Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 25 Mei 2015

SIRI 1 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18


Terima kasih kepada AJK Harian dan Perhubungan yang bekerja bersama saya mentadbir PAS Perak bagi sessi 2013-2015.

Tersentuh dengan ucapan penggulungan Timbalan Pesuruhjaya II, Ustaz Idris Ahmad yang ditugaskan sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiah dan juga Pengerusi Pengurusan Bencana PAS Perak yang menyatakan;

"Menginsafi diri melihat Mantan PJ Ustaz Azizan Desa yang berada di Konvensyen PAS Perak ke-18 dari mula hingga ke akhirnya. Kini beliau tidak lagi terlibat di negeri tetapi terus menyumbang di kawasan sebagai Ketua Urusan Ulamak. Sepanjang pemerhatian saya, hampir semua program negeri terlihat kelibat beliau. Terutama liqa bulanan negeri di air kuning. Samada namanya disebut atau tidak,  tempatnya disediakan atau tidak, beliau tetap hadir sebagai tanggungjawab  jamaah"

Permulaan saya dilantik menjadi Pesuruhjaya, beliau cuba dapatkan kertas cadangan penambahbaikan kawasan yang disediakan oleh Allahyarham Ayahanda saya Hj Zakaria Awang Kechil sebagai Ketua Cawangan Kampung Luat Lenggong. Pada masa itu cawangan Kampung Luat di bawah kawasan Padang Rengas sebelum dipecah kawasan menjadi kawasan Lenggong.

Apa yang menyentuh hati saya, dapatkah kita meneruskan perjuangan seperti AF Ustaz Azizan Desa, apabila tidak lagi ditaklifkan dengan sebarang jawatan dalam parti. Bolehkah kita terima dan berada dalam program apabila nama tidak disebut dalam ucapan, tempat duduk khas tidak sediakan. Jasamu pasti dikenang.

Semoga kita terus beristiqamah memahami mengapa kita berada dalam jamaah PAS. Contohi keikhlasan perjuangan mereka yang terdahulu.

* Catatan selepas subuh

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 26hb Mei 2015
8 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Ulasan