Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 20 Mei 2015

MASA DEPAN PAS DI ANTARA KETULENAN DAN PENYELEWENGAN (بين الأصالة والانحراف)

Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan Pemuda PAS Kuala Kedah bertarikh 28 Mei, tarikh ini telah dijadualkan untuk ke program lain terlebih dahulu. Insya Allah kita tangguhkan selepas Muktamar.

Bicara ringkas mengenai tajuk:-

MASA DEPAN PAS DI ANTARA KETULENAN DAN PENYELEWENGAN (بين الأصالة والانحراف)

Sebelum berbicara mengenai masa depan PAS, perkara pokok yang wajib difahami dengan jelas (bukan difahami dengan cubit sana sini) ialah perjuangan PAS tujuan, dustur rujukan PAS, organisasi dan juga Amilin.

PAS bergerak sebagai Badan Dakwah, Tarbiah dan Siasah. Dakwah merupakan mata rantai penyambung kepada kerja yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Tarbiah pula untuk masyarakat dan amilin bagi memikul tanggungjawab ini. Struktur tarbiah bermula dengan tarbiah fikriah pra sekolah PASTI, Sek Rendah Islam, Maahad Tahfiz, pondok pengajian sehinggalah ke peringkat diploma dan ijazah.

Para Amilin petugas parti disediakan usrah, ijtimak, liqa, Tafaquh fiddin dan wacana ilmu. Menghidupkan pengajian haraki yang berterusan di Markas Tarbiah disemua kawasan.

Siasah pula sebagai wasilah untuk mengambil pemerintahan bagi membolehkan matlamat PAS supaya masyarakat dan pemerintah melaksanakan nilai hidup Islam serta hukum yang diredhai Allah.

Pengorbanan para amilin menginfakan pendapatan wang ringgit, mewakafkan tanah untuk pembinaan markas dan pusat pengajian, tidak cukup dengan itu, para amilin turut memperuntukkan masa untuk jamaah sehingga mengorbankan kerjaya yang lebih selesa.

Inilah rahsia kejayaan PAS, berbekalkan kefahaman amilin ganjaran hanya dari Allah SWT bergerak menyumbang jiwa dan raga untuk PAS tanpa disajikan dengan sebarang imbuhan kesenangan dunia.

Asolah pada bahasa adalah keaslian, ketulenan atau "originality".

Asholatul Fikriyyah : Ketulenan fikrah, iaitu Fikrah Islamiyyah yang bukan terpengaruh dengan anasir yang tidak Islamik seperti kapitalis, sosialis, komunis, liberalis, demokrats, nasionalis dan seumpamanya.

Islam adalah Islam, kefahaman sepertimana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, tanpa mencedok falsafah atau mensyirikkan sesuatu dengan yang lain.

Inhiraf (الانحراف) pada bahasa adalah terpesong atau lari daripada track pemikiran yang sebenar. Para ulamak yang bertalaqqi serta bersanad dapat mengesan penyelewengan ini.

Sebagai amilin tidak perlu bimbang dengan masa depan PAS selagimana PAS masih mengekang kemasukan ideologi asing ke dalamnya dan bertindak meruntuhkan pegangan ideologi asing dalam masyarakat  itu adalah satu kewajipan.

(إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ)

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al Hijr : 9)

Kita sebagai Ansorullah sepatutnya faham dengan jelas bahawa kalah menang bukan menjadi alasan untuk kita bersama dengan jemaah, atau menyendiri. Begitulah sepertimana yang dinyanyikan dalam lagu PAS setiap kali program.

PAS tetap kehadapan dengan dasar dan prinsipnya adalah Islam. Insyaallah dengan keikhlasan para amilin dan pertolongan Allah, PAS akan terpelihara.

Terus Beristiqamah

* Catatan perjalanan balik dari MADI Perlis

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Rabu 20 Mei 2015
2 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Ulasan