Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 8 Mei 2015

ILHAM MANHAJ TARBIAH PAS MEMPROFESIONALKAN ULAMAK


Alhamdulillah dalam kesibukan dapat bersama sahabat dalam Majlis Konvokesyen ILHAM kali ke 12. Semoga diri ini dapat terus istiqamah menjadi agen pengkaderan memartabatkan perjuangan PAS.

Kita bersaing dalam semua hal. Moga PAS dapat melahirkan pimpinan terbaik untuk membawa wadah perjuangan parti kita.

Suka untuk memperingatkan bahawa

1. Dasar PAS adalah Islam, bukanlah idea pemikiran barat, atau pemikiran pemikiran yang bertentangan dengan Islam. Islam adalah yang tulen, bukanlah liberal mahupun feminis.

2. Slogan PAS ialah Allahuakbar, kalimah yang membesarkan Allah sebagai Penguasa, bukanlah slogan yang membesarkan ahli falsafah barat, mahupun pemikir politik semasa yang tidak selari dengan kalimah ini.

3. Dustur perlembagaan PAS adalah Al Quran, As Sunnah, Ijmak para ulamak, dan Qias. Bukanlah suara ahli andai bercanggah dengan Islam, bukan juga "ijmak" orang yang kurang jelas tentang Islam.

4. Matlamat dan tujuan PAS adalah :

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Bukanlah memperjuangkan masyarakat ke arah menjahili Islam, bukan juga menuju ke arah keredhaan manusia.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Bukanlah merobek maruah Islam, bukan juga merosakkan kedaulatan negar dengan menggadai prinsip Islam.

Kita yang berintimak dalam perjuangan ini, berjihad untuk meramaikan jamaah  dan menyatukan fikrah ke arah melaksanakan perintah Allah. Bukanlah menyatukan idea dan pemikiran ke arah menolak Islam. Selamat berjuang.

* Catatan dalam perjalanan ke KUIZM Majlis konvokesyen ILHAM ke-12

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 8 Mei 2015
20 Rejab 1436H

0 comments:

Catat Ulasan