Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 22 Disember 2014

POLITIK LAPUK TUN MAHATHIR PERLU DIPERBETUL : HANYA UMNO MENAGIH UNDI MASYARAKAT CINA

Melayu tidak perlu mengemis undi cina untuk berkuasa sekiranya orang Melayu mempunyai "financial freedom"  bebas ekonomi terlepas daripada minda  kebergantungan atau mantaliti masyarakat subsidi. Dalam catatan sejarah Malaysia, UMNO adalah punca perpecahan masyarakat Melayu dan menjadikan Melayu mengemis di bumi sendiri walaupun diretorik dengan Dasar Ekonomi Baru.

Tindakan UMNO yang juga mendiskriminasi serta penindasan terhadap orang Melayu sendiri yang berbeda fahaman politik, melebarkan lagi jurang perpecahan Melayu. Penafsiran singkat tentang Islam sebagai Agama Persekutuan juga menjadi faktor perpecahan ini, iaitu tanggapan mereka bahawa Islam hanya sekadar di pintubpagar masjid sahaja. Umno menafsirkan Islam sebagai agama "ceremony" bukan sepertimana tafsiran sebenar oleh PAS bahawa Islam itu adalah satu cara hidup yang menyeluruh. Perselisihan dalam penafsiran ini membuahkan perpecahan ideologi yang mengikis kesatuan Islam.

Kita boleh lihat, kegagalan UMNO mengurus perbedaan ini menjadikan orang Melayu berpecah sebagaimana kenyataan Tun Mahadir yang bercakap soal pengekalan kuasa Melayu dengan menagih undi daripada Masyarakat Cina, dianggap sebagai satu tanggapan yang salah dalam bercakap soal ini. Masyarakat Malaysia keseluruhannya melihat kepada "good goverment" iaitu urus tadbir yang baik, agihan ekonomi yang adil, sistem perbelanjaan dan pengurusan ekonomi yang telus.

Rakyat pada keseluruhannya prihatin mengenai soal kos sara hidup dan keselamatan sosial. UMNO/BN secara jelas telah gagal mengurus perkara ini dengan baik. Jangan tagihkan undi masyarakat Cina kalau Melayu sendiri menindas kaumnya sendiri. Saya boleh
bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Parti Melayu terpaksa mengemis undi Cina untuk terus berkuasa, tetapi hanya pada UMNO sahaja dan tidak pada PAS.

Saya juga amat tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan DAP secara terang terangan begitu lantang menolak hudud kerana mereka yakin bahawa PAS akan meminta tolong dan menagih sokongan mereka. Ini salah, kerana sejarah Malaysia telah melukis segalanya, termasuk wujudnya Pakatan Rakyat lagi.

Kita perlu sedar bahawa DAP tolak hudud kerana mereka masih tidak kenal hudud, apatah lagi undang undang Islam yang lain. Krisis ini berikutan usaha UMNO sekian lama menyerang PAS dengan tohmahan melampau seperti extrimis, keganasan dan sebagainya serta dipengaruhi oleh dakyah propaganda barat yang dimuat turun dalam media bahawa Islam ini kejam ganas dan menakutkan. Serangan pemikiran ini mencipta persepsi yang buruk terhadap Islam.

PAS adalah sebuah parti yang berprinsip dan penggerak parti dibentuk atas dasar tarbiah latihan kefahaman mengenai dasar perjuangan yang sudah tersusun begitu lama. PAS meletakan kepentingan Islam di hadapan di mana politik dan demokrasi dipandu di atas jalur Agama. PAS tidak bimbang dengan undi Cina kerana kami Pakatan Rakyat memahami bahawa kami saling lengkap melengkapi. DAP dan PKR juga tidak boleh menang tanpa PAS, begitulah sebaliknya.

Berbeza dengan UMNO, yang berpegang bahawa sokongan Cina dan India terhadap parti berbentuk perkauman MCA dan MIC merupakan tongkat kekuatan UMNO/BN yang sudah pun reput ditelan zaman. Sokongan Melayu terhadap UMNO juga sudah terhakis, dan masa depan rakyat Malaysia lebih terjamin dibawah Pakatan Rakyat, insya Allah.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

1 Rabiul Awwal 1436
Isnin 22 Disember 14

0 comments:

Catat Ulasan