6. Tidak cukupkah dengan kes rogol, gadis hilang, buang anak, bunuh bapa dan sebagainya yang menjadi salah satu tanda azab Allah? Masih yakinkah Malaysia ini selamat daripada bala Allah?

7. Rasuah, GST, riba dan segala bentuk penipuan ekonomi dijalankan, masih tidak merasa sengsara dengan bala Allah? Masih selesa dengan penindasan terhadap diri kita?

8. Kemunculan liberalisme, kekuasaan cara sekularisme, rancangan ekonomi ala ala kapitalisme dan sebagainya, masih selesa duduk di atas kerusi empuk menanti gaji yang tidak cukup?

9. Peringatan daripada saya, Pesuruhjaya PAS Perak buat semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak. Islam itu satu satunya penyelesaian, kamu pasti gagal sekiranya mencari penyelesaian selain daripada Islam.

Terus beristiqamah

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak