SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 29 Mei 2015

DI MANA MARUAH ISLAM?

Solat Jumaat tadi di Masjid Pekan Kati. Sebak apabila khatib berkhutbah mengenai nasib orang Islam pada masa ini, khususnya menyentuh nasib bangsa Rohingya diseksa dan dibunuh di bumi sendiri. Negara Islam Malaysia dan Indonesia kaku melihat saudara seagama mereka dihalau. Kenapa Malaysia dan Indonesia tidak memberi amaran ketenteraan terhadap Myanmar? Sepertimana campur tangan Amerika ke atas negara Islam. Mengapa membisu? Di akhir khutbah khatib...

Khamis, 28 Mei 2015

SIRI 2 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18

Saya benar benar tersentuh dengan Ucapan TPJ3, Tuan Hj Noh Ahmad Atau lebih dikenali dengan Cikgu Noh. Nama Cikgu Noh cukup sinonim dengan PAS Kawasan Lumut. Beliau tidak menyangka bahawa beliau akan ditaklifkan sebagai TPJ. Beliau tidak mengenali dan tidak pernah bekerja dengan saya sebelum ini. Apabila saya ditaklifkan sebagai PJ, saya mencari siapa yang boleh menyumbang kepada parti dan boleh bekerja bersama saya. Cikgu Noh menolak, katanya cukuplah...

"AL AMALU LILLAH" BERAMAL KERANA ALLAH

Dalam perjalanan ke program di Larut, singgah di Pekan untuk membetulkan cermin mata. Semasa melintasi jalan, tiba-tiba sebuah motosikal meluru dan berhenti betul betul di hadapan saya. "Assalamualaikum Haji", Dia memulakan bicara. "Waalaikumsalam, nak ke mana ni" Jawabku ringkas. "Kami dapat kerja untuk mengecat rumah, nak cari belanja untuk ke Muktamar. Semalam kawasan dah bagi peruntukan. Terima kasih Haji" Jawabnya. Saya teringat muqadimah...

Isnin, 25 Mei 2015

SERANGAN DAP MENGANGKAT MERTABAT TGHH

Pada permulaannya, TGHH membawa idea Unity Government yang turut dipersetujui bersama pada mulanya. Namun, entah kenapa muncul kelompok yang bersikap 360 darjah, menyatakan tidak bersetuju, dan TGHH dihentam sehingga ke hari ini, bahkan UG diratib di merata tempat sebagai senjata menjatuhkan beliau. Tiba tiba muncul pula Konsensus Nasional yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim yang menampakkan "perbincangan belakang" yang dilakukannya. Namun, ia...

CERAMAH DI KAMPAR

Isnin, 25 Mei, ceramah Sambutan Ramadhan di Markas PAS Cawangan Sentang, Kawasan Kampar. Semoga diberkati Allah SWT. ...

SIRI 1 : NOTA KONVENSYEN PAS PERAK KE-18

Terima kasih kepada AJK Harian dan Perhubungan yang bekerja bersama saya mentadbir PAS Perak bagi sessi 2013-2015. Tersentuh dengan ucapan penggulungan Timbalan Pesuruhjaya II, Ustaz Idris Ahmad yang ditugaskan sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiah dan juga Pengerusi Pengurusan Bencana PAS Perak yang menyatakan; "Menginsafi diri melihat Mantan PJ Ustaz Azizan Desa yang berada di Konvensyen PAS Perak ke-18 dari mula hingga ke akhirnya. Kini beliau tidak...

MENZIARAHI EN. SHAHARUDDIN BIN YEOP

25 Mei, Ahad, menziarahi En Shaharuddin bin Yeop, seorang oku yang menjalani pembedahan tulang belakang. Juga ahli jawatankuasa PAS Cawangan Taman Cempaka.. ...

MENZIARAHI EN. HASSAN BIN ARSHAD

25 Mei, Isnin, menziarahi En Hasan bin Arshad yang telah melalui pembedahan memasukkan besi sokongan di kakinya selepas mengalami kemalangan jalanraya. Turut sama hadir Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Cawangan Taman Cempaka, Kawasan Ipoh Timur. ...

MENZIARAHI ANAK JEMAAH BANGGOL BATU

25 Mei, Isnin, menziarahi Mohd zainal Abidin b Ahmad Puat, anak jemaah Banggol Batu, kini telantar tenat komplikasi paru paru dan jantung di Hospital Bainun, Ipoh. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau di wad 5B, beliau transit di sini hingga 28.5.2015 dan akan dipindahkan ke Pulau Pinang untuk rawatan Pakar. ...

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 18

24 Mei, Ahad, bersama dalam Konvensyen PAS Perak kali ke 18 bertempat di Hotel Seri Iskandar. Semoga kesatuan fikrah dapat disemai dalam program ini. Terima kasih buat semua, khususnya tuan rumah, kawasan kawasan dan semua perwakilan termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS. ...

KULIAH MAGHRIB DI MASJID KG EXPO, TAIPING

23 Mei, Sabtu, bersama masyarakat di Kampung Expo, Taiping. Kuliah Maghrib dan sedikit pertemuan bersama penggerak penggerak di sana ...

HARI KELUARGA PASTI PERAK DI SERI ISKANDAR

23 Mei, Sabtu, bersama Jabatan Pasti Perak, dan Majlis Guru Pasti, dalam menyambut Hari Keluarga Pasti Perak bertempat di Hotel Seri Iskandar. ...

KENDURI WALIMATUL URUS DI KOTARAJA

Sabtu, 23 Mei, meraikan pasangan pengantin menyambut Walimatul Urus di Kotaraja, Taman Meru, Ipoh. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. ...

MENZIARAHI ADIK SAHABAT YANG TERLANTAR DI HOSPITAL

23 Mei, Sabtu, menziarahi adik sahabat di Lenggong, yang terlantar di Hospital Kuala Kangsar. Semoga Allah menyembuhkannya ...

BERDEMO DI MASJID NEGERI : ISU MESIR DAN ROHINGYA

22 Mei, bersama umat Islam berdemo menyatakan pendirian terhadap isu umat Islam di Mesir dan Ankara. Dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak dan Dewan Ulamak PAS Perak, turut hadir wakil ABIM. ...

BERDEMO DI KEDUTAAN MYANMAR

21 Mei, Khamis, berdemo bersama Pemuda PAS Selangor di hadapan Kedutaan Myanmar, bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman yang diperlakukan ke atas umat Islam di sana. ...

MENZIARAHI KUBUR BALU ALMARHUM DR BURHANUDDIN AL HELMY

20 Mei, Rabu, meluangkan masa menziari kubur Allahyarhamah Hajah Suri Yahya balu kepada Allahyarham Dr Burhanuddin Al Helmy Presiden PAS ke-3. Bertemu dengan menantu dan cucu Almarhum dan Almarhumah di Tanah perkuburan Taman Batu Muda. ...

CERAMAH DI LUMUT BERSAMA CIKGU NOH

15 Mei, Jumaat, dijemput berceramah di Lumut bersama Tuan Rumah Cikgu Noh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak. ...