Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Sabtu, 16 Mei 2015

FOKUS KEPADA GERAK KERJA SENDIRI LEBIH PENTING DARIPADA BERBINCANG UNTUK TUKAR PRESIDEN


Dr Majdi al Hilali menukilkan di dalam kitab beliau yang berjudul Min Fiqhil Awlawiyat (من فقه الأولويات) bahawa kita bukan lagi berbincang tentang pertimbangan di antara penting dan tak penting, akan tetapi pertimbangan yang sepatutnya diperbahaskan ialah di antara penting dan lebih penting.

Saya menyeru kepada semua ahli PAS dan kepimpinannya untuk fokus kepada gerak kerja yang kian terabai. Saya agak kesal dengan segelintir ahli PAS atau kepimpinannya sibuk berbincang untuk menukar Presiden PAS atau menjatuhkan orang itu dan orang ini, sedangkan gerak kerja sendiri terabai.

Fokus kepada gerak kerja lebih aulawiyat daripada berbincang untuk tukar orang itu dan ini. Kita bekerja bukan hanya sekadar berkomen, mengkritik dan berhujah terhadap arahan yang ditetapkan. Bekerja dengan ketetapan jemaah lebih aulawiyat daripada berhujah mengkritik dengan idea sendiri konon lebih mantap.

Menyatukan ahli di bawah kepimpinan Presiden PAS lebih aulawiyat daripada mengemukakan idea pada media untuk menukar Presiden, atau beraksi seolah olah lebih berkelayakan melebihi Presiden PAS. Fahamilah dasar Parti dan laksanakan berdasarkan kefahaman, bukan mempertahankan demokrasi dengan mengenepikan adab berjemaah serta disiplin disiplinnya.

Allah SWT berfirman

(فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ)

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Hud : 112)

* Catatan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di Markas Tarbiah PAS Air Kuning

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Ahad 17 Mei 2015
28 Rejab 1436H

0 comments:

Catat Ulasan