Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 24 Februari 2015

WALAK DAN KETAATAN DALAM PARTI ISLAM

Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak
Multaqa Ulamak Semalaysia
21 February 2015

WALAK DAN KETAATAN DALAM PARTI ISLAM

1) Dibawah tajuk yang diberi ini, terdapat dua elemen penting untuk diperbahaskan

a. Sifat tatalaku manusia (human resource) dalam organisasi.

b. Organisasi itu sendiri. Matlamat halatuju dan tujuan penubuhan.

* Konteks perbincangan hari ini adalah mengenai tatalaku manusia dalam organisasi.

* Walak atau bahasa mudahnya kesetiaan, kepatuhan dan ketaatan, keperluannya dan implikasi dalam organisasi.

* Organisasi/pertubuhan/persatuan atau parti politik tidak terbentuk tanpa mempunyai natijah tujuan atau matlamat.

Sebab itu dalam pendaftaran ROS, Enterprise atau Syarikat, perkara yang menjadi keperluan utama dalam pertimbangan kelulusan pendaftaran, adalah tujuan penubuhannya.

PAS adalah organisasi yang berdaftar dibawah ROS yang mempunyai dasar dan tujuan yang jelas. Secara umumnya PAS adalah organisasi yang mengumpulkan manusia, yang mempunyai "interest" kemahuan atau kecenderungan yang sama iaitu membawa dan menyambung kerja Nabi Muhammad SAW, berdakwah dan bersiasah (berpolitik) untuk mengambil alih pemerintahan negara dan mentadbir negara dengan dasar Islam.

Sebab itu, apabila kita berintimak menggabungkan diri dengan mana-mana organisasi, perkara asas yang perlu, adalah kefahaman. Sebab itulah sebelum mengisi borang ikrar baiah sebagai ahli PAS wajib faham dan tahu tanggungjawab sebagai ahli parti.

Cita-cita pasti akan menemui kegagalan sekiranya struktur organisasi atau "line of command" aliran arahan, tidak jelas dan tidak diikuti atau dipatuhi oleh ahli parti.

Sebab itu organisasi yang besar dan berjaya, jabatan atau bahagian khusus dibentuk untuk mengurus sumber manusia dalam organisasi mereka, agar pengarahan itu jelas dan kesetiaan yang diikat dengan sistem.

Tujuannya jabatan sumber manusia adalah untuk pengambilan (recruit). Latihan dan penempatan, memberi latihan supaya kakitangan faham kehendak organisasi. Fungsi sumber manusia juga adalah penilaian prestasi terhadap keberkesanan serta kepatuhan terhadap disiplin parti.

Misalan dalam mengurus kakitangan perkhidmatan awam yang lebih dari 1 juta orang. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dipertanggungjawabkan untuk mendisiplinkan kakitangannya.

Tidak cukup GO (General Order) kelakuan dan tatatertib supaya kakitangan mematuhi disiplin, turut menjadi keperluan ialah OSA ordinance security Actt (akta rahsia rasmi).

Ini semua adalah untuk membentuk dan melahirkan tenaga manusia yang walak taat dan setia kepada organisasi yang dibina.

Kalau kita lihat, sebab itulah agensi polis dan tentera berjaya mempraktikkan perkara ini kerana disiplin anggota, walak setia dan taat kepada arahan. Contohnya, UTK (Unit Tindakan Khas) Polis. Melahirkan tenaga manusia kakitangan yang walak setia kepada arahan. Laksana arahan tanpa soal.

Contohnya perbicaraan pembunuhan Altantuya apabila ditanya oleh peguam kepada Inspektor Sirul dan Azilah.  Mereka telah di"train" untuk laksanakan arahan tanpa soal, walaupun arahan bunuh sekalipun. Itulah pelaksanaan walak setia dan taat dalam organisasi konvensional.

Adapun walak dan taat dalam parti Islam bersandar kepada Surah An-Nisa, ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Taat kepada ulil amr iaitu mereka yang ditaklifkan memegang urusan Islam selagi mana tidak melanggar syariat. Walak kepada parti Islam adalah walak kepada keputusan parti yang tidak bercanggah dan melanggar syariat syarak.

Fahami dasar kuasa pemutus dan arahan dalam parti. Siapa yang lebih tinggi. Tidak boleh membuat tafsiran konvensional terhadap heararki kuasa pemutus, iaitu antara Muktamar, MSU atau AJK PAS Pusat?

Sebab itulah ulil amr mengikut Tafsiran Ibnu Abbas ialah ahli fekah dan agama, bahkan mereka inilah ulamak .

Sebab itulah keputusan yang dibuat oleh Presiden dan MSU dilihat "without fear and favour" tidak takut bias atau tidak cenderung kepada mana-mana tekanan serta kepastian tidak melanggar syarak, walaupun dibenci manusia atau dilihat rugi dari sudut politik mengikut kacamata sivil.

* Contohnya keputusan larangan meraikan sambutan perayaan agama lain.

* Contohnya nasihat MSU supaya tidak melibatkan diri dengan Pasma, arahan atau nasihat itu dilihat tidak dipedulikan.  Sekiranya tindakan tidak walak sebegini berterusan berlaku, apakah yang akan terjadi kepada jamaah?

Perlu diperhatikan dengan penuh teliti terhadap keputusan yg dibuat oleh jamaah MSU atau Presiden, semuanya bersandar kepada agama dan keuntungan terhadap Islam.

Sebab itulah ulil amr dalam konteks Islam adalah mereka yang mesti faqeh atau pun mengikut nasihat mereka yg faqeh agamanya.

Sebagai kesimpulan, walak dan taat dalam parti Islam, ialah patuh dan bantu jamaah pimpinan serta keputusan Majlis Syura Ulamak yang tidak bercangah dengan syarak.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 20 Februari 2015
1 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan