Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 14 Mei 2015

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ PROSES PENAPISAN AMILIN


Dalam keadaan Nabi Muhammad SAW kesedihan di atas kematian bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isteri tercinta ummul Mukminin Saidina Khadijah bt Khuailid, ditambah pula dengan penolakan masyarakat di Taif, Nabi Muhammad SAW telah dibawa oleh Allah ke Israk dan Mikraj.

Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang berlaku di luar logik akal manusia. Perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan kenderaan tercanggih pada masa itu, memakan masa berbulan bulan. Keesokan harinya Nabi Muhammad SAW menceritkan kepada kaumnya bahawa beliau telah pergi dari Masjidil Haram di Makah ke Masjidil Aqsa di Palastin, kemudian naik ke langit sehinggalah ke "sidratulmuntaha".

Dalam perjalanan bermula dari selepas isya hingga ke subuh Nabi Muhammad SAW telah berjumpa pelbagai peristiwa, pertemuan dengan para nabi yang terdahulu serta menerima solat terus dari Allah SAW. Peristiwa ini digunakan oleh Arab Quraisy untuk memburukkan Nabi Muhammad SAW dan menguji keimanan pengikut pada masa itu.

Apabila cerita Israk Mikraj ini disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, beliau tanpa sebarang syak dan ragu ragu. Bahkan Saidina Abu Bakar menyatakan bahawa andai cerita yang datang dari Muhammad Rasullullah SAW lebih daripada itu pun akan beliau yakini dan mengakui kebenarannya. Inilah asal usul gelaran Abu Bakar Assidiq.

Inilah tapisan keimanan para sahabat sebelum peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Para sahabat yang mengikut nabi berhijrah ada terdiri dari kalangan mereka yang mantap keimanannya. Bersama kaum muhajirin dari Mekah yang telah diuji keimanan, usaha dakwah diteruskan pula di Madinah bersama dengan Ansar sehinggalah tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah.

Keimanan merupakan satu kepercayaan terhadap perkara ghaib yang diluar batas kemampuan akal manusia akan menambahkan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT. Insyallah atas keyakinan keimanan para Amilin PAS yang bekorban harta dan diri, tidak mustahil Daulah Islam akan tertegak di bumi Malaysia selepas PRU14. Bersama berkorban untuk mempercepatkan proses ini.

* Catatan perjalanan ke Mesyuarat Harian di Pejabat Perhubungan PAS, Ipoh

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu 13 Mei 2015
24 Rejab 1436H

0 comments:

Catat Ulasan