Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 5 April 2015

GST DAN HUDUD : APAKAH KAMU MENCARI SECUPAK KEADILAN YANG BUKAN DARI ISLAM?


Hari ini, masuk hari kedua pelaksanaan GST, dan sudah menyaksikan penindasan terhadap rakyat. Apa yang rakyat boleh lakukan melainkan hanya mengaduh? Mereka punya kuasa hasil pangkah dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Apakah benar syariat itu yang kita cari cari selama ini?

Dalam persoalan GST, kita sering mengatakan ini adalah satu kezaliman, walhal ada daripada lidah lidah ini juga yang mempertikaikan Hudud dan enakmen Syariah. Adakah mereka mampu mencari secupak keadilan bukan daripada Islam? Sejarah telah menceritakan segalanya,

a) Kaum Nabi Nuh AS yang tinggal lembah Mesopotamia ingin mengucapkan terima kasih atas kesuburan tanah mereka, tetapi mereka tidak mengikut cara yang disyariatkan, lantas mereka membina patung patung sebagai simbol kepada tanah, air, laut, bintang dan sebagainya untuk disembah

b) Kaum Musyrik Mekah menyatakan bahawa ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى, iaitu mereka menyembah patung bagi mendekatkan diri kepada Allah. Sedangkan matlamat mereka itu tidak didasari dengan syariat yang diajar oleh Rasulullah SAW

c) Kebangkitan Perancis pada kurun ke 17, bagi menolak kezaliman penindasan sistem bergereja. Lantas mereka mencipta idea idea seperti sekularisme, liberalisme dan sebagainya. Malangnya selepas kebangkitan tersebut, mereka mencipta kepesongan yang sama, iaitu menolak kezaliman, dan membawa kezaliman yang baru.

d) Masyarakat Turki, diserang dengan pemikiran Modenisme yang menolak sistem khilafah dengan dakwaan sistem kolot serta ketinggalan zaman. Malangnya pembaharuan yang mereka lakukan itu seperti menjemput mungkar untuk menjatuhkan kebenaran.

Soalan kita, apakah hari ini kita ingin meniru gaya kerosakan era dahulu? Mereka mungkin mencari secupak kebenaran, tetapi mereka tidak mahu membeleknya di kamus kamus Syariat Islam, sebaliknya mereka mencari kejahatan yang lain bagi menyelesaikan kejahatan yang sedia ada.

Apakah yang ditemui? Hanya kejahatan berterusan dan kerosakan yang berpanjangan. Ingat, Islam adalah penyelesaian الإسلام هو الحل, akal manusia tidak mampu memikirkan penyelesaian yang terbaik, melainkan dengan merujuk Syariat Islam.

Apakah kita ingin menyekat aids dengan memberikan jarum percuma? Adakah kita ingin menyekat penzinaan dengan memberikan kondom percuma? Adakah kita ingin mengurangkan kes rompakan dan kecurian dengan menindas ekonomi rakyat? Kembalilah kepada Islam.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Khamis, 2 April 2015
14 Jamadil Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan