Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 3 November 2014

TIDAK BERLAKU KRISIS JIKA AHLI FAHAM - Pesuruhjaya PAS Perak


Berhubung dengan krisis yang berlaku dalam PAS pada hari ini, wartawan Perakite telah mendapatkan respon daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman Haji Zakaria.

"Saya yakin, sebenarnya tiada sebarang krisis yang berlaku dalam organisasi kepimpinan PAS. Sebaliknya apa yang terjadi ialah sedikit ketidakfahaman dari kalangan ahli PAS terhadap matlamat PAS serta jalur proses membuat keputusan dan pendirian parti" kata beliau ketika ditemubual selepas Majlis Pelancaran NGO Pendidik Peringkat Perak di Markas Tarbiah PAS Kawasan Tapah baru baru ini.
"Kita sebagai ahli PAS, perlu tahu siapa yang berhak membuat keputusan, dan entiti mana yang wajar memutuskan sesuatu pendirian. Kita ada sistem dan perlembagaan, tidak mungkin mana mana individu PAS sewenang wenangnya menyandarkan kenyataan peribadinya, sebagai sebuah pendirian PAS. Ini salah" katanya lagi.
Beliau menambah lagi, "Sekiranya semua ahli parti faham mereka berada di peringkat dan posisi mana serta berperanan mengikut heararki sudah pasti tiada sebarang krisis yang timbul. Berdasarkan heararki, kita tidak sepatutnya mempertikai keputusan Presiden PAS bagi pusat, Pesuruhjaya bagi Negeri serta Yangdipertua bagi kawasan-kawasan"

"Selain itu, kita juga perlu faham dengan jelas matlamat perjuangan PAS. Apabila matlamat ini tidak difahami dengan baik, maka tidak mungkin gerak kerja itu boleh bergerak selaras. Saya yakin, sekiranya perkara ini dapat diperkukuhkan, PAS akan menjadi lebih mantap dan ampuh berbanding dengan parti atau gerakan yang lain" katanya lagi menyudahi sesi temubual ringkas.

Beliau terpaksa bergegas ke Kuala Kangsar selepas itu bagi menziarahi almarhum Ustaz Megat Radzuan, Pengetua Maahad al Mizan, seorang tokoh pendidik yang hebat yang menghembuskan nafas terakhirnya sejam sebelum Majlis Pelancaran NGO Pendidik dilangsungkan.

0 comments:

Catat Ulasan