Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 4 Disember 2014

PERKAMPUNGAN MELAYU SEKITAR KILANG SIMEN PADANG RENGAS PERAK BAKAL HILANG

Generasi Melayu hari ini diharap agar tidak lupa sejarah pengkhianatan serta kerakusan UMNO/BN terhadap bumiputera sendiri. Jangan ditipu sepertimana sejarah Melayu di Pulau Pinang, iaitu selama 50 tahun pemerintahan UMNO/BN di negari itu, masyarakat Melayu dipinggir jauh. Difahamkan kurang dari 20% tanah yg tinggal milik orang Melayu di negeri itu.

Penduduk Melayu di Padang Rengas di kawasan berhampiran YTL Cement atau dahulunya Perak Hanjoong mengalami gangguan kikisan tanah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara yang sama terus menerus berlaku di seluruh tanah air kita. Beliau menyatakan bahawa baru ini dikejutkan dengan isu tanah yang berlaku di Kampung Chubadak Tambahan. Kita sudah pun maklum betapa banyak kampung Melayu di sekitar Kuala Lumpur telah hilang tergadai angkara UMNO/BN.

Sejarah juga menceritakan juga bagaimana penduduk di Kg Chubadak yang telah berhijrah dari perkampungan asal mereka, ke Kuala Lumpur, membina rumah rumah usang di atas tanah kerajaan di pinggiran bandar.

Setelah menetap di situ lebih 40 tahun, tiba tiba dihalau begitu sahaja seperti pendatang asing yang tidak sah. Dalam masa yang sama, kerajaan UMNO/BN menggadaikannya kepada pemaju yang sudah pun kaya raya, sedangkan rakyat merempat dan terus merempat di bumi sendiri.

Saya baru sahaja melakukan lawatan rasmi memantau beberapa "tempat baru" yang menjadi aktiviti penggadaian tanah. Kerakusan pimpinan UMNO/BN tanpa disedari turut mengorbankan kawasan perkampungan Melayu yang hilang lenyap disebabkan arus pembangunan yang kian pesat.

Apa yang menyedihkan, di Padang Rengas telah lenyap dua buah perkampungan, tergadai kepada orang asing di tangan pemerintahan UMNO/BN. Kawasan tersebut merupakan kawasan batu kapur yang luas, serta membantu meningkatkan ekonomi masyarakat sekitar satu ketika dahulu. Namun hari ini segalanya tinggal sejarah.

Sebelum PRU 13 lagi isu Perak Hanjoong, kilang simen milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang telah dijual kepada YTL Cement Corp. Ketika itu, sudah lebih 500 ekar kawasan bukit batu kapur Gunung Pondok yang mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi.
Salah sebuah rumah penduduk kampung yang terpaksa ditinggalkan
Kampung Gapeh dan Kampung Senayan yang telah hilang tergadai hari ini samada ia diingati atau dilupakan begitu sahaja. Saya difahamkan bahawa seluas 45 ekar tanah Kampung Senayan telah dibeli oleh Syarikat Bijak Restu yang dikatakan milik pimpinan UMNO/BN dengan harga sekitar RM700 Ribu. 
Saya juga difahamkan bahawa tanah tersebut telah pun dijual kepada Syarikat YTL Corp. dengan harga RM3.5 juta.Mereka mengambil untung diatas penindasan dan penderitaan bangsa sendiri .
Di Kampung Gapeh pula, sebahagian besar penduduknya dari kalangan penyokong tegar UMNO. Sekiranya dakwaan ini benar, saya menggesa supaya penduduk Kampung Gapeh dan Kampung Senayan yang lenyap sejak 2010 lagi agar bangkit menuntut hak masing masing. Dan kalau aduan penduduk ini tidak benar minta pemimpin umno nafikan.
Sekarang syarikat milik UMNO/BN ini sedang cuba menggunakan modus operandi (MO) yang sama untuk mengambil juga Kampung Sungai Ati. Di sana terdapat 18 lot tanah dengan 12 buah rumah yang terdiri daripada 112 orang jumlah penduduk.

Syarikat Bijak Restu Sdn Bhd milik pemimpin UMNO/BN ini menawarkan RM0.90 sekaki persegi termasuk rumah dan apa-apa juga yang ada di atas tanah . Harga yang ditawarkan amatlah tidak mencukupi untuk membina rumah ditempat lain dan untuk mulakan penempatan baru.

Ridzuan Asit
Menurut saudara Ridzuan Asit mantan Ketua Kg ketika PR memerintah Perak sebelum dirampas UMNO selepas PRU13 Mac 2008 dan juga tuan tanah menerangkan bahawa beliau sering dihubungi oleh pihak pemaju untuk memujuk supaya tanah tersebut dijual. Ada juga unsur ugutan bahawa kalau tidak menjual tanah dengan harga yg ditawar penduduk,  akan kerugian yang lebih besar sebab kerajaan akan menggunakan kanun tanah negara. Di mana penilaian yang dibuat oleh kerajaan jauh lebih rendah  daripada harga yg ditawarkan.

Langkah pertama yang akan diambil oleh Lajnah Tanah PAS Pusat adalah menghantar memorandum kepada Menteri Besar sebagai orang yang perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini. Saya selaku Timb Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, sedang mengumpul maklumat dan akan membuat pertemuan dengan tuan tanah dan penduduk kampung tersebut.

Justeru, saya menyeru kepada tuan tanah dinasihatkan supaya bangkit beramai-ramai mempertahankan hak kalian. Inilah gesaan saya sejurus melakukan lawatan rasmi siang tadi bersama Saudara Azmi dari Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Perak, Saudara Mohd Saad AJK dari Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi dan Tuan Haji Mohd Zainuddin Mantan Adun Lubuk Merbau.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
5 Disember

1 ulasan: