Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 14 Disember 2014

CATATAN DALAM PERJALANAN KE MAHKAMAH KUALA TERENGGANU

Semalam, Sabtu, 14hb Disember 2014 agak sibuk selepas menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berakhir hampir jam 3 petang. Setelah itu, langkahan ini terus bermusafir menziarahi YB Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Urusan Ulamak PAS Johor di Hospital UKM Cheras yang terlibat dalam kemalangan sekembalinya dari Majlis Makan Malam Marhaen yg dianjurkan oleh Lajnah Tanah Pembangunan Bandar dan Orang Asal.

Kira kira jam 5 petang, terus bertolak ke Kuala Kubu Bharu menziarahi Wan Zahari, jurugambar Harakah yang diuji dengan kematian bundanya pada sekitar jam 9 malam ketika beliau sedang sibuk mengambil gambar dalam Majlis Makan Malam Marhaen, yang mana kebetulan saya sendiri telah ditaklifkan sebagai Pengarah program tersebut.

Dalam perjalanan pulang, saya melihat planner jadual bertarikh 15 Disember 2014. Jam 9 malam diadakan program di Felda Rentam Bera, Pahang. Dalam kolum tarikh yang sama, jam 9 pagi, dibacakan keputusan kes saman calon PKR pru13 N25 DUN Bukit Besi kepada Tuan Guru Presiden di Mahkamah Kuala Terengganu.

Tanpa membuang masa, terus menghubungi Tuan Hj Mohsinon bin Hj Tahir mantan Ketua Pemuda, Setiausaha Perhubungan dan Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor seangkatan dengan Ustaz Hassan Syukri , mengajak beliau untuk bersama ke Terengganu, dan beliau bersetuju dengan ajakan saya. Dalam perjalanan musafir ini, kami banyak berkongsi pengalaman yang dilalui.

Beliau berkongsi tentang kemunculan gerakan penyingkiran pemimpin yang berorientasikan Islam terhadap Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan rakan seangkatan yang dilabel sebagai "old guard" juga dianggap sebagai penghalang kemenangan PAS pada masa itu dan kini, katanya seolah-olah berulang kembali. Muncung senapang kali ini dihala kepada Dato Seri Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan para ulamak yang berpegang kepada prinsip PAS.

Bahkan, kali ini dianggap lebih serius kerana gerakan ini dilihat bergerak secara menyeluruh di semua peringkat. Ini kemungkinan kerana kita meninggalkan konsep "political cader" parti yang berubah kepada konsep "open membership" parti.

"Political cader" parti adalah gerakan tersusun memilih bakal-bakal ahli parti dengan ujian dan tempoh jangka waktu tertentu sebelum diterima sebagai ahli. Ujian mengenai kefahaman dasar perjuangan parti di samping ketaatan dan kepatuhan (wala') kepada kepimpinan. Manakala konsep "open membership" parti menerima ahli secara serta merta dan tanpa sebarang tapisan.

Untuk menjaga kesinambungan perjuangan PAS, beliau berkata bahawa program siri tarbiah PAS secara teori dan amali dengan modul-modul tertentu berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta perlembagaan mestilah dilaksanakan segera disemua peringkat secara menyeluruh dan selaras.
Apapun asas perjuangan pas adalah Dakwah dan siasah. Renung sedalam-dalamnya

Terus Beristiqamah,

Hj. Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Isnin, 15 Disember 2014 / 23 Safar 1436

0 comments:

Catat Ulasan