Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 7 April 2015

TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA MANGSA NAHAS HELIKOPTER DI SEMENYIH


Saya mengucapkan takziah buat ahli keluarga mangsa nahas helikopter di Semenyih, yang terkorban. Seramai 6 orang mangsa disahkan terkorban, iaitu bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis 63 tahun.

Turut terkorban ialah Datuk Azlin Alias, ketua setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Manaka empat lagi ialah Datuk Tan Huat Seang, juruterbang kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.

Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang. Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi nahas untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Helikopter milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation itu, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4.55 petang. Kejadian berlaku ketika hujan dan angin kencang. Semoga ahli keluarga sahabat handai menerima berita ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Ahad, 5 April 2015
17 Jamadil Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan