Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 17 Mei 2015

LAHIRNYA TOKOH YANG HEBAT HASIL AIR TANGAN GURU YANG IKHLAS HATINYA

Saya rasa tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua masyarakat yang pernah terlibat dalam institusi atau bidang ini.

Kita jangan lupa bahawa Nabi SAW memperingatkan tentang peranan guru dan murid,

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة

Sesiapa yang menyelusuri jalan ilmu, Allah SWT akan mudahkan jalannya ke syurga (Hadis Shahih Muslim)

Ketahuilah, seorang ibu atau ayah adalah guru pertama bagi seorang anak kecil. Guru pertama ini akan mengajar subjek pertama bagi seorang anak kecil, iaitu erti kasih sayang, sehinggalah pandai bertutur. Ada dari kalangan anak anak yang petah berkata, dan hebat bermadah.

Ketahuilah, seorang guru juga dididik oleh guru guru mereka. Mana mungkin seorang guru boleh lahir tanpa guru yang mendidiknya terlebih dahulu. Mereka mengajar erti sebatang lilin yang berkorban membakar diri untuk memberi cahaya kepada orang lain.

Ketahuilah, berapa ramai guru yang dilupai jasa mereka, tidak dikenang usaha mereka, tetapi lahirnya manusia manusia berguna menjadi bukti kerja buat mereka selama ini. Mereka berkhidmat siang dan malam tanpa mengharap dikenang sebagai seorang hero mahupun seorang wira yang melahirkan bangsa.

PAS merupakan sebuah gerakan Islam yang berusaha melahirkan guru, walaupun profesionnya sebagai seorang pesawah, mekanik mahupun jurutera. Guru bukanlah satu profesion, akan tetapi ia adalah satu tanggungjawab membina masyarakat.

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Ahad 17 Mei 2015
28 Rejab 1436H

0 comments:

Catat Komen