Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 11 Disember 2014

LIQO FIKRI PAS PUSAT: TARBIAH TERAS KEKUATAN PAS

Sejarah telah melakarkan bahawa parti yang ditubuhkan berasaskan sentimen tidak akan dapat bertahan lama, iaitu apabila redanya sentimen tersebut, hilanglah kekuatan dan kebersamaan. Parti yg berasaskan perkauman seperti UMNO untuk Melayu, MIC untuk India, Parti Bangsa Dayak Sarawak dan sebagainya dilihat sedang menjunam ke garisan penamat.

PAS adalah gerakan Islam yang ditubuhkan bermatlamatkan Islam, bukan sekadar sebuah parti politik, berteraskan fikrah (ideologi) Islam yang dibina di atas dasar kefahaman melalui tarbiah. Amilin PAS menghabiskan masa, memerah keringat tenaga, harta dan wang ringgit tanpa mengharap pulangan dunia. Ia juga dibina di atas darah dan air mata sedikit demi sedikit sehinggalah ke hari ini. Kini PAS bertapak hampir di seluruh pelosok negara.

Apabila diseru untuk turun ke program mereka akan turun, apabila diseru untuk turun ke jalan raya mereka akan turun, apabila diseru untuk berkhidmat dalam PRU atau PRK, mereka akan turun tanpa mengira imbuhan. Ini semua hasil tarbiah oleh ulamak haraki sepanjang zaman. Kalau ada yang mengatakan para ulamak tak pandai bekerja, masakan PAS boleh hidup lebih 50 tahun? Kerana merekalah yang memulakan asanya dan menghidupkan roh perjuangannya.

Kembalikan kekuatan dalaman untuk bersatu bagi menggerakkan perjuangan ke dataran medan dengan menjayakan Program Liqo Fikri PAS Pusat. Butiran seperti berikut :
PROGRAM LIQO FIKRI PAS PUSAT 
Tarikh : 13 Disember 2014 
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Tertutup  MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan, Selangor 
Masa : 8.30 pg - 2.00 ptg 
Yuran : RM15.00
Justeru, PAS Perak mengarahkan kepada peserta peringkat negeri yang terlibat untuk menghadiri liqo inu dengan penuh komitmen. Peserta peringkat negeri ialah :
1. AJK Badan Perhubungan Negeri 
2. Peng & Setiausaha Laj Tarbiyah Negeri 
3. Peng & Setiausaha  Laj Tarbiyah PAS  Kawasan 
4. YDP & Setiausaha Kawasan

Semoga komitmen dan usaha kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

12 Disember

0 comments:

Catat Ulasan