Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 30 Disember 2014

BANJIR : ARAHAN PENANGGUHAN PROGRAM PERINGKAT PERAK



PAS adalah sebuah gerakan Islam yang membawa nilai nilai Islam untuk diterapkan di dalam diri manusia. Islam mengajar kita mengenal Allah, serta mengingatinya sepanjang masa. Apabila kita terleka, Allah akan menguji kita agar mengingatkan kita kepadaNya.

Allah SWT berfirman,
(الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
(Orang yang bersabar itu ialah) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali
(Surah al Baqarah 156)

Fiqh kefahaman daripada ayat al Quran ini ialah, ciri ciri mereka yang sabar dengan ujian Allah SWT ialah mereka yang mengingati Allah bilamana diuji olehNya. Di sinilah akan turunnya rahmat Allah SWT sepertimana yang dinyatakan di dalam ayat yang berikutnya.

Allah SWT berfirman
(أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta )rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Surah al Baqarah 157)

Justeru, PAS Perak melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa rakyat, serta tekanan hidup yang dihadapi dengan menangguhkan program serta aktiviti di semua peringkat negeri. PAS Perak juga menggesa kepada seluruh jentera agar mematuhi butiran arahan berikut :
1) Ikhlaskan hati berkhidmat untuk masyarakat setempat, tanpa mengharapkan populariti mahupun imbalan upah.
2) Menumpukan fokus dan tugasan menghulurkan bantuan banjir serta persediaan kanak kanak untuk persekolahan.
3) Padatkan masa bertugas serta kerahan tenaga semampu mungkin, jangan sekadar menunggu arahan sahaja.
4) Kerahan tenaga semampu mungkin berpusat di POB, semasa dan selepas bencana. Pusatkan arahan kepada POB PAS Perak sahaja.

Semoga dengan usaha ini mendapat keredhaan Allah serta menjemput berkat daripadaNya, khususnya untuk Negeri Perak. Iaitu mendidik ahli PAS agar membantu manusia ke arah lebih mengenali Allah, Tuhan yang menurunkan hujan serta menghentikanya. Dialah yang meniupkan angin serta menenangkannya. Dialah yang menaikkan air serta mensurutkannya. Maka ingatlah kepadaNya serta memohon doa agar diselamatkan daripada segalanya.


Terus beristiqamah

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
9 Rabiul Awwal 1436
Selasa 31 Disember 14

0 comments:

Catat Ulasan