Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 28 April 2015

KUKUHKAN JAMAAH PAS MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH SAW


Meneliti minda beberapa individu melalui tulisan yang banyak dalam media maya, pada hemat saya agak banyak yang merugikan jamaah. Saya kurang bersetuju terhadap lontaran persepsi  sebegini dibuat secara terbuka.

Lontaran seperti ulamak muda ingin menguasai jamaah, menuju PAS baru, nanti PAS dipandang "ekstrim" dan menganggap Pakatan Rakyat diharamkan seolah-olah ditujukan kepada sesuatu kumpulan. Perkara seperti ini boleh merenggangkan apa yang dikatakan perbedaan pendapat.

Pemerhatian saya PAS berada pada tahap ini adalah hasil gabungan semua tenaga. Tidak boleh dinafikan sumbangan besar adalah daripada usaha tangan-tangan asatizah yang membuka sekolah agama, mengkader dan memahamkan perjuangan PAS dalam minda kaderisasi sekian lama.

Hasilnya dapat dilihat dengan kewujudan para amilin ikhlas yang menginfakkan seluruh kehidupan diri keluarga dan harta untuk perjuangan hanya mencari redha Allah. Usaha dakwah menarik masyarakat kepada perjuangan bermula dari subuh hingga lewat malam dengan berpandukan Al Qran, Al Hadith, Ijmak Ulama dan Qias yang menjadi "dustur" utama PAS.

Pendekatan "Muwajahah Silmiah" dengan menyekat kemasukan ideologi asing melalui "maratib tarbiah" dimartabatkan. Menjadi kewajipan untuk membetulkan sebarang bentuk penyelewengan terutama aqidah perjuangan. PAS tidak akan undur kebelakang. Janji Allah, Islam tetap akan menang. Saya menyeru seluruh jamaah mempertahan aqidah perjuangan dengan kepimpinan ulamak. Kuatkan mertabatkan PAS tanpa rasa gentar dan dukacita. Kita tetap kehadapan.

Catatan perjalanan ke PRK Rompin

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Selasa, 28 April 2015
10 Rejab 1436

0 comments:

Catat Komen