Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 27 April 2015

KRISIS PAKATAN RAKYAT : ANTARA KEPENTINGAN POLITIK DAN PRINSIP

Terus terang saya katakan bahawa apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat pada masa ini boleh membawa kepada perpecahan. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan UMNO dan BN tetapi mereka mahu melihat siapa yang berkuasa dalam PR.

Terus terang dikatakan bahawa landskap politik Malaysia yang didominasi Melayu tidak boleh dipandang mudah. Parti dapat memberi persepsi yang baik dalam menjaga empat teras sensitiviti orang Melayu iaitu Islam, iaitu Agama, Raja, Bahasa dan Hak keistimewaan orang Melayu (pribumi) tetap mendominasi landskap politik Malaysia untuk beberapa dekad lagi.

Konsep "Malaysian Malaysia" dan meritokrasi dalam persaingan belum boleh diterima sepenuhnya, terutamanya dalam agihan ekonomi dan tempat di IPTA.

Beberapa tindakan DAP dan PKR yang dilihat membelakangi prinsip-prinsip ini dan sikap tidak boleh tolak ansur dengan pegangan akar umbi PAS boleh memanjangkan lagi usia UMNO memerintah Malaysia.

PAS tetap dengan prinsip perjuangan di atas Dasar Islam yang telah digalas sekian lama, puluhan tahun lebih awal sebelum wujudnya Pakatan Rakyat lagi. Apa juga risiko, prinsip ini akan terus dipertahankan di semua peringkat, iaitu menolak lawan mahupun kawan yang tidak sealiran dengan prinsip ini.

Permatang Pauh menyaksikan toleransi rakan komponen, sedangkan akar umbi PAS meminta sedikit maruah dengan permohonan maaf. Siapa yang bersalah? Siapa yang menghina Presiden PAS serta prinsip PAS? Mengapa begitu kelat lidah untuk memohon maaf? Dapatkah mereka membantu dengan hati yang terguris.

Terus beristiqamah, mengharap redha Allah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Isnin, 27 April 2015
9 Rejab 1436

0 comments:

Catat Komen