Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 21 Mei 2015

ISLAM BUKAN BONEKA


(إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Surah al Israk : 7)

Pagi ini (khamis), saya meluangkan masa bersama di kedutaan Myanmar bersama Lajnah Dakwah PAS Pusat menyerah memo kepada Kedutaan Myanmar di Malaysia supaya mengambil tindakan kemanusiaan terhadap bangsa Rohingya.

Cerita sedih bangsa Rohingya yang beragama Islam, turut bersama berjuang menuntut kemerdekaan Myanmar, akhirnya mereka sendiri hilang kerakyatan di negara sendiri. Mereka dibunuh dan dibakar hidup-hidup, ditindas dengan tidak berperikemanusiaan. 

Bahkan hampir 10,000 orang bangsa Rohingya Islam yang "terkurung" di tengah laut bertarung nyawa meneruskan kehidupan, mencari sekangkang kera tanah untuk hidup. Islam menjadi pelarian di bumi orang.

Esok pula insyaallah akan bersama Dewan Pemuda PAS Perak selepas solat Jumaat dalam himpunan membantah hukuman mati ke atas Dr Morsi serta lebih 100 orang pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir, oleh kerajaan kudeta As Sisi Boneka Barat.

Pada masa ini negara Islam di timur tengah terus bertelagah sesama sendiri. Orang Islam di seluruh sedunia wajib bersatu. Barat dan kafir laknatullah terus mengatur strategi "pecah dan perintah" dengan membonekakan kumpulan tertentu. Tolak sebarang kepentingan duniawi dalam mertabatkan Islam.

Terus Beristiqamah

* Catatan semasa Himpunan Menyerah Memo di Kedutaan Myanmar

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis 21 Mei 2015
3 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Ulasan