Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 28 Mei 2015

SIRI 2 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18


Saya benar benar tersentuh dengan Ucapan TPJ3, Tuan Hj Noh Ahmad Atau lebih dikenali dengan Cikgu Noh. Nama Cikgu Noh cukup sinonim dengan PAS Kawasan Lumut.

Beliau tidak menyangka bahawa beliau akan ditaklifkan sebagai TPJ. Beliau tidak mengenali dan tidak pernah bekerja dengan saya sebelum ini.

Apabila saya ditaklifkan sebagai PJ, saya mencari siapa yang boleh menyumbang kepada parti dan boleh bekerja bersama saya. Cikgu Noh menolak, katanya cukuplah dia menyumbang di peringkat kawasan sahaja.

Cikgu Noh telah direhatkan dari jawatan di negeri semenjak 13 tahun lalu sebaik sahaja Ustaz Ahmad Awang menjadi PJ Perak, walaupun beliau mempunyai nama yang besar di Perak. Beliau merupakan Mantan KP Perak, kemudian memegang jawatan sebagai SU PASTI Malaysia. 

Pada zaman beliaulah, PASTI di seluruh negara mula membangun dan berkembang diseluruh pelusuknya. Walaupun beliau tidak memegang jawatan di negeri, namun tenaga dan pengalaman beliau terus disumbang di kawasan Lumut.

Kawasan Lumut yang dahulunya adalah kawasan UMNO tegar, namun di bawah pengurusan Cikgu Noh sebagai YDP, DUN pasir panjang telah dimenangi oleh PAS dan sekarang ini Parlimen Lumut turut dimenangi oleh PR.

Pemerhatian saya kejayaan PAS Lumut adalah hasil cetusan cikgu Noh yang berperanan membangunkan pusat pengajian, iaitu At Taalim sekolah rendah dan menengah Islam.

Sekarang pelajarnya sudah melebihi 1000 orang. Nilai aset At Taalim sudah mencecah jutaan ringgit. Maahad Tahfiz dan pondok moden tumbuh merata rata, masjid dan surau dikuasai oleh ustaz-ustaz haraki PAS melalui pengajian pengajian.

Lumut sangat sesuai dijadikan model PAS sebagai gerakan Dakwah, Tarbiah dan Siasah. Ramai lagi Amilin seperti cikgu Noh yang bergiat dan menyumbang diperingkat cawangan dan kawasan. Berjalannya PASTI, terbinanya markas Tarbiah, lantas lahirnya amilin yang menginfak masa, harta dan tenaga untuk melihat Islam tertegak di bumi bertuah Ini. Pengorbanan mereka menjadi contoh kepada kita.

* Catatan di waktu Dhuha

Terus Beristiqamah

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 26hb Mei 2015
8 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Ulasan