Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 9 Februari 2015

SEJARAH ITU FAKTA, JANGAN SUBURKAN KESILAPAN LAMA


Malam tadi, saya membelek buku lama yang bertajuk "Memoir Politik Asri : Meniti Arus" terbitan UKM 1993.

Antara itisari yg boleh diambil iktibar adalah ialah, walau apa jua keadaan sekalipun, kita sepatutnya terus beristiqamah bersama keputusan Jamaah. Berusahalah membetulkan yang salah dengan panduan Al-Quran, Assunnah, Ijmak para ulamak dan Qias.

Tahun ini 2015, usia PAS telah mencapai 64 tahun jika dikira dari tahun pendaftaran persatuan Islam SeMalaysia 1951. Dalam tempoh ini PAS telah mengalami beberapa kali pertembungan idea dan berlaku perpecahan dalaman.

1) Di awal penubuhan di bawah pimpinan Presiden pertama pada masa itu yang dikenali sebagai yang Dipertua PAS Tn Hj. Ahmad Fuad Hassan. 

Pertembungan idea pendekatan untuk mencapai kemerdekaan sama ada PAS akan bersama:
Nasional Convensyen yang dianjurkan oleh UMNO dan MCA di bawah Pimpinan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Atau Nasional conference anjuran parti Negara pimpinan Dato Onn
Lalu Muktamar Khas diadakan dan keputusan jamaah pada masa itu memutuskan PAS bersama Nasional Convensyen.

Presiden/YDP Tn Hj Ahmad Fuad Hassan yang berpendirian bahawa PAS sewajibnya menyertai Nasional Conference di bawah Dato Onn, telah meletak jawatan dan bertindak keluar daripada PAS.

2) Setelah peristiwa 13 Mei 1969. Tiupan perpaduan Melayu sekali lagi menyaksikan pertembungan idea. Apakah PAS perlu bersama UMNO PERIKATAN atau terus kekal bersendirian.
PAS di bawah pimpinan Dato Asri Muda mengadakan muktamar bagi memutuskan perkara ini. Keputusan muktamar memihak untuk bergabung dibawah Gabungan PERIKATAN dan UMNO dengan majoriti undi yang sangat kecil.

Lalu, berlaku pengunduran tokoh penting pada waktu itu seperti Almarhum Pak Yazid Singa Pas dan beberapa orang lagi. Ada dari kalangan mereka yang mengundur, ada pula yang terjun kapal.

3) Di bawah pimpinan Dato Asri Muda PAS bersama UMNO, banyak kejayaan yang dicapai. Idea yang dibawa oleh Almarhum Dato Asri yang boleh saya kategorikan sebagai Islamis Nasionalis (Islam kebangsaan). Malangnya 1978 PAS ditendang oleh UMNO/BN dengan alasan yang dibuat buat.

4) Peristiwa tertubuhnya BERJASA di bawah pimpinan Dato Mohd Nasir juga tertubuh hasil krisis dalaman parti campuran Barisan Nasional yang mana PAS juga merupakan salah satu komponennya ketika itu. Dato Mohd Nasir bekas Menteri Besar Kelantan sebelum itu, telah dipecat daripada PAS dan diakhiri dengan PAS kehilangan Kelantan.

5) 28 Oktober 1983 pertama kali Ucapan Dasar Presiden ditolak dalam Muktamar di atas dasar pertembungan idea jalur pemikiran Islamis Nasionalis ataupun Islam syumul dibawah kepimpinan ulamak. Muktamar 1983 Tuan Hj Yusuf Rawa dilantik menjadi Presiden PAS dibawah slogan "KEPIMPINAN ULAMAK" Manakala Dato Asri telah menubuhkan Parti HAMIM.

6) Keputusan jamaah untuk menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Ramai juga yang membantah penyatuan PAS dengan APU. Antaranya ialah cikgu Musa Salleh (bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh) dan Wan Ismail Wan Ahmad, bekas AJK Dewan Ulama Pas Kelantan. Mereka menuduh Pas telah lari daripada prinsip perjuangan asal sejak penubuhannya pada 1951 kerana bergabung dengan Semangat 46 yang dianggap parti sekular sama seperti UMNO. Kumpulan itu menggelar mereka sebagai 'Pas 51' sebelum ditukar kepada Islah. Cikgu Musa kemudian menubuhkan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim)

7) Kini, setelah sekian lama bertahaluf dengan DAP dan PKR sejak tahun 1999 secara tidak rasmi, dan telah dirasmikan selepas PRU13 di bawah nama Pakatan Rakyat (PR). Kini berlaku sekali lagi pertembungan idea dari kalangan ahli ahli PAS dan kepimpinannnya, bahkan kali ini dianggap lebih parah. Lantas, lahirlah NGO yang didakwa untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat, dalam masa yang sama kredibiliti Presiden PAS dan MSU dipertikai secara terbuka.

Walau apapun yang berlaku, tetapkanlah pendirian atas dasar Islam, dan teruslah istiqamah bersama keputusan Jamaah, berusaha membetulkan yang salah, carilah redha Allah SWT.

* Catatan dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Satu lagi detik sejarah pada hari ini, penyerahan SD oleh akar umbi PAS Kuantan


Terus Beristiqamah


Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Ahad 8 Februari 2015
18 Rabiul Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan