Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 24 Februari 2015

DAP SEPATUTNYA MENGIKUTI SEMINAR HUDUD ANJURAN PAS TERLEBIH DAHULU


Saya merasa kesal dengan penegasan DAP terhadap hukum hudud yang tiada kaitan dengan mereka. Penegasan yang dibuat berkali kali, dimuatkan dalam akhbar dan sebagainya, jelas meretakkan persepakatan Pakatan Rakyat yang sepatutnya saling hormat menghormati prinsip dan dasar perjuangan masing masing.

PAS tidak pernah melanggar atau tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan mereka, dalam masa yang sama PAS berjuang mempertahankan prinsip dan dasar perjuangannya sendiri. Tetapi hari ini, PAS pula dilabel sebagai pemecah belah Pakatan Rakyat, atau diberi kata dua samada Hudud ataupun Pakatan Rakyat.

Adakah wajar seorang rakan yang non muslim memberi kata dua kepada rakannya yang muslim, samada muslim ini nak terus mendirikan solat, atau nak berkawan dengan non muslim tersebut. Adakah disebabkan solatnya, amalan hariannya, khitannya, puasanya dan apa sahaja ketetapan daripada Islam ini menjadikan non muslim tersebut membencinya dan memberi kata dua?

Saya mencadangkan agar DAP mengikuti seminar dan kursus tentang hudud yang dianjurkan oleh PAS sekian lama, dan sangat banyak diadakan di serata Malaysia. Boleh juga berbincang dan berkomunikasi dengan baik dengan pihak PAS, khususnya Dewan Ulamak yang lebih mendalami tentang undang undang Allah ini. Ia lebih baik daripada gopoh menyembur di dalam akhbar dan kenyataan media.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa 24 Februari 2015
5 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan