Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 19 Mei 2015

HARAPAN KEPADA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA


Marahkan Tun Mahadir tukar dengan Tun Abdullah (Pak Lah) marahkan Pak Lah Tukar dengan Najib, hasilnya Negara makin parah dan tidak menyelesaikan masalah yang diwarisi.

Hampir 20 tahun, baru rakyat sedar Tun Mahathir telah menghabiskan hampir RM100Billion wang negara untuk bail out atau bayar hutang syarikat untuk selamatkan kroni-kroninya.

Masihkah anda ingat, bail out syarikat perkapalan Nasional, RENONG BHD, PERWAJA STEEL, MAS dan lain lain?

Tun Mahathir turun ganti dengan Pak Lah, cucu seorang ulamak dan berwatak sebagai Mr Clean. Dalam diam dikatakan telah gadai telaga minyak Blok L & Blok M kepada Brunei yang mana nilai minyak yang ada, menurut blog Tun Mahadhir berjumlah lebih dari 100Billion USD, manakala dalam Ringgit mengikut nilai waktu itu RM320Billion.

Tun Abdullah diturunkan diganti dengan  Najib. Setelah simpanan negara habis diguna Tun Mahathir, telaga minyak dijual Pak Lah. UMNO/BN di bawah DS Najib tiada pilihan terus mengganas menipu dan merompak wang rakyat yang menjadi warisan UMNO/BN turun temurun.

Langkah Najib mengurus,

1. Berhutang sehingga Mac 2015 berjumlah RM600Billion. Jawapan Timbalan Menteri Kewangan di sidang parlimen baru ini. Soalannya ke manakah duit hutang ini digunakan?

Pemerhatian kita terhadap perkhidmatan awam masih dalam keadaan yang sama. Lebuhraya masih kena tol. Pengajian masih berbayar, perkhidmatan hospital masih dalam tahap yang lama. Kos Kemudahan asas letrik, air dan telekomunikasi makin mahal.

2. Ke mana perginya peruntukan subsidi yang dikurangkan atau ditarik balik penggunaannya. Subsidi adalah perkongsian harta negara untuk mengurangkan beban rakyat.

Contoh,

1. Harga minyak pasaran RM4.00 kerajaan subsidi (kerajaan bayar/tanggung) RM2.00. Maka rakyat bayar RM2.00.

2. Harga pasaran beras RM3.00/kg. Kerajaan subsidi RM1.00/kg maka rakyat bayar untuk 1kg beras RM2.00/kg.

Pengurangan subsidi terhadap barang keperluan asas seperti petrol, diesel, beras, tepung, gula dan minyak masak tidak berlaku pada zaman Perdana Menteri sebelum Najib.

Ke manakah wang tanggungan kerajaan subsidi yang dikurangkan atau ditarik balik ini habis digunakan oleh Najib dan kuncunya. Tidak cukup dengan berhutang, menarik subsidi keperluan asas rakyat, DS Najib terus merompak rakyat dengan mengenakan GST.

Tidak perlu dijelaskan lagi kerana rakyat sudah pun faham. Hampir semua barang dan perkhidmatan yg dibeli atau dibayar oleh rakyat ditambah GST 6%. 

Rakyat terus terbeban, apa yang dilihat  Najib yg diberi kuasa atas lambang UMNO/BN terus dengan tindakan menambah beban rakyat.

Malaysia tidak mampu  bertahan lagi,  pimpinan diubah hasilnya, berubah daripada yang korup kepada yang lebih korup. Daripada sekular kepada yang lebih sekular.

Saya berkeyakinan penuh, hanya Islam dan Ihsan serta bertaqwa dapat memberi kesejahteraan kepada ummat dan negara. Saya optimis pimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS, adalah insan selayaknya untuk membawa perubahan kepada Malaysia.

Terus beristiqamah

Catatan perjalanan ke MADI Perlis

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 19 Mei 2015
1 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Ulasan