Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 22 Disember 2014

CATATAN RINGKAS : PERASMIAN MESYUARAT PEMILIHAN AJK DHPP NEGERI PERAK





Sekali lagi Perak melakarkan sejarahnya hasil cetusan idea pada awal 1960an oleh negarawan Prof. Zulkifli Mohamad, Timbalan Presiden PAS ketika pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy. Pandangan itu tertangguh sementara waktu sehinggalah ia perbincangkan semula pada era 80an hasil kajian terperinci almarhum Ustaz Harun Taib yang turut mengambil kira pandangan gerakan gerakan Islam seluruh dunia.

Dari perkembangan itulah terbentuk politik CCC, sekumpulan kecil masyarakat Cina menyokong PAS kerana tertarik dengan pandangan PAS  tentang hak dan peranan orang bukan Islam mengikut ajaran Islam. Menjelang Pilihan Raya Umum 1986 pemimpin Dewan Perhimpunan Cina dan persatuan sekolah-sekolah Cina sedia menawarkan calonnya menjadi calon PAS di semua kawasan pengundi Cina. Mereka sedia mengiklankan semua calon PAS dengan gambar sekali dalam semua akhbar Cina sepanjang kempen pilihan raya. Calon itu termasuklah calon-calon Cina yang mereka taja.

Alhamdulillah, hari ini sudah terbentuk Dewan Penyokong PAS atau ringkasnya DHPP. PAS menjadi gerakan islam pertama di dunia menerima keahlian daripada bukan Islam. Setelah hampir 19 tahun penubuhan DHPP yang mana sebelum ini ahli jawatan kuasa peringkat kawasan, negeri dan pusat dilantik oleh badan induk PAS. Namun hari ini ia telah diberi kelonggaran, sebagai bukti Islam itu fleksibel dan boleh menerima perubahan selagi tidak melangkaui hukum syarak.

Hari ini tanggal 21 Disember 2014, bermula jam 2.30ptg sekali lagi Perak melakar sejarah pertama kali AJK DHPP dipilih melalui mesyuarat di peringkat negeri. Perak yang terdiri daripada 25 kawasan Parlimen sehingga hari ini telah berjaya menubuhkan 16 kawasan DHPP. Dengan ini terbukalah satu lagi medan dakwah gerakan Islam PAS yang bergerak di atas kerangka Dakwah dan Siasah.

Ya, cabaran PAS bertambah. benteng pertahanan menyekat kemasukan ideologi asing wajib diperteguhkan dan penyebaran ideologi Islam sebagau penyelesaian masalah ummah harus dipertingkatkan. Ya, Islam itu fleksibel pada tempatnya, dan ketat pada tempatnya. Islam bukanlah ketat tak bertempat, atau fleksibel selonggar longgarnya.

Di dalam kaedah fiqh menyebut
إذا ضاق الأمر اتسع وإذا اتسع الأمر ضاق
Apabila sempitnya sesuatu perkara, ia akan meluas. Apabila longgar sesuatu perkara, ia akan mengetat.
* Catatan di Pejabat Perhubungan PAS sejurus majlis bersama Dewan Harian Penyokong PAS.


Terus Beristiqamah,
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
21 Disember 2014
Ahad 29 Safar
6.00 petang



0 comments:

Catat Ulasan