SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 24 Februari 2015

PENGAJIAN MINGGUAN DAN PENGAJIAN PERDANA BULANAN DI MTQDI

USRAH PAS CAWANGAN KG GUA BADAK


24 Februari, Selasa, bersama usrah PAS Cawangan Kampung Gua Badak, Lenggong. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT

MENZIARAHI PONDOK PAKTEH KROH


24 Februari, Selasa, menziarahi Pondok Pakteh Kroh.  Bincang dengan Ustaz Rosaini untuk bagi ruang pembelajaran kepada anak didik di MTQDI.

MENZIARAHI TUAN GURU AWANG LANAI


24 Februari, Selasa, mengambil masa untuk menziarahi Tuan Guru Haji Awang Lanai, Baling. Semoga Allah SWT memanjangkan umur beliau berkhidmat untuk Islam

DAP SEPATUTNYA MENGIKUTI SEMINAR HUDUD ANJURAN PAS TERLEBIH DAHULU


Saya merasa kesal dengan penegasan DAP terhadap hukum hudud yang tiada kaitan dengan mereka. Penegasan yang dibuat berkali kali, dimuatkan dalam akhbar dan sebagainya, jelas meretakkan persepakatan Pakatan Rakyat yang sepatutnya saling hormat menghormati prinsip dan dasar perjuangan masing masing.

PAS tidak pernah melanggar atau tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan mereka, dalam masa yang sama PAS berjuang mempertahankan prinsip dan dasar perjuangannya sendiri. Tetapi hari ini, PAS pula dilabel sebagai pemecah belah Pakatan Rakyat, atau diberi kata dua samada Hudud ataupun Pakatan Rakyat.

Adakah wajar seorang rakan yang non muslim memberi kata dua kepada rakannya yang muslim, samada muslim ini nak terus mendirikan solat, atau nak berkawan dengan non muslim tersebut. Adakah disebabkan solatnya, amalan hariannya, khitannya, puasanya dan apa sahaja ketetapan daripada Islam ini menjadikan non muslim tersebut membencinya dan memberi kata dua?

Saya mencadangkan agar DAP mengikuti seminar dan kursus tentang hudud yang dianjurkan oleh PAS sekian lama, dan sangat banyak diadakan di serata Malaysia. Boleh juga berbincang dan berkomunikasi dengan baik dengan pihak PAS, khususnya Dewan Ulamak yang lebih mendalami tentang undang undang Allah ini. Ia lebih baik daripada gopoh menyembur di dalam akhbar dan kenyataan media.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa 24 Februari 2015
5 Jamadil Awwal 1436

NADWAH PEMERKASAAN DU'AT

MENZIARAHI BEKAS WARTAWAN HARAKAH


23 Februari, Isnin, meluangkan masa menziarahi Johor Jaafar JJ bekas wartawan Harakah di hospital KPJ Ipoh bilik 885.

KULIAH MAGHRIB DI IPOH


23 Februari, Isnin, menyampaikan kuliah maghrib Surau AlFalah Taman song choong, Ipoh.

PAS PERAK SOKONG HUDUD KELANTAN

CNY DI HOTEL IPOH


23 Februari, Isnin, bersama menghadiri CNY Dewan Himpunan Cina di Impian Hotel Ipoh.

MENYANTUN MASYARAKAT CINA LENGGONG


23 Februari, Isnin dalam perjalanan pulang dari RBK Air Panas singgah santun masyarakat Cina di pekan Lenggong dan Kg Baru Kota Tampan

PENYERAHAN SIJIL KEAHLIAN DAN PENERIMAAN BORANG KEAHLIAN PAS CAWANGAN RBK


22 Februari, Ahad, mengadakan majlis penyerahan sijil keahlian dan penerimaan borang permohonan ahli baru PAS Cawangan RBK (Rancangan Belia Khas) Kg Air Air Panas DUN Kenering.  Di sini sebelum ini hanya terdapat 3 orang ahli sahaja dan mereka bergiat di cawangan Kg Air Panas. Alhamdulillah sekarang keahliannya mencecah 50 orang

WALAK DAN KETAATAN DALAM PARTI ISLAM

Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak
Multaqa Ulamak Semalaysia
21 February 2015

WALAK DAN KETAATAN DALAM PARTI ISLAM

1) Dibawah tajuk yang diberi ini, terdapat dua elemen penting untuk diperbahaskan

a. Sifat tatalaku manusia (human resource) dalam organisasi.

b. Organisasi itu sendiri. Matlamat halatuju dan tujuan penubuhan.

* Konteks perbincangan hari ini adalah mengenai tatalaku manusia dalam organisasi.

* Walak atau bahasa mudahnya kesetiaan, kepatuhan dan ketaatan, keperluannya dan implikasi dalam organisasi.

* Organisasi/pertubuhan/persatuan atau parti politik tidak terbentuk tanpa mempunyai natijah tujuan atau matlamat.

Sebab itu dalam pendaftaran ROS, Enterprise atau Syarikat, perkara yang menjadi keperluan utama dalam pertimbangan kelulusan pendaftaran, adalah tujuan penubuhannya.

PAS adalah organisasi yang berdaftar dibawah ROS yang mempunyai dasar dan tujuan yang jelas. Secara umumnya PAS adalah organisasi yang mengumpulkan manusia, yang mempunyai "interest" kemahuan atau kecenderungan yang sama iaitu membawa dan menyambung kerja Nabi Muhammad SAW, berdakwah dan bersiasah (berpolitik) untuk mengambil alih pemerintahan negara dan mentadbir negara dengan dasar Islam.

Sebab itu, apabila kita berintimak menggabungkan diri dengan mana-mana organisasi, perkara asas yang perlu, adalah kefahaman. Sebab itulah sebelum mengisi borang ikrar baiah sebagai ahli PAS wajib faham dan tahu tanggungjawab sebagai ahli parti.

Cita-cita pasti akan menemui kegagalan sekiranya struktur organisasi atau "line of command" aliran arahan, tidak jelas dan tidak diikuti atau dipatuhi oleh ahli parti.

Sebab itu organisasi yang besar dan berjaya, jabatan atau bahagian khusus dibentuk untuk mengurus sumber manusia dalam organisasi mereka, agar pengarahan itu jelas dan kesetiaan yang diikat dengan sistem.

Tujuannya jabatan sumber manusia adalah untuk pengambilan (recruit). Latihan dan penempatan, memberi latihan supaya kakitangan faham kehendak organisasi. Fungsi sumber manusia juga adalah penilaian prestasi terhadap keberkesanan serta kepatuhan terhadap disiplin parti.

Misalan dalam mengurus kakitangan perkhidmatan awam yang lebih dari 1 juta orang. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dipertanggungjawabkan untuk mendisiplinkan kakitangannya.

Tidak cukup GO (General Order) kelakuan dan tatatertib supaya kakitangan mematuhi disiplin, turut menjadi keperluan ialah OSA ordinance security Actt (akta rahsia rasmi).

Ini semua adalah untuk membentuk dan melahirkan tenaga manusia yang walak taat dan setia kepada organisasi yang dibina.

Kalau kita lihat, sebab itulah agensi polis dan tentera berjaya mempraktikkan perkara ini kerana disiplin anggota, walak setia dan taat kepada arahan. Contohnya, UTK (Unit Tindakan Khas) Polis. Melahirkan tenaga manusia kakitangan yang walak setia kepada arahan. Laksana arahan tanpa soal.

Contohnya perbicaraan pembunuhan Altantuya apabila ditanya oleh peguam kepada Inspektor Sirul dan Azilah.  Mereka telah di"train" untuk laksanakan arahan tanpa soal, walaupun arahan bunuh sekalipun. Itulah pelaksanaan walak setia dan taat dalam organisasi konvensional.

Adapun walak dan taat dalam parti Islam bersandar kepada Surah An-Nisa, ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Taat kepada ulil amr iaitu mereka yang ditaklifkan memegang urusan Islam selagi mana tidak melanggar syariat. Walak kepada parti Islam adalah walak kepada keputusan parti yang tidak bercanggah dan melanggar syariat syarak.

Fahami dasar kuasa pemutus dan arahan dalam parti. Siapa yang lebih tinggi. Tidak boleh membuat tafsiran konvensional terhadap heararki kuasa pemutus, iaitu antara Muktamar, MSU atau AJK PAS Pusat?

Sebab itulah ulil amr mengikut Tafsiran Ibnu Abbas ialah ahli fekah dan agama, bahkan mereka inilah ulamak .

Sebab itulah keputusan yang dibuat oleh Presiden dan MSU dilihat "without fear and favour" tidak takut bias atau tidak cenderung kepada mana-mana tekanan serta kepastian tidak melanggar syarak, walaupun dibenci manusia atau dilihat rugi dari sudut politik mengikut kacamata sivil.

* Contohnya keputusan larangan meraikan sambutan perayaan agama lain.

* Contohnya nasihat MSU supaya tidak melibatkan diri dengan Pasma, arahan atau nasihat itu dilihat tidak dipedulikan.  Sekiranya tindakan tidak walak sebegini berterusan berlaku, apakah yang akan terjadi kepada jamaah?

Perlu diperhatikan dengan penuh teliti terhadap keputusan yg dibuat oleh jamaah MSU atau Presiden, semuanya bersandar kepada agama dan keuntungan terhadap Islam.

Sebab itulah ulil amr dalam konteks Islam adalah mereka yang mesti faqeh atau pun mengikut nasihat mereka yg faqeh agamanya.

Sebagai kesimpulan, walak dan taat dalam parti Islam, ialah patuh dan bantu jamaah pimpinan serta keputusan Majlis Syura Ulamak yang tidak bercangah dengan syarak.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 20 Februari 2015
1 Jamadil Awwal 1436

SEJARAH ITU BERULANG, PARA ULAMAK MENYELUSURI SIRAH PENINDASAN TERHADAP PARA NABI


1. Kaum Nabi Nuh AS mempertikaikan kenabiannya dengan melabelnya sebagai gila, tak masuk akal, kerana membina sebuah kenderaan yang boleh berjalan atas air. Ingat, Islam tidak berkiblatkan akal manusia yang hanya meletakkan rasional sebagai tikar sejadahnya. Kembalilah kepada al Quran dan Sunnah dan merujuk para alim ulamaj yang mendalami tentangnya.

2. Kaum Nabi Hud (Kaum Ad) dimusnahkan oleh Allah SWT kerana merasa bangga dengan kekayaan dan kejayaan yang mereka kecapi, lantas menolak ketuhanan Allah yang memberikan segalanya. Apakah kita tidak belajar daripada sirah ini? Dengan mengulangi perbuatan mereka yang menganggap bahawa kemenangan itu hanyalah dengan pakatan, dan melonggar longgarkan prinsip Islam. Apakah dengan kemenangan sekerusi dua, tetapi tergadai segalanya itu dianggap sebagai kemenangan?

3. Kaum Thamud (Nabi Soleh AS) dimusnahkan oleh Allah kerana mereka mencabar kekuasaan Allah dengan menyembelih unta putih, iaitu melanggar arahan Allah. Apakah manusia hari ini mencabar kuasa Allah dengan melanggar segala arahanNya? dan mengetengahkan Islam yang "diseleweng" atas nama "moderate"?

4. Kaum Sodom (Nabi Luth AS) diterbalikkan negeri mereka kerana memperjuangkan kebebasan tanpa had, bebas berkahwin sesama jantina dan melabel Nabi Luth AS sebagai seorang yang tidak dapat menerima "realiti" masyarakat. Apakah manusia hari ini tidak takut ancaman daripada Allah kerana memperjuangkan kebebasan tanpa had?

5. Kaum Yahudi telah membunuh nabi nabi mereka, kerana enggan mengikut prinsip Islam yang dibawa oleh nabi nabi tersebut. Apakah manusia hari ini secara halus "membunuh" peranan para ulamak serta karekter karekter mereka? Apakah mereka mahu meniru kelompok Yahudi yang dimurkai oleh Allah sehingga hari kiamat?

Apa yang kita cari dalam PAS? Kepentingan poket kita ataupun Islam itu yang kamu junjung? Apakah kamu mengatakan kamu menjunjung Islam tetapi di dalam hati kamu menyimpan sepenuh kebencian terhadap mereka yang memahami dan mengamalkan Islam? Serta tangan kamu mencakar cakar merosakkan imej para alim ulamak?

Apa yang ulamak dapat sekiranya diangkat sebagai pemimpin? Mereka hanya mahukan Islam. Apa yang ulamak dapat sekiranya tidak dilantik? Mereka akan terus menerus melakukan gerak kerja Islam, memberi kefahaman kepada masyarakat siang dan malam.

1. Mereka tidak fikirkan balak setelah menang, kerana mereka tahu balak itu tidak mampu memberatkan timbangan amal di akhirat.

2. Mereka tidak fikirkan pengaruh manusia kerana mereka mencari Allah dalam perjuangan mereka, bukan pujian manusia yang lidah mereka juga dicipta olehNya.

3. Mereka tidak fikirkan wang, kerana mereka tahu wang itu adalah salah satu rezeki daripadaNya, bukanlah satu satunya rezeki.

4. Mereka tidak fikirkan kepentingan dunia, kerana mereka bukan menjadikan dunia sebagai destinasi, tetapi dunia cumalah persinggahan ke negeri abadi (akhirat).

Masyarakat lebih berkiblatkan media dan akhbar sebagai sumber yang shahih kononnya, masyarakat berkiblatkan kepada kata kata wartawan berbanding penilaian penilaian yang digariskan oleh Islam. Masyarakat lebih suka mendengar beberapa potongan video berbanding bertemu dengan para ulamak mengaji sebaris dua kitab kuning di masjid atau surau.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Isnin 23 Februari 2015
4 Jamadil Awwal 1436

SAMBUTAN CNY PAKATAN RAKYAT DI IPOH


22 Februari, Ahad, bersama dalam Sambutan CNY Pakatan Rakyat Perak di Perkarangan Pejabat DAP, Medan Istana Ipoh. Perak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Sabtu, 21 Februari 2015

PERSIAPAN SANTUNI ORANG ASAL


Rabu, 18 Februari, singgah di rumah Saudara Yusuf di Felcra, En. Nasaruddin, berbincang tentang persiapan Satuni Orang Asal 2.0 di Kg Air Bah dalam DUN Kenering.

MENZIARAHI MANTAN SETIAUSAHA PAS PASIR SALAK


18 Februari, Rabu, dalam ke program di Parit, singgah sebentar di Chenderong Balai, menziarahi sahabat lama mantan SU Pasir Salak. Alhamdulillah nampak kesihatannya bertambah baik. Beliau banyak membantu dalam program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan pada tahun 2010.