Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 28 Mei 2015

"AL AMALU LILLAH" BERAMAL KERANA ALLAH


Dalam perjalanan ke program di Larut, singgah di Pekan untuk membetulkan cermin mata. Semasa melintasi jalan, tiba-tiba sebuah motosikal meluru dan berhenti betul betul di hadapan saya.

"Assalamualaikum Haji", Dia memulakan bicara. "Waalaikumsalam, nak ke mana ni" Jawabku ringkas. "Kami dapat kerja untuk mengecat rumah, nak cari belanja untuk ke Muktamar. Semalam kawasan dah bagi peruntukan. Terima kasih Haji" Jawabnya.

Saya teringat muqadimah TGHH dalam satu mesyuarat menceritakan dalam satu misi membersih rumah rumah mangsa banjir. Sebaik sahaja selesai mencuci, tuan rumah menghulurkan upah. Jawab anggota Amal : "Pak Cik kami tidak ambil upah. Kalau Pak Cik nak nak juga bagi upah saya minta pilihanraya nanti pakcik mengundi undi PAS". Saya melihat TGHH sebak ketika menceritakan kisah ini.

Inilah tarbiah Amal, walaupun kehidupan mereka amat memerlukan kewangan. Hatta ada yang bekerja mengutip besi buruk bagi mendapatkan perbelanjaan program, akan tetapi merekalah yang banyak menarik masyarakat kepada PAS. Bila sahaja dipanggil untuk berkhidmat, mereka akan sampai, walaupun masa dan kewangan untuk keluarga amat mendesak.

Sejujurnya saya menyatakan bahawa saya tidak pernah terdengar anggota Amal menjadi onar kepada jamaah. Tahniah, keikhlasan kalian menjadi pengajaran buat yang lain.

"BERAMAL KERANA ALLAH"

Terus Beristiqomah

* Catatan dalam perjalanan ke Larut

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
paktehrazman.blogspot.com

Khamis 28hb Mei 2015
10 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Ulasan